Selasa, Mac 30, 2010

sombong

jiwa terlalu sombong
untuk sujud ke arah itu

maafkan aku

salam takziah

aku bodoh
membiarkan orang keliling
memandang bodoh terhadap aku

takziah.

Isnin, Mac 29, 2010

Pesanan 18:91 Bab Tiga Bahagian Akhir

Aku pinjam balik kata-kata aku pada awal bulan lepas.
"kita di bulan ketiga sayang takkan mahu berhoneymoon lagi"

Mari aku tukarkan.
"hampir sebulan kita mencuba sayang
bila mahu dapat anak lagi?"

Sebulan aku cuba untuk teguh bersama anak.
Aku cuma seorang ibu muda yang masih terkocoh-kocoh tanpa suami.
Hampa, berak kencing kau pun tidak tercuci.
Leka, aku biarkan kau melalak sendiri.
Aku seorang ibu yang gagal.

--

Anak yang aku definisikan sebagai ilmu.

Anak yang setiap detik perlu aku cari,
Anak yang perlu aku tatang bagaikan minyak yang penuh,
Anak yang perlu aku pupuk setiap masa,
Anak yang perlu aku cari bila ia menghilang,
Anak yang perlu aku tangan-tangankan,
Anak yang perlu aku genggam supaya ia tidak hilang dari pegangan,

Tetapi,
Anak tak pernah hilang
cuma aku yang makin jauh kebelakang.

sayang "bini" tinggal-tinggalkan

Maafkan aku sayang
kini kau aku harus lepaskan.
Bye bye semua bebanan.
Sampai sini sahaja kita bersama.
Biar aku ke pangkal jalan.

Okay, aku lari dulu.
Masa depan menunggu aku.

Jumaat, Mac 26, 2010

semut-semut kecil

Semut-semut kecil saya mau tanya
Apakah kamu di dalam tanah
Tidak kegelapan
Semut-semut kecil saya mau tanya
Apakah kamu di dalam tanah
Tidak takut setan

Oe...oe...itu katamu
Oe...oe...itu jawabmu

Semut-semut kecil saya mau tanya
Apakah kamu di dalam tanah
Tidak takut cacing
Semut-semut kecil saya mau tanya
Apakah kamu di dalam tanah
punya mama papa

Bergotong royong cara kerjamu
Sepotong roti dibagi-bagi
Bertemu teman selalu salaman
Semut-semut lucu sekali

La la la la la la la la la



lagu faveret joget-joget masa kecik.
aku dengan adik-adik aku peminat setia melisa ni.
rindu saat joget tertonggek-tongek.
:)

Khamis, Mac 25, 2010

ants living in my laptop

demm. demm. demm. demm.




nasib baru sikit weh. kalau tengok video youtube ni. mahu pengsan aku.
bahaya. bahaya.

Rabu, Mac 24, 2010

semut bersama gua mencari makan

gua amat bengang hari ini.
datang sekolah dan dihidangkan dengan keputusan paper pengajian am yang boleh diludahkan. tapi gua tak frust menonggeng, gua cuma boleh tergelak dengan kebodohan gua. kawan-kawan gua pun tampar gua sebab tak percaya gua dapat keputusan macam tu.

gua bengang lagi, asam laksa dekat kantin hari ini tak pekat macam biasa. tak mengancam macam akak kantin yang memasaknya. kurang telur. tak likat. tapi nasib sempat jugak gua curik telur daripada pinggan lain. malangnya akak kantin lentik tu perasan tapi nasib dia meredhakan. jelas daripada mata dia menghalalkan. terima kasih kak lentik.

tapi hari ni gua tak beli keropok roda. gua takda duit. gua bukak dompet pun terkoyak. tengok dalam pun tinggal 3 keping. gua padamkan hasrat. tunggu minggu depan baru beli.

hidup gua di sekolah hari ini penuh nafsu. gua ingat makan.
kat sekolah gua makan.
balik rumah gua makan.
sekarang gua makan.

tengah gua makan,
ketiak gua menggatal.
gua cek,
lah semut tertinggal.

gatal na. ketiak gua pun lu nak makan.

