Jumaat, April 30, 2010

Rabu, April 28, 2010

psst psst

Lepas ni
kengkawan takpun gua sendiri kalau bawak keta atau moto
kalau kena tahan dengan polis jangan lari.
Jangan bergerak walau seinchi.
Kalau lari nanti terbabas.
Rugi mati di tangan polis.

Selasa, April 27, 2010

sem tiba

Aku tak sabar nak cuti sem. Boleh lepak, walaupun kejap.
Boleh gelak puas-puas.
Boleh mengada-ngada.
Boleh jalan-jalan.
Boleh peluk-peluk.
Boleh makan macam orang kaya.
Boleh tengok wayang.
Boleh huha huha tak ingat dunia.
Kopak.

Bajet gila aku kan,
tak sedar diri.
Cuti sem?
Aku terlibat ke? Perlu?

Aku budak sekolah
yang tak sedar diri.
"Orang huha huha pun dah ke universiti, kamu tu?"

Okay, aku tak libatkan pandangan sesiapa dalam hal ni.
Aku tak kisah dengan pandangan jiran ke, makcik aku ke.
Tapi tentang pandangan mak bapak terhadap aku.
Mereka sekalipun tak pernah mengongkong.
Cuma aku yang suka ambil kesempatan.

Aku jahat.
Thuihhh!

jauh

Jangan risau
saya kecil
duduk pun jauh
tak kacau kamu

Ahad, April 25, 2010

boring gila nyah


Ai, boring gila la nyah. Ai rindu nak goyang-goyang kepala ni.Ai nak keluar tapi ai takda duit. Ai nak jerit kuat-kuat tapi tak boleh.Jadi ai bukak tube cari bahan. Ai jumpa lagu feveret ai. Ai cuba karaoke.


Nyah, lepas ai karaoke pun ai boring lagi. Apa ni?

kepala otak

"otak kanan tangan kiri otak kiri tangan kanan"

----



Kata hati lagi laku daripada kata nafsu

Sabtu, April 24, 2010

-

Facebook pun dah mula penyakit plastik ke. Kamonn lah kawan.

perempuan selekeh berstokin longgar

Muka-muka lega konon paper reading,writing dengan listening dah habis.

Muka gua sengal gila. Nampak boleh pijak-pijak kan.
Ingat gua senyum macam kat bawah ni gua sengal ah. Gua tak bergaya macam aweks-aweks lain. Gua cuma perempuan selekeh berstokin longgar.


Jumaat, April 23, 2010

gua punya harapan

Okay, gua nak wish good luck buat diri gua sendiri.
Moga gua dapat band 4 walaupun gua haramjadah tak usha buku.
Gua harap gua tenang setenang air tempat nyamuk bertelur.
Gua harap gua dapat tangkap apa yang matsaleh cakap kat depan.
Gua harap gua tak tidur. Gua harap gua tak buang masa dengan dok mengelamun.
Gua harap gua tak macam ni lagi, dok depan laptop. Bukak internet>buang masa.
Ini yang gua benci diri gua sendiri ni. Benci, benci, benci!

Khamis, April 22, 2010

rumah aku sebuah kotak kecil

Rumah aku kecil. Paling kau masuk bilik keluar balik nampak tv nampak laptop. Rumah aku mungkin besar bilik Datuk,VVIP.
Dalam bilik tak muat nak belajar, panas. Serabut.
Dekat luar tak boleh nak belajar, ada tv ada internet(ancaman).
Jadi aku harus ke mana?
Atau aku hanya mencipta alasan sahaja. Aku tak pernah nak menyalahkan rumah.
Ini semua fasal aku, pasal pemikiran aku. Aku bersyukur.
Tapi apa lagi.
Rumah aku hanya sebuah kotak kecil.
Kotak kecil dua bilik.

*Bodoh, memang aku tak kuat.

video lawak tak menjadi




Lepas aku tengok video ni, aku gelak terbahak-bahak.
Mungkin kau orang yang tengok rasa macam "apasal sengal je video ni",
"tah pape".
Video nostalgia 2008. Nak prank tak jadi. Keeeeesiaaan.
Apapun, tetap di hati gua.

uet uet muet

Aku nak MUET sabtu ni.
Malas gila.

Selasa, April 20, 2010

kewarasan aku tidur

aku nak menulis tapi hilang kewarasan.
kewarasan aku tidur.

