hai saudari janganlah takut sama saya
susah sangat kamu mahu senyum ya
tahulah darjat saya rendah dari kamu
otak tidak segeliga
muka pun berbintik
senyum pun tak manis
ya, tidak seperti kamu
sekali senyum
luluh hati lelaki
sekali petik
berduyun menanti
hey saudari
takkan kamu tak kenal saya
saudara semasa kecil-kecil
main guli pun bersama
apatah lagi mandi
tengok
kamu dah besar
lupa pula
perlu saya ingatkan kamu
kita sedarah
hairan pula saya,
tengok di dinding kamu
semua kawan baru
yang kamu sendiri tidak kenal
hey saudari
saya terasa hati
walaupun keadaannya begini
"kamu tak approve saya di mukabuku itu"
saya terasa hati tahu
apa salah saya
kita tidak pernah bercakap
tapi saya mencuba
tidak manislah
sedarah
tetapi seperti bukan
bukan saya mahu menyendeng
tetapi mencuba
bercakap kepada kamu
palinglah sekalipun
saya tetap mencuba
memperbaiki hubungan itu
ingat,
kita sedarah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan