Jumaat, April 20, 2012

Tafsir











Bosan, main paint jap. Penyet melecet middle finger aku main benda ni. Tak boleh undo banyak kali, ni pun main sekali harung.
Berdasarkan contengan ni banyak benda yang boleh ditafsirkan. Mungkin melalui kedudukan contengan, warna yang dipilih, coraknya, ketebalan point, kedudukan (mata,hidung,rambut etc), dan bla bla. Ini sedikit sebanyak yang aku belajar dengan Dr. Gesh dulu. Aku rasa kalau contengan aku kena tafsir ni mahu kena cop dalam kekusutan, bosan bla bla bla.

Kau tafsir bagaimana? Terserah.

Selasa, April 17, 2012

Sesi Perkenalan

Hai. Aku Wannh. Kau siapa?

ZZzZ

Saat ini aku sedang tersenyum. Aku tersenyum kerana kawan-kawan aku. Hari ini kita berkumpul lagi dan moga tradisi makan pizza sembang kencang tak henti boleh diteruskan lagi. Aku faham lama kelamaan kita semua makin sibuk. Kita berlainan universiti, berlainan jurusan, juga berlainan kawan dan ragam. Kelainan ini menyebabkan kita sukar untuk berhubung walaupun dalam hati ada rindu. Okay, aku sayang korang macam bangang! Celaka gak aku tulis macam ni.

Terima kasih fiq, ain, atep teman aku lampias pizza. Maaf Sukma, Aniss, Salina aku kejam tak rancang benda ni awal.

Okay, aku rindu jugak si susanti dengan saadah ni. Tengah-tengah cerita selalu teringat korang. "kita sukar untuk berhubung walaupun dalam hati ada rindu." Wakakakaka

Aku diam tak bermaksud aku sombong, tapi celaka gak kalau rindu tak reti nyatakan rindu. Kau pergi pendam sorang-sorang apahal?

Okay bai.
Hapdet paling terabur.

Ahad, April 08, 2012

Bocor

Sudahkah kamu menemui kebocoran rahasia yang selama ini disimpan?

Keluh kesah

Setiap kali aku terkapai-kapai mencari punca untuk hilangkan bosan melalui ruangan internet, setiap kali itu juga aku lupa bahawa aku punya laman blog.

Banyak benda belum terbaca.