*saya, aku, gua, tetap orang yang sama.

Selasa, Mac 23, 2010

hari blues yang jiwang

Apa jadi kalau kau nak bangun pagi tengok-tengok hari tengah hujan.
dengan hingus meleleh, diselubung dengan kedinginan yang menyetimkan.
Lagi asyiiiiiik jika aku sambung tidur. Aku layan air liur basi lalu dan lupakan komitmen lagi-lagi kalau tengah "didatangi bulan".

Komitmen aku pada hari ini sepatutnya hadir ke sekolah. Tapi aku rasa sekolah sangat membosankan lagi-lagi kalau hari hujan. Dengan lawak yang basi, peel budak-budak yang sama. naik turun tangga sekolah, jalan kaki sorang-sorang. macam kau pusing di dalam tandas berulang-ulang kali. cehh.

Senang cerita, aku ponteng sekolah hari ini. Duduk rumah lagi bagus, boleh layan blues dalam tidur.
Habis layan blues yang jiwang, mak aku kejut ajak keluar. Aku paling suka part macam ni. Ponteng sekolah yang menghiburkan. Rupanya mak aku ajak keluar pergi beli kismis. Beli kismis? Ini mesti kerja adik aku yang merengek-rengek hendakkan kismis sebab periksa sudah dekat.

Kalau nak beli kismis murah dan berkualiti dekat tesco kata mak aku. Yelah, berkualiti sebab ada aircond kot. Padahal dekat NSK pun ada.
Maka geraklah anak-beranak termasuk adik aku yang kecil yang turut ponteng mengikut jejak langkah aku. Rupanya gerak jauh ke Tesco Damansara. Berjalan-jalan juga di Ikea. Kalau jalan dengan aku memang takkan pulang dengan tangan kosong. Memandangkan gaji abah sudah masuk jadi beranilah aku untuk ambil barang dan masukkan dalam troli. HAHAHA.

muka ada den kesah
--------------------------

memandangkan petang kelam ni pun kelihatan blues jadi mari berblues bersama blues gang.



://aku layan lagu lama-lama camni. lagi feel. lagi headbanging. den tak gomar dongan bunkface. terkinjo-kinjo.

apa sudah jadi! (stail karam singh walia)

Apa sudah jadi! Agak seriau apabila blog aku dijelajah oleh orang yang sedang setim. Ini tidak adil!
"cerita bergomol" telah digoogle oleh orang setim lalu dilinkkan ke blog aku. Apa sudah jadi?
Memang ini terjadi, dulu aku pernah tajukkan pos aku "bergomol bersama lomo" dengan "bergomolitos" dan ini secara tidak langsung aku telah terikat dengan link "bergomol".
Dan bergomol ayat secara saintifiknya ialah bermaksud berpelukan atau keadaan yang sewaktu dengannya.

Jadi aku rasa orang yang telah masuk ke blog aku itu sudah semetinya mengharapkan paparan yang hebat daripada blog aku. Mungkin bahan-bahan yang boleh membasahkan keringat jantannya. Ik ik ik. Tapi hampa, apa yang dia jumpa cuma cerita-cerita ngok-ngek aku dan gambar-gambar aku yang tahpapa.

*Maaflah brader/sister. Gua tak support "cerita bergomol" yang lu cari. Apa susah barader/sister pergi je redtube cari bahan. Mahu kaler apa? Bangsa apa? Macam-macam ada.

"sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga"
sekian daripada dayahyayayayareyareyare.

Isnin, Mac 22, 2010

piss please

aku selalu menyanyi macam ni:
piss piss piss kamu jangan nakal.(sambil buat sign piss)

rupanya,
please please please kamu jangan nakal.
oooooooooooooohh.
baru aku tahu.
nampaknya nak kena jumpa doktor ni.
yelah, suruh tolong cairkan taik telinga.