-musim hujan ni menjadi alasan aku untuk peluk bantal lama-lama.
aku kadang tidur petang pastu konon malam tidur awal dalam pukul 10 untuk bangun pukul 3 sebab nak belajar konon. Tapi tak pernah pulak nak "belajar konon" tu menjadi.
Esoknya aku bangun pagi macam biasa dan ulang benda yang sama sambil tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala.

Psst : Mintak tolong azan aku bila nampak aku mengantuk.

Isnin, April 19, 2010

psst psst

Pstt. Wa baru tahu main sudoku. Gembira bukan kepalang.


*Wa tak macam lu olang, wa talak pandai matematik.

Sabtu, April 17, 2010

belasan sampai bila-bila



Ini betul zaman satu malaysia. Najib pun tak keluarkan idealogi dia tu lagi.
Aku rindu nak borak-borak dengan kawan-kawan india dan cina. Mereka ni kadang-kadang kelakar. Walaupun ada yang senyap semacam je, aku try borak jugak. Walaupun subjek yang aku cuba sampaikan memang skema. Jawapan pun skema bagai.

Memang bersatu kelas ni. Lagipun sebab semuanya perempuan.
Sekolah perempuan. Aku suka.
Satu kelas satu tandas satu cermin. Bercerminlah kau puas-puas.
Boo kuat-kuat semua tak kisah. Kau nak joget bergoyang segala aset pun tak kisah. Salin baju dalam kelas. Terbukak tu terbukak ni. Paling aku suka masa terkinja-kinja. Siapa nak peduli. Walaupun sekarang aku gian gila nak buat benda ni balik.

Dah dua tahun aku tinggalkan sekolah ni. Rindu gila sial. Masa perhimpunan sekolah. Waktu kelas agama. Waktu berdikir barat. haha
Banyak yang tak terucap.

Tengok kat facebook budak-budak kelas makin cantik makin mengancam. Semua dah sambung belajar. Tak boleh bla. Pakat ramai-ramai pergi TAR College. Serumpun jugak ye.

*Dua hari ni mimpi sekolah lama. Rindu la tu.

aku gay today

Kalau nak menulis ni, cerita mesti fresh tak boleh berbasi-basi. Kalau gitu tak feel, macam menipu.

Hari ini hari yang aku tunggu-tunggu. Kehulu kehilir tak boleh duduk diam. Ke balkoni belakang dok jenguk mana tahu si dia sudah sampai. Mengintai dari atas. Tapi slek hujan tiba. Aku tak salahkan hujan cuma si dia takkan datang kalau hujan. Aku down.Walaupun mesej si dia berbaur meminta maaf aku tak salahkan, aku faham. Tapi langit kembali cerah seperti memberi ruang untuk aku bersama dia. Si dia kembali datang. Aku tak boleh tahan senyum yang selama ini aku simpan untuk dia.Kami bercerita itu ini. Tanpa hipokrasi. Semuanya terus terang. Pemikiran kami sama jadi tiada masalah. Sudah lama, sudah berbulan-bulan aku tak luang masa untuk betul-betul berborak dengan dia. Dia terlalu sibuk. Dia jauh.

Hari ini baru aku lega. Beku yang tersimpan dalam kepala dan jiwa ini sudah mencair.
Baru hari ini aku senyum lebar sepuas-puasnya.
Baru hari ini aku beria-ria dengar cerita orang
Baru hari ini aku ketawa selantang-lantangnya.
Baru hari ini semenjak dahulu.
Segala bahalol yang aku simpan sudah hilang. Percakapan dia menguatkan aku. Aku tak payah menangis lagi sebab aku perlu tahu yang dia sentiasa terbuka untuk aku.
Terima kasih kerana datang jumpa aku walaupun kau berjalan kaki jauh.
Walaupun kita hanya lepak dekat lombong belakang rumah aku.
Kita pun tak pernah kisah.
Terima kasih Salina Salleh.
Sejam sudah cukup.

-Gay traditionally means 'happy'

Jumaat, April 16, 2010

benci kira-kira


Subjek kira-kira bukanlah subjek kegemaran aku. Ini semua kerana peristiwa ditampar cikgu masa tahun 6 sebab tak tahu bahagi. Lagi kerana fobia dek asyik-asyik muka aku kena tanya sifir. Lagi jugak muka aku kena pergi depan jawab soalan. Lagi muka aku kena rotan dekat tangan sebab banyak salah dalam exam.

