sila angkat tangan.
Oh ya,
baru tadi mak aku sendiri terasa hati dengan aku
aku bukan bermulut jahat
aku bukan mencarut
aku cuma bermuka-muka
aku tunjuk muka sinis aku
aku benci dibebel
habis aku dibaling dengan selipar
tak sakit
dah biasa
boleh senyum lagi
mak terus membebel lagi
habis diungkit
dari aku kecil sampai sekarang
abah aku turut jadi mangsa
sebab kononnya tidak mendengar bila mak bercakap
lagi
dia membebel dalam keadaan sedu sedan
"Kalau takda orang nak dengar cakap aku takpa. Aku ada tuhan, aku ada tangan untuk berdoa"
Tengok,
sampai gitu.
okay.
sudah.
bila menulis ini baru rasa nak minta maaf.
Aku memang anak degil. Minta maaf pun susah. Aku bukan anak yang selalu peluk cium ibunya. Aku malu.
Malu
Malu
Malu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan