Rabu, April 01, 2015

Bukanlah bodoh bukanlah cantik

Ada satu perasaan insecure aku pada ketika ini saat ini aku menulis. Tidak menjadi paras ukur untuk seseorang atas sesuatu tugas dan kelayakan. Aku kecundang. Aku jatuh dengan perasaan perbandingan yang dibuat ke atas aku. Aku tidak layak untuk rasa dimiliki oleh "keluarga" ini.

Aku langsung tidak layak.


Ahad, Disember 14, 2014

Masihkah?

Masihkah wujud ruang ini untuk berkata-kata?
Teknologi terlalu pantas, belum sempat pun hadam, sudah banyak benda lain yang memintas.

Khamis, Februari 06, 2014

Dah penat

Dah penat asyik hutang, itupun nasib dengan adik sendiri. Aku taknak abah tahu sebab abah dah tanggung lebih dari tu. Sakit lah ptptn tak masuk lagi. Buat orang yang bergantung dengan ptptn 100% untuk yuran belajar dan sara diri ni memang sakit lebih sebenarnya. Duit ptptn tu jugak yang diharapkan. Ah, dah berapa kali unisel lambat uruskan pt. Penat, aku penat sangat.


Macam

Apasal aku rasa umur 23 tahun ni dah tua sangat? Rasa ganjil dan makin gonjeng.

Isnin, Januari 27, 2014

Defuk

Maghrib, 2014. Masih mencarut walaupun dah azam taknak "pfffttt!" masa maal hijrah dan new year haritu. Tak lekang lah bila aku tengah panas. Tapi mencarut sorang jelah. 2014, kira dah lama aku tak post apa-apa pun kat sini sebab memang dah berniat aku nak tutup blog ni dan nak biar sarang sampai bila-bila. Sarang yang tak kesampaian. Biarlah, aku menulis sebab aku nak meluah rasa yang sulit tapi kena luahkan supaya hilang sikit kesulitan tu.

Pertama: Sulit yang pertama ni pasal kelas untuk semester terakhir ni. Pada awalnya kelas isnin sampai rabu. Tapi disebabkan ada agenda orang lain kelas rabu petang ditukar ke khamis petang. Perancangan awal aku nak like-a-boss kat rumah tak menjadi. Bermaksud aku kena bertapa dekat Kampung Batang Berjuntai ni sampai jumaat. Dah konfem kelas petang khamis aku tak sempat balik! Ahh, memang selfish sikit. Tapi aku taknak!

Kedua: Dapat supervisor untuk project paper yang aku sebenarnya tak nak. Sebab apa tu biarlah. 

Ketiga: Apasal PTPTN tak masuk lagi! Ko bayangkan ko dah masuk belajar 2 bulan lebih baru ko dapat PT. Aku miskin!