Sampai sekrang aku dok menyumpah-nyumpah subjek ni. Bagi aku orang yang minat subjek ni semuanya skema, berdisiplin tinggi, tak mahu mengaku kalah, mempunyai ego yang tinggi. LOL
Walaupun kadang-kadang aku hampir jatuh cinta dengan subjek ni. Tapi aku tepis jauh-jauh. Bayangan muka cikgu matematik yang kejam dan tak berhati perut akan muncul menundukkan aku.
Sebab tu apa-apa hal yang melibatkan kira-kira aku tolak ketepi.
Dalam tak suka tu jugaklah dugaan datang dengan minatnya aku kepada subjek ekonomi.
Segala ceruk purut tentang ekonomi aku minat. Tetapi malang, ekonomi juga memerlukan minda yang tangkas tak lembab macam aku. Terkial-kial mengira, guna kalkulator pun kadang salah, apatah aku tengok nombor pun kadang terbalik.

Sebab kira-kira jugaklah seminggu ni aku down. Aku melalak. Aku stress. Aku ponteng. Aku gerun dengan orang pandai-pandai. Aku kaku tak tahu nak buat pa sampai demam.
Aku kadang-kadang cemburu dengan kawan sebelah aku yang boleh buat kira-kira sambil bersiul-siul. Laju je siap.
Aku? Masih termenung tengok soalan. Tergagap-gagap.

Tapi aku tak patut kesian dengan diri sendiri. Setelah muhasabah diri selama beberapa hari. Akhirnya aku teguh untuk sahut semua cabaran tu. Aku kena usaha lebih sikit.
Bukan sikit, banyak. Sepenuh jiwa raga. Walaupun aku tahu kadang aku ni cakap macam hangat-hangat tahi ayam. Erkk.


Aku suka subjek pengajian am. Maklumlah warganegara yang terbilang kan. Mana tahu bakal peguam nanti?


Bawah meja aku takda formula matematik. Yang ada angan-angan beserta puisi tak menjadi.

Selasa, April 13, 2010

mogok



semua benda nak mogok.
kepala aku mogok
perut aku mogok
kaki aku mogok
tangan aku mogok
otak aku mogok
dan
perasaan aku monyok

Isnin, April 12, 2010

persoalan pokok?

Hanya aku yang kisah tentang pokok itu.

gomolitos buat kali kedua

Buat kedua kalinya aku agak berpuas hati. Walaupun takdalah cantik pun hasilnya. Tapi okaylah. Bolehlah jugak merawat hati yang luka.
MX yang aku buat pun okaylah jugak. First time kot. Pakai hentam jek. Terimalah hasil yang tidak seberapa.
Dan niat aku nak beli Fisheye dengan Holga kenalah tahan dulu.
Sekarang aku tak boleh buat apa-apa.
Kalau aku beli nanti aku lalai main. Macam budak kecik dapat gula-gula. Gitulah gamaknya.
-----
Gambar yang last sekali paling seram. Muka aku pun dah naik hantu kot masa tu.
Upload sikt je. Malas.












Filem : Kodak Ultramax 400
Develop : Normal C-41
Foto Golden Jalan Ipoh

Hari Ini Aku Kejam

Semuanya tidak berjalan seperti biasa.
Hari ini hati aku remuk walaupun tanpa sesiapa yang menyakiti.
Aku menjadi terlalu serius dalam setiap percakapan.
Aku cuba lari daripada semua orang.
Aku bosan dengan orang sekeliling.
Aku benci. Aku muak.
Aku rasa semua orang bermuka-muka.
Aku menangis dan tiba-tiba aku ketawa.
Tiada, tiada siapa yang perasan tentang perasaan aku ketika itu.
Aku masih boleh berpura-pura senyum ketika orang menegurku.
Aku tutup perasaan dengan pembohongan.
Aku penipu. Aku berlakon.
Aku geram dengan salakan-salakan bodoh.
Aku tunduk, aku menangis.
Senyap.
Tanpa siapa pun tahu.
Tinggalkan aku sendirian.
Biar aku pulih.


11.00a.m
12 April 2010
----
2 jam selepas itu aku pulih
tetapi masih tawar.

Sabtu, April 10, 2010

Kata Luhur daripada Bapak




Kata Luhur-an exhibition to commemorate Y.Bhg Datuk A. Samad Said birthday (His 75th birthday falls on Friday, 9th April 2010). Presenting nearly 100 pieces of his sketches & drawings.

