Jumaat, April 06, 2012

3 tahun mendatang

"Tiga" dan tiga tahun akan datang tidak akan tahu bagaimana plot ceritanya. Tiga mungkin berkurang kepada dua mungkin juga berkurang tinggal tunggal; satu. Satu itu mungkin aku.

Khamis, April 05, 2012

Tolong jadi anonymous

Tolong jadi anonymous
rahsia segala peribadi
lalu juang rasa cinta tak berbagi

Jadi anonymous
semua takkan dikira
apatah lagi dipeduli

Tolong jadi anonymous.

What's on your mind?

Sedap gak sekali sekala update blog secara kerap macam update status kat twitter. Tapi bezanya pulak kat sini boleh melebihi 140 patah perkataan.

Tulis apa kau nak tulis,
Hentam sajalah!

Expose

Itulah, pabila segalanya sudah ter"expose" tanpa dirancang, malu datang. Terlalu banyak benda dan perkara yang belum sedia aku katakan untuk kamu dengar dan tatap. Kamu terlalu mentah untuk menjamah kisah hidup aku dan sememangnya kenapa juga perlu?

Pandangan aku kini disiat-siat dan kini terlihat cuma cebisan diri kau yang tidak cukup sifat.

Kita perlu masa untuk pulih.

Hai

Hai kepada yang diam-diam sorok pandang.


HAI!