Sabtu, Januari 30, 2010

dendang rock kangkang


Takdalah aku terkangkang pun masa menyanyi lagu ni.
Saja karaoke di You Tube! Best Gilak weh!
Lepas tension dengan melalak lagu ; Mama Do.
Hahaha, sumbang takpa, ada aku kesah.
Okay, mahu keluar pergi makan.
Sahlah, makin gemuk la weh. Lemak bawah dagu pun dah seinchi.
Haaaaaaaaaaaabislah.

Khamis, Januari 28, 2010

hey, aku bukan budak tingkatan 2,3,4 atau 5

Aku benci bila cikgu tahan aku,
pastu cakap
"Kamu nak ke mana ni? Pergi masuk kelas!" -2.30 petang.
"Saya takda kelas la cikgu, saya form 6!"
"Oh yeke, takpelah"


Aku benci bila orang tanya aku,
sama ada jiran, makcik kpochi mahupun uncle bas,
pastu cakap
"Form berapa ni?"
"Form 6, Upper 6!"
"La, tak macam form 6. Kenapa kain biru?"
"Entahla, dah sekolah suruh gitu. Ikut jelah"

Lalu, aku pun berpura-pura musykil.
"Aku ni kecik ke? gemuk je rasa"
"Aku ni comel sangat ke?"
"Aku ni budak-budak?"

Alaa, sebenarnya pun.
Mana aku tinggi pun. Sebab tulah kot.
Selain tu, aku memang muka blur, macam budak tak paham. Aku bukan muka macam budak-budak pandai, muka konfiden, dll.
Lagipun, aku selalu cakap dan gelak dengan kuat, anggapan tipikal - Budak form 6 matang-matang, takda bising-bising.

Alah, persetankan.
Aku selesa amat cara gini.
Mudah, cuma senyum dan rasa muda

Rabu, Januari 27, 2010

Gelaklah pada aku

Inilah hasil yang dok aku tunggu-tunggu.
Takdalah hebat pun, aku tengok pun sekali pandang.
Kamuorang pun boleh pandang sebelah mata jugak.
Ini boleh jadi ; salah aku, salah filem, salah kamera atau salah kedai gambar?
"Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga"
Argh, gelaklah pada aku.

Isnin, Januari 25, 2010

Klasik

sekarang aku guna ni, dapat daripada pakcik aku.
RICOH 500G. Orang kata bagus, gambar lawa.
Search kat google, memang klasik la weh.
Aku guna filem Fujifilem Superia 200 je.
Masalahnya sekarang, lens manual dah rosak.
Aku bantai pakai auto je.Cuba jugak tangkap guna manual manatau elok kan.
Aku pun blur je guna ni.
Nak kena pergi develop filem lagi. Entah berapa kena.
Tunggu je hasil macam mana nanti.Tak sabau!
Kalau ok, aku teruskan.
Kalau ko, aku muziumkan.

Ahad, Januari 24, 2010

gilo-gilo remajo

kerja-kerja mengada di waktu lapang.

Jumaat, Januari 22, 2010

sawan sate

semalam selepas membantai 13 cucuk sate di haji samuri,

"gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati"


ini reaksi jujur. tak berselindung langsung.
macam penjual kat pasar malam je aku cakap.
yay,esok ke rumah di pahang. Ghock n Gholl!

jurukamera : ateh

Rabu, Januari 20, 2010

ini jadi kalau kau paksa

termangu
diam.

Tangan perlahan
menekan huruf.
Otak ligat
mencipta lipur.

Sayang,
saat itu suaranya belum kuat.
Bagaikan memaksa seorang kecil menyusui ibunya.
Ah, hiperbola sungguh.

-------------------------------------------------------------------------------

Eh-oh. alahai si "PO" Teletubbies.

sibuk mengerjakan teletubbies untuk hiasan rumah sukan.
tag nama,
khemah,
board,
eh-oh (Hello bagi teletubbies), penatnya.

Seterusnya,
minggu depan, program pertukaran pelajar ke jepun.
bukan aku yang ditukarkan,
cuma terlibat dalam kes batu seremban.
Batu seremban? Kenalah demonstasi batu seremban depan depa,
Oh, jangan cakap macam ayam dan itik sudah.
Bukan apa, orang jepun kadang dok paham english kita.
Takpun kita dok bengap english sebenanya. Haha
Batu seremban dalam english apa = seremban rock ka?