Mempersembahkan Kata Luhur-sempena menyambut hari lahir yang ke 75 untuk YBhg Datuk A.Samad Said. Mempamerkan hasil karya beliau dalam bentuk lukisan & lakaran berjumlah hampir 100 buah.

Y.Bhg Datuk Syed Ahmad Jamal akan merasmikan pameran ini pada hari Jumaat, 09hb April 2010 jam 8.00 malam di Galeri 2B, Balai Seni Lukis Negara.

KATA LUHUR merupakan pameran solo kedua A.Samad Said yang memaparkan kira-kira 100 buah lukisan daripada 11 siri karya terbaru beliau. Himpunan lukisan ini adalah cerminan pengalaman A.Samad Said yang sering bergelut dengan jerih getir memperjuangkan dunia kesusasteraan yang sudah begitu sebati dengan dirinya.

Berbanding dengan siri lakaran di dalam pameran solo pertama (Daerah Samad, 2007) yang kelihatan lebih halus, gestural dan meditatif, karya-karya terbaru ini menonjolkan sapuan yang lebih perkasa, ganas dan penuh yakin seiring dengan nuansa yang menyelubungi detik-detik pengkaryaan lukisan-lukisan tersebut.

KATA LUHUR adalah rakaman visual serta catatan batin bangsa sebuah era yang sarat dengan kisah resah gelisah serta gelora seorang sasterawan dalam menongkah sebuah kehidupan, berbaur dengan pelbagai episod yang mengitari daerah bahasa dan bangsanya.

Nur Hanim Khairuddin, Kurator Jemputan

Nota: Sempena hari lahir ke 75 Pak Samad, majlis akan turut diserikan dengan persembahan lagu, video seni dan bacaan puisi oleh:Rahmat Haron, Meor Yusuf Aziddin, Rahimidin Zahari, Siti Zainon Ismail, Space Gambus Experiment, Dewangga Sakti & Taheera Rosheena .

kata luhur

Jemput Datang. Jumpa di sana!

buka minda





Khamis, April 08, 2010

beg sentimental

kalau bosan buat apa? aku cuma termenung tengok siling sambil tunggu mata nak terlelap. tapi mengada pulak tak mahu lelap. tertoleh-toleh ke kiri ke kanan mana tahu ada idea nak berangan. tapi takda. beralih ke buku tapi rasa pening tiba-tiba.

jadi tengok almari macam segar pulak. bukaklah almari.
penuh betul dengan baju-baju. ada yang tersangkut. ada yang berbunjut. ada yang terperusuk kat celah-celah.
jadi aku koreklah konon nak kemas.
kemas punya kemas terjumpa lah beg.

wah rupanya beg aku zaman bergetah dulu.
zaman konon kecil molek.
berjerawat, pendek, bergigi spongebob.

beg kesayangan walaupun tak lawa.
murah. takda jenama.
beg yang konon rasa hot lah sangat padahal katun kat beg tu macam muka aku.
semua budak kata muka aku macam kat beg tu.
kiranya aku cutelah kan?
ikikik

seronok betul tengok beg tu.
kenangan rock-rock di tingkatan 4.
beg yang memakan hamis ketiakku.




------
3 bulan lepas kot saja aku pakai beg ni, boleh pulak orang gelak. Tahulah muka aku dah tak cute macam katun dalam beg tu. Bantai gelak pulak. Sepuk kang.
Dey dey dey.

Esok aku nak pakai beg ni pergi sekolah nak tengok apa reaksi orang yang
"judge a book by it's cover"
ngehngehngeh.

-----

lagi terkesima

Lagi hal buat aku terkesima.
Tadi masa tengah borak-borak, kawan aku cakap.
"wannh ni nampak je kat luar rock eh.
tapi sebenarnya dalam hati tu sensetif. manja"
aku cuma tersenyum dengan membariskan braces yang berkilat.
mata pula bersinar-sinar seperti pernah meminum innershine.

jawaban dalam hati
"serock gua. taklah rock pun. dalam hati mesti ada taman,
ingin berteman,ingin dicintai,
ingin bertepuk tampar bersama kekasih hati" -cehhhhhhhhhhhhhhhh

geli geli
krohkrohkruihhtuihh
(padahal suka)

Selasa, April 06, 2010

jeritan batinku

Berat badan gua sekarang makin mengancam. memang menggamit hati gua juga. gua pening memikirkan bentuk badan gua sekarang. bukan mengancam hingga menjilat jari tetapi mengancam hingga cirit birit. pemakanan gua sudah tidak betul sekarang. gua seperti hamba makanan. gua jadi kepingin dengan setiap apa yang gua nampak. gua penuh dengan nafsu.
arghh. arghh arghh arghh.. (ini jeritan, jangan salah tafsir)

gua tak mahu masuk paper dan dijadikan contoh transformasi just mate 5 oleh DrRozmey tu.

