Roll pertama daripada Lomolitos Merah.
Entah dah dua bulan kot terperap je filem tu aku tak hantar develop.
Padahal aku takda duit kan.haha
Roll pertama ini agak entah apa-apa sikit. Sekadar menunjukkan kegembiraan ber-gomolitos ni.
Puas hati dengan kualiti scan kedai ni. Dahlah tahu pasal lomo. Makinlah aku geram.
Nasib sudah tua. Ik ik ik
Nikmatilah hasilnya. Eleh, bukan terer pon.
Lepas ni nak try guna slide film. Tapi payah cari. Kodak Ebx! Ada sesiapa nak jual bagitahu aku, tapi kena tunggu aku ada duit lah. Aku ni bukan apa, aku tengah menabung. Sikit je duit, nak kahwin pun fikir banyak kali. Nak guna nuffnang macamlah ada orang kelik. Senang-senang yang kaya tu bank in lah kat aku sikit. Sepuluh ringgit pun takpe. Ik ik ik $$$$$
Oh sebelum terlupa. Memanglah Lomolitos aku ni red flash.
Tapi mesti pelik apasal gambar ini ada kuning ada jugak yang biru.
Hahaha. Aku terpaksa kreatif sikit. Aku sebenarnya cuma cilok torchlight colour filter abah aku.
Ada colour biru,oren dan kuning. Hijaunya sudah hilang. Jadi tak payahlah membazir beli keempat-empat colour Lomolitos tu. Pastu masa nak guna lekatlah dengan blutack. Memanglah nampak hodoh tetiba filter lagi besar daripada lens, tapi ada mak kesah? Jimat.. duit mak.
://Kebanyakan gambar ni banyak panau. Biasalah nyah, guna filem je. Tapi ori tau, mak tak main palstik-plastik ni nyah.
Mak punya ori je. Bergetahhhh!
2 ulasan:
akaaak, i <3 your shawl !
beli dekat manaa ? :D
haha. beli kat selyang mall je. Rm5 murah. Tak suka beli mahal-mahal. tarak duit. hehe
Catat Ulasan