Isnin, Ogos 29, 2011

Merdeka Raya.

Hai! Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Tak lupa jangan lupakan semangat kemerdekaan kita yang ke-54 yo!

Eh, blog ni tak habis edit lagi. Maleh aku nak edit. Hahahaha.
Ce komon,ce komen. Boleh dok?


Sabtu, Ogos 27, 2011

Ada Ummph!

Bila dapat kawan satu kepala, camnilah jadinya!

Ahad, Ogos 21, 2011

Photocharity

"Nama saya Mogan, umur 80 tahun. Asal, Empat Tin"

Dia Mogan. Orang tua terbiar tanpa kasih sayang. Dia orang kelainan upaya tapi masih mampu bercakap seperti biasa. Bak kata Bapak Lim, Mogan ni tiga suku. Mogan orang yang jujur, entahlah aku suka melayan Mogan ni. Yang paling aku tak tahan, Mogan bukan berumur 80 tahun. Dia melawak je tu. Alahai, lagi nak buat aku tersengih bila nampak gigi Mogan yang tinggal dua batang tu.


Ini Mama Khor, senyum dia tak pernah lekang. Tangan dia pun tak lepas berulit dengan tangan aku. Aku nampak dia gembira dengan kehadiran bebudak Kelab Penyayang. Serius rindu Makcik ni.




Sabtu, Ogos 20, 2011

Homesick.

Mahu tahu,
dah dua minggu ni aku tak pulang Selayang.

Dan sebenarnya aku betul-betul rindu Selayang, rumah dua bilik aku, suasana sempit dalam bilik yang diheningkan oleh suara adik-adikku. Aku rindu satu-satunya bilik air dalam rumah aku.

Untuk makluman, aku dalam keluarga sederhana.
Sederhana bagiku tapi mungkin susah bagi pandangan orang luar. Aku tinggal di rumah flat yang mungkin sebesar sebuah bilik orang kaya. Mungkin.

2 hari kebelakangan ni abah kerap mesej aku bertanyakan tentang kuliah. Ada yang aku lupa reply sampai abah hantar berulang kali. Dalam 2 hari ini jugak aku rindu abah.

Tadi, adik aku sempat mesej aku yang abah selalu bukak gambar-gambar aku di facebook. Entah, mungkin rindu lah tu.

Sayang orang SELAYANG.


Jumaat, Ogos 19, 2011

Kantung selesa

Sekarang aku dalam proses mencuba untuk menjadi selesa. Sebenarnya aku kaget dengan perhubungan yang pada awalnya terlalu selesa. Semua benda kau rasa cool je, kau rasa si polan tu ngam, si polan tu klik kita, "kita geng aaa".

Entah,
bagi aku perhubungan punya tahap, bukan terus melulu rasa selesa. Dan aku benci bila rasa selesa tu merudum disebabkan kau sudah tahu si polan tu punya keburukan dan kau tidak suka.

Aku memang perlahan dalam berkawan. Kau mungkin nampak aku diam, pasif mula-mula. Sebab aku perlukan masa untuk selesa.

Rabu, Ogos 17, 2011

Selamat berada dalam lingkungan 20-AN Kawan!


Jamuan kecil-kecilan.
Moga persahabatan yang baru dibina ini kekal.
Cewah.


Conversation

Kelmarin, aku keluar KL. Aku tak bagitau Mak, Abah sebab takut dorang risau. Macam biasalah, aku buat dek je. Tetiba Mak call tanya aku kat mana, kantoilah.
Bukan aku nak sorok aku keluar ke apa, aku cuma taknak dorang risau dan bising. HEHEHE

Jadi semalam aku dapat mesej daripada Abah yang buat aku rasa lucu;

"Cuti ni tak rewang mana ke?

Aku balas, "Dah rewang dah hari ahad. Takda duit nak rewang dah"

Abah jawab, "Rewang jangan tak rewang duit tak ada baru tak rewang"

----


Selasa, Ogos 16, 2011

Kalau kalau

"Kalau anda stress, tepuk tangan! Kalau anda stress hentak kaki! Kalau anda stress, begitulah caranya,. Kalau anda stress ketuk kepala."

Sabtu, Ogos 13, 2011

Multi Psaiko


Geng Top 5 kot! Syiooook!


PsiKo, K.O?


Kepala ini kini makin disempitkan dengan teori-teori.
Ah, aku sebenarnya tidak kisah kalau kepala ini mahu letup sekalipun diisi dengan teori-teori ni. Biar basi, aku masih jamah.

Saat ini, aku rindu emak abah.
Tapi sayang aku pada mak abah masih tak memberanikan aku untuk menyatakan sayang pada mereka, rindu mereka.
Telefon aku cuma bertanya khabar, tapi tidak pernah menyatakan rindu kerana malu.

Bodoh!,
nak cakap rindu pun malu.

Saat ini,
Aku rindu bau, angin dan "hanyir" Selayang.