Jadi gua berazam nak turunkan berat badan badan sampai gua kurus. Jadi lepastu bolehlah gua ambil gambar muncung comel kedepan. kenyit mata, cekak pinggang, tonggek ke. Itu takkan menjadi masalah gua selepas kurus.
Nanti dulu, gua perlukan idola/penguat untuk gua kurus. Memandangkan kawan-kawan gua pun 2x5 dengan gua jadi tak bolehlah. Apa kata gua ambil Lady Gaga. Yelah, semenjak gua tengok video Bad Romance tu gua sudah berkenan dengan si dia ni. Menggiurkan.
Amacam. Jangan terkejut kalau body gua macam lady gaga nanti. Rah muh rah muh muh

Dalam Librari

Dalam librari
aku tersengguk
seorang tua
tersenyum menegur:
Tak guna
membuka buku
menutup mata.
Kan elok
menutup buku
membuka mata?

Mulai esoknya
dalam librari
ku tak pernah
tersengguk lagi
walau orang tua
sudah lama
tiada kusua

Dalam librari
kini ku membaca,
mataku sering
ke kerusi orang tua
yang sudah tiada

perjuangan anak-anak ayam

Sekarang aku dekat makmal komputer. Sedang berhuha-huha gembira. Emak ayam bersama anak-anak ayam tidak belajar hari ini. Ahh, sebelum ni pun sama.
Esok pun sama
Lusa pun sama
Tulat pun sama

Bagaimana nasib anak-anak ayam nanti?
Jangan lupa saksikan sambungannya.

*merapu.

Ahad, April 04, 2010

wabbit wongak

Aku suka pergi kenduri kahwin sebab boleh makan nasi minyak banyak-banyak. Lepastu jumpa sepupu sepapat mestilah gedik-gedik sambil usha mamat-mamat.
Okay, Tadi aku pergi lah satu kenduri ni, jumpa pulak sepupu aku yang dah lama tak jumpa. Bertahun-tahun kot. Dah ada anak rupanya. Peluk punya peluk pastu dia cakap macam ni :
"Lah dah lama tak jumpa Dayah ni. Makin besar tahi lalat dia"
respon aku macam =,=



------


MUET sudah dekat. aku lantak je tak buat apa-apa. Rasa rugi pulak pergi resit balik. Bayar 60 hengget wooo. Band 3 da okay kot nak masuk mana-mana. Bukan aku nak sambung law pun.
Tapi yang sedihnya tarikh speaking aku jatuh sehari selepas aku pergi dentist. Dahlah nak pasang bracket baru dan memang sah ahh gigi aku tak boleh bukak. Gusi pasti demam punya. Jadi gimana gue mau speaking dong? Habislah, macam Mrbean jugak aku ckp nanti.
Pepun redha jelah macam mana jadi nanti. Habis skor dekat reading dengan writing jelah. Yang listening tu entahlah. Kena korek telinga bersih-bersih. Maklumlah aku ni pekak sikit.
Okaylah aku nak mandi dulu. Kentut dah busuk ni.
Gedebash Gedebish Gedebush.

Sabtu, April 03, 2010

karya otak kurus







dulu bertungkus lumus aku siapkan flyer. duduk depan photoshop berjam-jam. tak ada basic pun. semua pakai taram je.
semua ni sudah tinggal kenangan.
kita semua dah besar. dah tak layan benda ni.
siapa kata karya otak kurus tak famous.
banyak apa tempahan yang kita dapat. tapi tak tertunai.
orang panggil bukak booth kat gig lagi.
cecece poyonya

tapi mana nak pergi, kita sekolah lagi weh.
dulu-dulu best gila.
--------
dulu,
zaman gila-gila main myspace.
facebook semua tak layan lagi.
--------
*aku ingat lagi masa kita cepat-cepat balik dari sekolah sebab nak pergi Super Sunday Concept Store dekat Bukit Bintang. Rushing dalam hujan. Beria-ria nak cari t-shirt. (masa zaman tee "jiwa kosong"). Banyak betul tees lawa-lawa. Kita semua sepakat beli tee "takkan hilang indie di dunia" by durjana clothing. Tapi sampai sekarang aku geli nak pakai tee tu. Indie ke? haha