Ahad, Mac 21, 2010

kekasih cinta monyet

kehadapan bekas kekasih cinta monyet
apa khabar?

harap sihat hendaknya.

bekas kekasih cinta monyet,
mana stoking saya?

realitas

gua dah penat tengok diri gua sendiri
hancur hati gua

gua makin kejam
gua sudah membunuh perasaan gua sendiri
gua sudah membunuh harapan gua sendiri
gua malu
gua malu
gua tak nak tengok muka gua lagi
gua nak gua pergi
pergi jauh-jauh
shuhh shuhh
gua kata pergi!
pergi!

vs

suara aku sekarang macam ramli sarip siot.
sukanya.
esok keputusan exam keluar siot.
tak sukanya.

Sabtu, Mac 20, 2010

aku masih tidak pasti

aku masih bayi
belum pun pandai bertatih lagi

aku masih kanak-kanak
belum pun pandai berbasikal lagi

aku masih remaja
belum pun pandai berpidato lagi

aku masih
aku masih
belum pandai lagi

Jumaat, Mac 19, 2010

cuti satu alergi

Cuti memang bagi stim lah. Sebab cuti aku jadi pemalas, sebab cuti aku banyak keluar duit, sebab cuti aku hutang sepuluh ringgit dengan adik aku yang darjah lima tu.

Cuti buat aku tak tahu malu. Jadi budak kecik pergi main lumba basikal pastu pusing satu taman lagi kasi makcik-makcik yang kuat mengumpat tu dok mengata aku.
Aku tak suka betul makcik-makcik yang bertenggek kat tepi rumah tu. Asal aku lalu je mulalah pandang. Gedik betul.

Kesian aku, mana ada kawan cuti-cuti ni. Kawan aku semua ada kat hostel dorang. Aku je terperup kat rumah menunggu hujan yang tak tiba. Ada kawan sekolah ajak gi mandi kolam. Macam geli pun ada. "Swimming" malaslah aku. Macam mandi air kencing orang je kan.

Masa cuti ni lah aku nak tangkap leleh, mengenang cerita sekolah. Orang luar tak tahu betapa sayunya aku bila balik sekolah. Aku jalan kaki sorang-sorang sampai bus stop, lalu dekat highway bulatan pahang tu. Highway beb, jangan main-main. Mahu lama aku tunggu kereta reda. Muka aku tebal je tahan kereta suruh berhenti jap. Takpa, aku dah biasa.
Aku pun taknak susahkan kawan aku tumpang dorang naik kereta/moto. Aku pun taknak cari kawan sekadar untuk aku jadikan peneman nak melintas jalan tu.
Aku rasa jalan kaki lagi feel, masa jalan tulah kau nak kenal dunia. Lagi-lagi kena masa hujan lebat. Peristiwa-peristiwa macam ni lah yang lagi buat aku tabah.
Sukar aku nak panggil abah untuk ambil aku kat sekolah, rasa menyusahkan. Abah aku dah penat cari duit. Biarlah dia rehat.
Aku pun bukan orang senang; call je mak bapak, terus dorang terpacak depan mata. Tak.
Rasa macam kesiankan diri sendiri pulak bila aku tulis macam ni tak patut. Tak patut.

Betul aku cakap makin aku meningkat usia ni (19 tahun) makin banyak aku tahu. Otak pun rasa lebih open. Aku rasa lebih pandai. Tapi aku dah tak galak berlawak macam dulu. Aku makin pendiam. Cakap bila perlu. Tak tahu lah mungkin faktor persekitaran ke apa.

