Agak sulit sebenarnya nak menulis perkara-perkara konon tak sulit ni. Sulit, sulit.
Ahad, Februari 10, 2013
Rabu, Januari 30, 2013
Fokus lari-lari
Selamat bermaustautin di hostel rumah teres dua tingkat di Batang Berjuntai. Aku masih jarang bercakap dengan budak rumah kecuali budak bilik aku dan kawan sekelas aku yang nun duduk kat bilik bawah. Kami cuma bertegur sekadar "makan", "kelas pukul berapa" dan sewaktu yang lebih kurang dengannya.
Paling jahanam dekat sini sebab internet takda. Ini online pun atas belas ihsan broadband kawan dan aku dapat rasakan hidup aku makin gloomy kerana tidak dapat berhibur dengan dunia maya. Kata ko.
Malas. Saat aku menaip ini sepatutnya aku kena siapkan asaimen yang kena hantar esok paginya. Mata makin kabur kerana efek ubat, jari lambat mengatur-ngatur mencari kekunci. Aku malas dan aku tak tahu macam mana aku nak hadap esok.
Tapi aku selalu dan suka kata;
"Esok yang tak pasti, tempuh macam biasa. Macam tak biasa."
Sabtu, Januari 19, 2013
Dua Tiga Noda
Persembahkan
dua tiga layang
tayang percuma
maruah di badan
Alur melebar getik diraih
jaguh mengayak berahi dijulang
Dua tiga kali dipelawa naik
dua tiga kali ditolak takut sakit
senyap-senyap simpan hasrat
larut malam sendiri berbuat birat
Sial kini menyiat-nyiat tubuh yang kini mula terpalit dosa birat
Sakit itu jika dilayan bisa menelanjangkan.
***
Menjadi manusia yang paling murah harganya di sisi manusia dan hina di sisi tuhan adalah penganiayaan terhadap diri yang paling kejam kau pernah lakukan.
dua tiga layang
tayang percuma
maruah di badan
Alur melebar getik diraih
jaguh mengayak berahi dijulang
Dua tiga kali dipelawa naik
dua tiga kali ditolak takut sakit
senyap-senyap simpan hasrat
larut malam sendiri berbuat birat
Sial kini menyiat-nyiat tubuh yang kini mula terpalit dosa birat
Sakit itu jika dilayan bisa menelanjangkan.
***
Menjadi manusia yang paling murah harganya di sisi manusia dan hina di sisi tuhan adalah penganiayaan terhadap diri yang paling kejam kau pernah lakukan.
Tak tahu tajuk apa sebab random.
Makin lama makin malas aku nak menaip atau hapdet di dunia sosial berunsurkan internet ni. Aku masih ada di talian tapi lebih gemar memerhati daripada mengambil tempat untuk bercakap, hapdet dan segala yang berkaitan dengannya. Mungkinkah aku layak digelar silent stalker,reader whatever xoxo. Aku lebih sibuk menonton filem di internet, melihat gelagat vlogger, membaca blog, melihat gambar di flickr dan sekali sekala melayan konsert-konsert rakaman daripada band fav ku.
***
Semester baru sudah bermula. Aku macam biasa, jenis orang yang malas balik awal sebab aku selalu anggap seminggu yang pertama tu takkan ada kelas dan takkan berjalan lancar. Tapi kali ini aku silap, aku dah tinggal tiga kelas. Asaimen dah ada dan yang paling aku benci subjek aku sem ini ada melibatkan kira-kira. Aku harap segalanya akan berjalan lancar dan pembelajaran aku lebih baik daripada sebelumnya. Tiba-tiba aku benci pulak bila aku letak kenyataan seperti tadi. Macam gud-gud. Kahkahkah.
***
All is well.
Rabu, Januari 02, 2013
Selalunya susah
Sekarang sedang serius dalam segala peraduan cari kata, cipta slogan, isi tempat kosong, cari benda tersembunyi dan lain-lain. Serius.
Langgan:
Catatan (Atom)