------
2007/2008
Gambar dulu-dulu. Sekarang semua dah cantik. Dah belajar jauh-jauh. Pandai-pandai.
Aku je tak. ;)

masa yang tersenyum


masa sekolah rendah kat pahang aku naik trak askar pergi sekolah. kena panjat tangga tinggi kalau nak naik. duduk kat belakang trak tu macam kena tahan. kadang aku tahan nak muntah sebab bergelong sangat. pasal trak ni,semua budak respek aku. dorang ingat aku terhormat. sanggup tunggu aku sebab nak tengok aku naik trak askar. hahaha

teringat pulak, dulu masa darjah 3 aku masuk pertandingan bercerita dan aku dapat tempat pertama. tapi terkilan sampai sekarang sebab tak dapat ambil hadiah. semua sebab aku kena pindah kl.

masa pertandingan baca sajak aku terketar-ketar sebab terlupa. lepastu aku diam dan semua orang tepuk tangan. paling malu. aku tak datang 2 hari sebab malu nak tunjuk muka dekat cikgu dengan kawan.

lagi, dulu ingat lagi aku buat exam apa tah namanya yang untuk lompat tahun tu. kalau darjah 4 boleh terus masuk darjah 6. Dalam 10 orang je yang layak untuk ambil exam tu. Kira aku bukan calang-calang lah. Padahal aku rasa aku memang tak layak langsung. Aku diterima untuk lompat tahun tapi aku tolak.

Masa sekolah rendah kat kl tu, hari jumaat hari wajib untuk berdrama. geng aku semua stay back dekat kolam ikan sekolah seri murni tu. hari berlakon. kadang konon aku jadi pengarah. tapi aku selalu dapat watak budak cacat kena buli,budak lelaki blur. comel je

masa tahun 2003. budak sekolah rendah ni semua matang-matang. tak macam sekarang. betul budak-budak. mengada betul. dulu semua tak pilih kawan. sekarang semua budak nak kawan cantik je. macam "kalau takda barbie takboleh kawan dengan aku", "kena pakai roxy satu geng" bla bla bla.
----------
aku rindu gila borak lucah-lucah sampai tergolek-golek.
masa kita bagi nama kat semua drebar bas rapid kl.
yang paling aku suka pakcik rakus. rambut dia kerinting. bawak laju. cool gila.
masa kita semua sembang kat tepi padang sekolah. mengumpat sikit. sanggup tunggu bas terakhir sebab malas sesak macam kambing dalam bas.
jalan kaki sampai bustop yang punyalah jauh sampai paha aku melecet-lecet.

masa aku jadi pelakon drama kelas. aku dapat watak budak lelaki blur.
ada sekali tahun tu aku dapat watak utama, tapi sebagai pak pandir.
kelakar gila.

masa form 3, memang perpaduan betullah. budak-budak ni suka panggil aku berjoget. bukan joget atas pentas. setakat dalam kelas sampai ketiak basah.

habis pmr aku tak keruan. tak tahu nak ambil apa. mula-mula dah ambil add math tapi aku tak tahan. aku bukan jenis budak kira-kira. dapat teknik jurusan kejuruteraan awam aku tolak. last aku jadi budak akaun je. nak ambil seni tak jadi sebab clash dengan paper akaun masa spm.
-------
dulu kalau ada kem bina insan kita semua memang tak suka time nangis-nangis. Dengan kurang ajar kita semua seludup sumbat mp3 kat telinga. Dengar lagu my humps pastu konon melalak-lalak nangis. gila.
tapi kita semua nangis-nangis masa nyanyi lagu teman sejati.

masa aku ponteng sekolah pergi bukit bintang dengan kena kejar anjing. Lepastu salah sorang kawan baik aku dapat tahu dan dia kecewa gila dengan aku. Aku rasa bersalah tengok dia macam nak nangis.

masa ponteng kelas pastu lepak dalam tandas lama-lama. pergi bilik kaunseling pura-pura cari info. waktu rehat kadang tak makan pergi library bukak myspace.