Habis cerita, masa cuti inilah rambut aku yang macam Radhi OAG ni bertukar macam rambut Dr Che Rozmey yang pengasas Just Mate 5 tu. Tapi cool siot. Aku malas nak kisah. Bilik aku pun dah macam tongkang pecah. Perangai macam orang kena cerai je. Mak aku pun malas nak bebel sebab aku dah besar dah tahu fikir!
Harapnya esok aku bangun aku jadi rajin macam perempuan melayu terakhir. Aku azam nak kemas bilik sampai licin. Nak cuci balik otak ni. Dah kena racun dengan si malas. Esok aku nak rembat balik rambut Radhi OAG aku pastu berperangai seperti aku yang dulu.

kekasih di dunia ke-2.

Khamis, Mac 18, 2010

sarat berat

Semua orang sudah berubah, cuaca pun sama. Aku tidak boleh harapkan seseorang yang aku kenal masa dahulunya masih sama perangainya. Ada orang yang baik ke jahat , jahat ke teruk tidakpun sebaliknya.

Semua dah berubah. Betul.
Aku? Tunggu masa je nak berubah.
--------------------------------

Wah, Pahang Darul Makmur gila panas. Langit dah gelap, loklak loklak tak hujan jugak. Dah banyak kali gitu.
Aku tengok padang dekat area rumah aku tu pun dah kuning.
Pokok-pokok aku pun ada yang dah mati. Sedih je.
Panasnya melampau. Air sungai pun betul-betul surut.
Kencang betul kesan pemanasan global ni.
Musim kemarau makin panjang, musim hujan makin pendek.
Gempa bumi lebih kurang hari-hari ada,
buang bayi memang setiap hari ada.
Apa lagi?Kita di akhir zaman nampaknya.

Apapun kita "sediakan payung sebelum hujan"

Senyum dan pakai spek mata. (apa kejadahnya)

Sabtu, Mac 13, 2010

bergomolitos

Hoyeh,hoyeh.
Roll pertama daripada Lomolitos Merah.
Entah dah dua bulan kot terperap je filem tu aku tak hantar develop.
Padahal aku takda duit kan.haha
Roll pertama ini agak entah apa-apa sikit. Sekadar menunjukkan kegembiraan ber-gomolitos ni.
Puas hati dengan kualiti scan kedai ni. Dahlah tahu pasal lomo. Makinlah aku geram.
Nasib sudah tua. Ik ik ik
Nikmatilah hasilnya. Eleh, bukan terer pon.
Lepas ni nak try guna slide film. Tapi payah cari. Kodak Ebx! Ada sesiapa nak jual bagitahu aku, tapi kena tunggu aku ada duit lah. Aku ni bukan apa, aku tengah menabung. Sikit je duit, nak kahwin pun fikir banyak kali. Nak guna nuffnang macamlah ada orang kelik. Senang-senang yang kaya tu bank in lah kat aku sikit. Sepuluh ringgit pun takpe. Ik ik ik $$$$$


ayong borek angah rintik

Jalan Tar

I dengan peminat dari Itali

Gay is happiness

Cik Kumis Hamis bersama Encik Crab di atas bahu

Ini baru cool

Ana sakit mata lah, ente tolong ciumkan

3D

teduh bawah teduh

Berhati-hati di jalanraya. Gunakan spek retro untuk kurangkan silau.

awek dari Itali dan Korea

awek Itali sibuk menelepon anak-anak ayam

mak ayam kena terjah

jari mak ayam yang lentik macam orangnya.

Orang Itali dan Korea bergambar kenangan


Oh sebelum terlupa. Memanglah Lomolitos aku ni red flash.
Tapi mesti pelik apasal gambar ini ada kuning ada jugak yang biru.
Hahaha. Aku terpaksa kreatif sikit. Aku sebenarnya cuma cilok torchlight colour filter abah aku.
Ada colour biru,oren dan kuning. Hijaunya sudah hilang. Jadi tak payahlah membazir beli keempat-empat colour Lomolitos tu. Pastu masa nak guna lekatlah dengan blutack. Memanglah nampak hodoh tetiba filter lagi besar daripada lens, tapi ada mak kesah? Jimat.. duit mak.