Lagi,
sejak seminggu ini dengan kelebihan period,
aku tidur dari 4.00 petang hingga 8 malam.
Bangun tengok tv,
11 malam tidur balik.
Lenanya.
Buku? Ala nanti-nantilah.
Buku tidak lari kemana.

Ahad, Januari 17, 2010

mat kool mat kool kawanku

mat kool mat kool kawanku,
mari kita ikut mat kool,
main-main selalu,
syoknya-syoknya ada mat kool.

-lagu aiskerim mat kool


Tiada kena mengena langsung. Oh ya, ini fasal mamat sebelah kiri tu. Ya, sebelah kiri. Dia kool dan aku suka.
Cikgu sekolah cool u.
Dia banyak buat aku tergelak. Kejap, aku kenal dia sehari aja, nama tak tahu, mengajar sekolah apa tak tahu. Mengada betul aku. Angau. Biasalah, sesiapa yang buat aku gelak mesti aku angau.
Angau ke gedik ke mengada ke sengal?

Sabtu, Januari 16, 2010

dialog seorang kawan

"aku nak famous tahun ini, supaya semua orang boleh kenal aku"

*kau sudah terkenal lama kawan, daripada dulu lagi. Zaman kita sekolah perempuan, zaman kita masuk kawad. OH, bukan kita. Aku maksudkan engkau seorang.
Semoga berbahagia bersama suasana baharu, ditemani rasa terkenal itu. Wah, bangga bukan apabila kau sudah terkenal.

meruap

jangan samakan aku sama kau, bodoh!
kau tinggikan darjat padahal kau tidak
terpekik, terlolong memanggil perhatian
berlagak kau punya ramai kawan
yang boleh berada di sisi kau apabila;
kau takut
kau kuat
kau dayus.

kau senyum sama aku
panggil aku berkawan sama kau?
tidak, bodoh!
Jelas hidung kau yang tinggi
mata kau yang sinis
hati kau yang jijik
gaya kau yang bongkak.

Aku sangat benci orang bermuka-muka
aku lebih senang orang jujur depan mata.

Isnin, Januari 11, 2010

entri separuh inggeris pertama

Malaysian University English Test (MUET) End-year 2009

Okay,MUET is not some English test you can take lightly. Those who do not take MUET might think MUET as some easy English test like the one we had in form 5. Heck , they're wrong. MUET is much tougher than that. MUET is not some exam you can just pass by , but some English test you must study for.

-I got band 3 for my MUET. Honestly , I'm quite satisfied :)
Tak rasa nak ambil balik, tapi tengoklah. Mana tahu tiba-tiba niat nak jadi peguam.
Gelabah jugak aku, macamlah terer sangat kan.
Eh, rasa nak ambil balik lah. Manatahu band 4 pulak, tak band 5, tak band 6.
Ah, berangan. Manusia memang tak puas.

Sabtu, Januari 09, 2010

baru sepuluh ringgit

ada sepuluh ringgit untuk beli barang berharga 55.
miskinnya, malas bising nak mintak duit dengan abah.
Cuti haritu dapat la 3 rat. Tapi habis macam tu je. Lupa beli apa.
Sedih,sedih.
Nak duit
Nak duit
Nak duit,
tolonglah.
Sekarang ni makan tak cukup, tak apa. Aku tahan lapar. Aku tahan nafsu. Aku tahan dahaga.
Semua ini kerana dia;takpa, lupakan golden half. Encik lomolitos dah ada.
Nak kepit dia.

Rabu, Januari 06, 2010

sekarang rajin baca buku

Maaaalaaaassnya nak menaaaip. Tapi rajin baca buku.

Jumaat, Januari 01, 2010

entri poyo tahun baru

1 januari 2010, permulaan hidup baru lah konon.
Seperti biasa azam yang diharapkan sekadar bau-bau bacang je. Masih tahi-tahi ayam.
Tapi berbunga jugak hati sebab tetiba je rajin mengemas meja belajar yang memang sejak azali selalu serabut. Kertas entah apa-apa. Kadang tak perasan tisu hingus pun boleh terselit, nasib sudah kering. Euwwwww!

