Rabu, Februari 29, 2012

Tiang Eletrtik.

Dia perempuan
berbadan petak
bergaya gasar

dia perempuan.





Selasa, Februari 28, 2012

Flow.

Proses ini terlalu lama untuk diteruskan.
Sudah malas mahu terus berterus terang.
Ya,
kali ini-
ini memang bicara sulit.

Rabu, Februari 22, 2012

Makwe

Status berani mati daripada makwe kesayangan hamba.

"agak2 bila aku akan ada pakwe?" - awatif sam

Lu betul-betul minah cool lah.

Selasa, Februari 21, 2012

Kisah, Tidak Kisah. Ini kisahnya.

Menunggu senja menggelapkan suasana.
Terfikir aku akan;
Kisah yang terlalu kisah dengan kehidupan orang lain sehingga aku sendiri lupa untuk kisah dengan kisah sendiri.
Kisah oh kisah.

Buku-buku bertempiaran,
tidur makin berpanjangan,
kisah aku yang makin tidak tentu arah.


Sabtu, Februari 18, 2012

Salur Ibu

Mak selalu dapat instinct kalau aku nak keluar berjalan.

"Kau duduk je sana, baca buku. Tak payah keluar mana-mana. Jangan sewa kereta. Simpan duit tu. Ingat pesan mak abah"

"Bahaya. Jangan ikut orang je. Ingat diri tu macam mana. Orang lain berduit takpe"

"Kita bukan mampu. Ikut cara kita."

Sungguh aku terkesan, tup tup plan nak keluar terus mak call cakap macam tu.
Mak oh mak.