://Kebanyakan gambar ni banyak panau. Biasalah nyah, guna filem je. Tapi ori tau, mak tak main palstik-plastik ni nyah.
Mak punya ori je. Bergetahhhh!

Jumaat, Mac 12, 2010

minah rempit takut laju

Balik sekolah, aku jadi minah rempit pergi titiwangsa. Habis side mirror kerete orang aku langgar.
Bukan aku yang langgar, aku pembonceng je. hahaha
Itu tak terkira berapa kali brek mengejut, nasib aku baca doa naik kenderaan. ;)
Aku tak suka naik moto laju-laju. Seriau. Bulu kaki aku pun tegak.
Aku gerak dengan dua moto, memang gila gerun. Tahulah jalan KL, memang tawakal jelah.
Aku kat belakang ni terketar-ketar je padahal penunggangnya siap bersiul-siul.
Cehh.
-------------
Sampai rumah, aku siap-siap terus gerak pergi Jalan Ipoh sebab nak ambil filem.
Aku naik bas je.
Sambil tunggu-tunggu filem tu siap aku pergi merendek jap sekitar kawasan tu.
Sambil rendek-rendek aku adalah ambil-ambil gambar sikit. Kat bawah ni sebahangiannya kat kawasan rumah dengan kat Jalan Ipoh. Kalau aku sorang-sorang ginilah kerjanya.


Khamis, Mac 11, 2010

gebar 7 tahun


"aku mungkin lelah
tetapi aku tidak harus mengalah"
--------------------------------------------------------------------------------------------

jiwa aku tak tough macam treler.

7 tahun dalam kiraan kasar aku gunakan kain yang sama. Canggih.
Sampai hari ini, aku di tingkatan 6 atas kemanusiaan.

Aku tidak berbedak ke sekolah,
tudung aku senget,
rambut aku kadang terkeluar,
sampai saat aku tidak kisah berkasut kelabu asap ke sekolah.

Jelak.
sudah puas aku melantak.





Rabu, Mac 10, 2010

baru nak feel

Sekarang aku baru nak feel belajar ekonomi.
Esok exam ekonomi, malam ni baru aku nak ingat balik semua formula.
Macam biasa, tak ngancam ahh tak baca saat akhir.
Masa jawab exam tu biar ternganga-nganga sikit barulah style. haha

Baca blog anis,
wah dah kembali kepada geng ponteng sekolah dulu tu.
sukanya aku :)

Selasa, Mac 09, 2010

rumah kecil aku



"kecil bukan penghalang,
segar kasih yang disemai di dalam"


Betapa orang tidak tahu,
di rumah kecil ini berak kencing aku,
di rumah kecil ini tawa nangis aku,
di rumah kecil pandainya aku.

Betapa aku tahu,
rumah kecil itu kau perkecilkan,
rumah kecil itu kau siniskan.
Berdekah-dekah kepada aku kau tujukan.

Rumah aku hanya sebuah kotak kecil,
yang hanya dijamah oleh orang yang berjiwa kecil.

Isnin, Mac 08, 2010

aku jiwang


"aku lenyap dalam dakapan hujan"

minggu ini,
emosi kuat menganggu diri.
aku makin kuat termenung.
Esok, exam.
Lantaklah aku tak kisah.
------------------------

Tolong aku,
tolong aku hidupkan unggun api
agar aku dapat tersedar
dek kehangatan.

Tolong aku,
tolong aku lepaskan diri
daripada dakapan kejap hujan.

Sabtu, Mac 06, 2010

separa berubah

aku hendak tulis panjang-panjang pasal hati dan perasaan.
Hendak juga mengada, mengadu domba.
Tapi lupa pula, itu semua bicara sulit.

Blog ini,
Ini bukan bicara sulit.
Nampak, sudah di luar linkungan.