masa maths tak pernah belajar. bila cikgu mintak buku gelabah tiru budak-budak lain. pastu pergi beli buku maths konon sebab dah habis padahal nak buat buku conteng. lukis-lukis dalam tu. berpuisi lah konon.

masa ramai-ramai tak suka basuh kasut. aku punya kasut paling otai. yeahh yeahhh

masa nak dekat spm. aku boleh lepak-lepak lagi. kawan aku sorang ni dah risau.
tapi aku lepak je.
---------

banyak lagi masa yang lekat dalam kepala otak ni.
masa berharga aku yang orang lain tak ada.
masa-masa tulah yang buat aku lebih matang.
lagi berfikiran luas. lagi terbuka.
masa yang buat aku tersenyum bila tengah boring macam ni.

Jumaat, April 02, 2010

random awesome





No I don’t know what is up with me
I laugh too much recently

-22:36 via webcam

Khamis, April 01, 2010

lady gagak dan g-stringnya

yo yo yo wassup wassup
aku rasa bosan bila aku asyik taip benda-benda yang serius kebelakangan ni.
macam emo pun ada.

kebanyakan entri aku semenjak dua menjak ni macam feeling je.
aku dah lama tak tulis blog sambil korek-korek hidung. hahaha
so sekarang ni kena lah joget-joget sikit.
aku pun agak tensen dua menjak ni.

gaya cik gayah bercerita

---------------------------------
pagi tadi aku ponteng lagi.
hujan lah. aku naik moto pergi sekolah. tak dapet den nak pogi.
padahal den maleh sebab den tak siap kojo. Ikikik

Okay, bila ponteng ni bosan.
Nak tidur bersalah, nak belajar bersalah
dengan rasa tak bersalah aku online lah.
Setakat tgk you tube
usha lady gagak. Ohmakaiii, stim betul video klipnya.
Yelah aku ni jakun. bukannya kenal pun artis matsaleh ni.
nak tengok lah rupa si lady gaga ni.
ternganga-nganga tengok si gaga ni.
terkankang-kangkang dengan gstringnya.
amboi amboi amboi

habis usha tu teringat pulak kat johny depp ni.
dia jelah artis luar negara yang aku minat. yang lain aku tak minat sebab aku tak tahu dan tak ambil tahu yang aku tahu geng-geng ramli sarip. ikikik.

tengok johny depp ni teringat aku kat pelakon malaysia ni.
macam johny depp lah.
amacam hensem tak? haha
gambar kemam ni je aku dapat.


maka bermadahlah masa



bahasa

bahasa ditinggalkan oleh hari
alam menguningkan kata

walau kucuba
yang kupunyai
hanya selembar upih sempit
untuk mencedok lautan.
yang kukumpul
selonggok istilah
untuk melakar jagat,
yang kususun
hanya sepalit warna pudar.

di luar, selamanya
titik memadam makna.
--------------------------------
sajak untuk si penakut

sekali aku pernah takut pada si penakut
yang mengumpul pengamat
di lorong sepi
atau membakar penyokong
dengan janji atau puji

sekali di lorong lalang
aku ketemu sekampung
pemburu pangkat
yang merancang masa depan
dengan lidah fitnah
atau tikaman sulit selaran.

tapi sekarang-aku faham
serangan melukis jiwa sumbernya,
cacian hanyalah kata,
ugutan itu tidak lebih dari keras suara.
kebenaran tidak mungkin dilukakan
harga diri tidak luntur
oleh setahun serangan.
---
musim hujan cenggini
eloklah aku khatamkan buku muhammad haji salleh yang hampir berabuk tu
boleh tumpang feel hujan

duit poket

Mari kita cari duit poket
Spesis sama. Satu klik dapat $10. Kalau yang selalu online setiap hari bolehlah join. Klik je iklan kat dalam tu. Dapat $10.
Gaya aku macam gila harta tak?
Hahaha.
Mencuba je weh.
Cubalah klik kat link di bawah dan join.
Sambil online tu bolehlah klik2. Dapat jugaklah duit.




fineptc.com

Sekarang aku baru klik 3. Dapatlah $30.
Tapi dalam sehari ada limit. Tiga iklan je FinePtc ni bagi klik.
Dahlah. aku bukan nak berbisnes. Nak try je ni.
Cuma register and click.

Apo lagi. Cubalah.
Klik kat link di atas dan register.

Sumpah. Aku tak pernah layan benda macam ni.
Tapi kali ni saja cuba-cuba.
Hahaha *gelak mata duitan