Terhasil jugaklahkan azam nak rajin kan. Katil pun dah berbalut cadar. Aku sapu bawah katil, lap meja, buang sampah, semalam pun aku dah pandai masak nasi goreng kampung tau. Habis sefamili puji. Sedaplah katakan. Terima kasihlah kepada maggi perencah nasi goreng kampung dan perencah cukuuup rasa.haha
Lagi, semalam jugak aku potong rambut yang sudah tersedia pendek. Takpalah, redha je demi keselesaan. Lagipun aku malas sikat rambut. Boleh jimat syampu, boleh jimat air. Banyak je alasan kan? ;)

Alah, aku rajin ni pun bersebab, bukan sebab azam tahun baru. Memang dah berserabut pun bilik tu, dahlah berkongsi. Lagilah macam-macam. Apa lagi kemas jelah. Nak harapkan adik-adik aku yang baik hati, takpayahlah. Hampeh, buat taik hidung je kerja. bhaha

Hooray, isnin sekolah. Tahun terakhir di SMK Raja Abdullah. Rasa nak cepat-cepat je habiskan zaman persekolahan ni. Capek gue. Pagi berhantar tapi malangnya balik naik bas. Dahlah pukul 4 baru habis tutorial. Jalan kaki, lintas bulatan jalan ipoh tu, tunggu bas. Penat.
Kekadang berjalan dalam hujan, bawak buku, terkedek-kedek aku berlari, kereta hon. Sudahlah, jadi entri sedih pulak ni. Sudah itu sudah! haha

Okay, sekarang ini bukti kerajinan aku. Siapa kata aku tak rajinlah, dah boleh buat menantu pun
*bangga


tengok, aku rajin kan. Cantik,kemas betul! *bangga lagi. Background bawah meja tu aku recycle buat board pulak. Tampallah to do list, kata peransang, bla bla. Tak lupa, aku nak tampal gambar idola, bapak samad said. :)
Habis aku kerat-kerat muka bapak daripada akhar. Punyalah semangat. Sabar jelah sampai hujung tahun. Lepas tu nak mintak abah duit, hias bilik aku dekat rumah baru, nak buat lomo wall, bagi lighting sikit, cat baru ,langsir plain, haha. Baru puas, takdalah aku sengsara bergedup ja dalam bilik kecil sekarang ni.

Haa, lagi banyak aku taip lagilah merepek. Ini jelah ayat aku setiap akhir entri kan.
"penatlah, mengantuklah" tipu je tu. Sebenarnya tak tahu apa lagi nak tulis.

Haha, okay. Sudah itu sudah :)

ahlan wassalan 1431 hijrah/2010

masa taip ini blog, cukup genap sudah setahun 2009. Dekat dalam bilik, aku dapat dengar orang blok depan memekak-mekak. Bukan sebarang memekak, macam SAWAN punya memekak. Saat menaip ini jugak tengah dengar lagu ella-puisi hamba. Punyalah feel aku dengar. Entah kenapa tiba-tiba sayu je hati ni. Dah-dah tak mahu ah sedih di tahun baru kan.

Aku sekarang tengah audit buku lama ni, jadi macam orang lain juga naklah berazam. Yelah, kalau orang tanya apa azam tahun ni, takkan takda kot kan? Lagipun macam takda masa depan lah kalau takda azam. Haha ;)

Setelah berfikir,
dan direncanakan secara masak-masak, inilah azam aku tahun ini;
hendak beriman secara tulus dan ikhlas terhadap ALLAH
nak mandi sekurangnya 2 kali sehari. (aku mandi sekali sehari tapi tetap wangii)
lagi rajin (mengemas, baca buku, yang lain tak fikir lagi)
lagi matang dalam berfikir dan membuat sebarang tindakan
sayang keluarga, kawan-kawan ketat-ketat *ayat budak sekarang! ;p
pandai berkira-kira, jimat cermat
STPM 4 flat!
lagii..

entahlah, biar masa yang menentukan.

Itu sajalah yang dapat aku coretkan, ayat pun skema semacam pulak. Sekarang aku dah mengantuk. Baik aku tidur, esok tahun baru, harap semua bukan macam dulu. Haraplah kan!