Sabtu, Disember 25, 2010

RANTAI - Minah Kilang



Rantai tahun ni lebih meriah daripada tahun lepas. Ramai yang datang, tempat pun besar sikit. Lagi satu, kempunan nak join lomomatrix kat rantai pagi tadi. Pergi lambat so tak sempat.

Lepak dengan "Geng Ponteng" Zetty dan Aniss! Rindu gila, teringat zaman ponteng sekolah dulu. Jumpa Maisara sekali. Seronok dapat kumpul macam ni bila dah lama tak jumpa. Sekarang semua dah busy, aku sorang je yang baru habis sekolah. Kesian.

-----------------------------------

Alahai, bila aku nak kerja ni? Badan dah makin naik, hidung dah besar, muka lagi bertambah tembam. Paling penting duit dah kontang.
Aku ingat nak pergi kerja kilang ni. Betul-betul tekad ni. Teringin gak nak rasa macam mana kerja kilang.
Bakal "minah kilang".


Khamis, Disember 23, 2010

Kronologi Katak Memanggil Hujan.



Sekarang ni musim hujan. Hujan dipanggil oleh katak. (Memang takda motif)

Hujan-hujan ni nak mandi pun sejuk. Ketarrrrrrrrrrrrrr!
Konklusi, musim hujan kurang mandi.
Apabila kurang mandi, secara automatik badan akan menjadi malas, tidur silang kaki. Bila lapar, makan. Bila dah makan tak kenyang, makan lagi.
Lepas makan, boring bukaklah internet, menulis kat blog sambil korek sisa di celah gigi.
Macam tulah hari-hari perempuan yang tidak bersuami. (Apa kena mengena pulak ni)

Macam sekarang ini!


-(Gambar takda kena mengena dengan kronologi katak)
Saja letak nak bagi entri panjang!

Isnin, Disember 20, 2010

Obesiti Oh Oh Oh


Seluar semua dah tak muat. Ni entah kain mana aku rembat. Kot-kot kain buruk aku bedal. Oh, sungguh tak sihat!

Bangun pagi lambat-lambat,
air liur mengering sampai basi,
perut dan dagu makin berlipat,
seluruh badan nampak berisi.

Buat kerja dapur pemalas,
bila disuruh membebel-bebel,
makin lama makin pemalas,
----(tak reti aku nak habiskan)

Oh, apasal aku sibuk betul pasal berat badan ni.
So makin keperempuanan.
Oh My Gucci!

Isnin, Disember 06, 2010

Gradoasee



Selamat Tahun Baru! Baru je hari tu plan konon nak senaraikan apa yang nak dibuat tahun 2011 nanti. Tapi aku boleh lupa yang tak perlu tunggu tahun 2011 pun tahun baru islam kita dah ada. Apa punya orang daa.

Oyeahh, tinggal lagi 1 paper nak habis STPM. Aku pun tak nak cakap banyak pasal paper yang dah lepas. Lepasni cuma tinggal paper Bahasa Malaysia 1.

---------------

Ada usha-usha kerja kosong secret recipe, dapat tapi jauh pulak.
Tadi orang call panggil kerja sebagai kerani kat kedai motor. Erkk, bukan apa aku tak kisah kedai motor ke apa. Tapi aku ni jenis tak boleh duduk diam. Memang sah membatu lah aku kalau jadi kerani, bosan.
Sekarang pun tengah tunggu Subway panggil interview.
Nak jugak try usha kedai gambar, tapi ada ke orang nak ambik. Tengok tauke cina amik anak-beranak dorang je.

Aku sebenarnya rasa ganjil pulak menulis kat sini. haha
Siot punya lama tak menulis. Penulisan aku pun agak "serius" disebabkan keseriusan menulis esei masa exam. Mana pergi penulisan aku yang konon-konon radikal tu weh!

Sekarang ni pun dah tak banyak publish -sajak poyo konon puisi- aku kat blog lagi satu tu. Aku lebih suka menulis dalam buku. Lagi deep.

Esok balik pahang! Cuti seminggu kat rumah sana dan aku akan offline.
Habis exam baru boleh sharp blog ni.

Selamat Menyambut Tahun Baru 1432 Hijrah! Moga kita semua dapat menghijrahkan diri kepada perilaku yang lebih baik.
Ampun dan maaf dipinta!
Jazakallahu Khairan.