*malu

serius menjadi tua

serius menjadi tua
1 2 3 Go!

selamat tinggal
perasaan lama
selamat tinggal
pose dahulu kala

mak
tengok aku datang
dah matang

Jumaat, Mac 05, 2010

ini kisah sejak azali lagi

tertarik dengan penyataan kawan aku
"wannh, baik kau pakai purdah"

apa pasal, kenapa kenapa?

jawabannya;
sebab bibir kau
sebab tahi lalat kau lucah

--------------------------------

Lihat betul-betul. Tahi lalat aku ni ada simetri. Betul kat tengah-tengah. Ada ong maaa.

Pernah orang tanya aku taknak buang ke?
:Maaflah, tahi lalat ni memang sejak azali lagi. Daripada dalam perut mak aku. Nurse masa sambut aku pun cakap; "eh ada tahi lalat lah dia ni, kahwin dengan anak raja ni" (sumber:mak aku)
Sebab tulah aku taknak buang, nanti tak kahwin dengan anak raja.

-------------------------------------------------

Okay, nak nasihatkan diri sendiri supaya tak lekat sangat depan laptop ni.
Sekali melekat berjam-jam. Klik sana, klik sini.
Berbahaya untuk kesihatan, takut jadi macam ni nanti;


Sebelum jadi macam tu, baik kurang-kurangkan. Nanti lari pulak anak raja tu.

tipu

"kalau pinokio menipu hidung makin panjang,
kalau manusia menipu bontot makin besar"

Khamis, Mac 04, 2010

masa berpeluh bersama apek

Perjuangan baru bermula. Heh, tadi pergi kedai gambar dekat area rumah. Pilih-pilih filem, muktamad ambil kodak ultramax 400. Susah payah aku cari kodak ebx, memang susah. Filem tu begitu rare sekarang. Kalau ada, orang miskin macam aku mesti tak dapat pasal orang kaya-kaya dah borong dulu.
Silap aku suruh apek kedai gambar tu reloadkan untuk aku. Habis koyak sikit filem tu. Payah aku nak terang, ada yang terkeluar tu, terkeluar ni. Entah bakal habis dalam 6 keping kot pasti rosak. Itu belum kira lagi gambar yang tak jadi. Berpeluh-peluh aku, berpeluh-peluh jugak apek tu. Dahlah pakai baju takda lengan. Memang berbulu lah.
Sakit hati dalam redha. Adat orang baru nak bermula. Belajar daripada pengalaman.

Haru.

Rabu, Mac 03, 2010

siapa tak kenal abang hitam

memang rugi siapa tak kenal abang hitam
ala, abang hitam bermuka hitam berbibir hitam berambut hitam slek bergigi putih.
tak kenal lagi? yang ramai-ramai duduk kat kepong. Konon guna visa belajar tapi duk merempat mengorat anak dara tempatan.
Sebenarnya abang-abang hitam ni pak lawak
tadi kat perhentian bas
aku selamba berdiri sebelah dorang
curi-curi dengar dorang cakap
sekali,
"aku nak pegi damai lah"
tengok, "pegi" dan "lah"
terer betul. gua tabik!
sekali dorang buat lawak, aku tahan gelak
dahlah gelak besar
pandang-pandang aku konon nak ajak aku gelak sekali lah ni
last, aku gelak sambil pandang dorang balik
sorang ni senyum.

baru aku tahu,
abang hitam ni manis orangnya.
hitam manis.
sayang, bibir besar sangat tu yang aku tak tahan.

tak perlu peluk cium kamu


"Dear sayang, tidak semestinya aku tidak peluk cium kamu bererti

aku tidak sayang. Kadang sayang, aku rasa tak peluk cium kamu lah hubungan kita lagi bertambah sayang. Aku tahu sayang. Saat tiap kali kita jumpa pun dah tahu. Jelas lagi lebar senyumanmu sayang"

"Nanti dulu, kalau mahu berkasih panggil aku.
Aku sedia tumpangkan bahu"

Isnin, Mac 01, 2010

bulan ketiga

"kita di bulan ketiga sayang
takkan mahu berhoneymoon lagi"