Rabu, Januari 26, 2011

Klasik

Aku heran betul macam mana kawan aku si Aniss ni boleh update banyak kali dalam sehari. Dahlah entri panjang-panjang, betul-betul geliga budak ni!

Disebabkan aku rasa kalau selalu update tu adalah salah satu ciri orang geliga, maka aku pun ingin turut serta.
----

Geliga-geliga aku hampa juga rancangannya. Aku yang tengah bosan dan seorang gian menulis memerlukan ide juga.

Maka kembali pada Tahun 2007/2008 tak silap. Zaman aku masih bergigi jarang, ambil gambar tutup mulut rapat-rapat. Tak sedar gigi jarang pun masih nak gelak kuat-kuat. Kalau minum air, nak kenakan kawan aku boleh pakai pancut guna celahan gigi aku ni. Konfiden tinggi gamaknya. Badan takda bentuk badan, tak solid macam Anith Aqilah yang menjadi tarikan ramai masa tu.

Macam biasa, hari-hari yang malas aku di sekolah diteruskan seperti biasa. Pergi naik bus rapid, agak-agak malas tak pergi sekolah. Apahal! Form 4 kan zaman bulan madu.
Kalau ada koko aku buat macam takda koko. Rajin je stayback tapi bukan pergi meeting kelab/persatuan semua tu. Aku pergi library. Library bai! Aku stok baik-baik, tapi malang aku pergi library bukan buat homework ke apa. Aku bukak kamus dewan, aku bukak majalah nasinel geografik, rajin sikit Dewan Masyarakat. Sebab tu markah koko aku E bai! EEEEEEEEEEEEEE.

Jauh menyimpang,
sekolah aku ni dulu kalau budak-budak melayu jenis Melayu betul banyak. Yang Melayu urban pun banyak jugak. Real Melayu dan ada adab-adab berbudaya, sopan santun, akan join Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Kebudayaan, dan lebih real Persatuan Agama Islam (Wajib). Kalau melayu urban ni lain sikit, kelab pom pom. Kelab Cheerleaders (Pom pom nama melayu) ni memang hot kat sekolah. Apa tak hot, nak join mesti cantik, seksi, konfidennya, dan ofkos budak-budaknya agak berada dan begitu "ROXY" sekali.
Jurang antara real melayu dan urban ni begitu ketara. Banyak tak sebulu, begitu diskriminasi. Taraf tak sama beb, gua "shoei" depa "roxy".

Sampai satu tahap Persatuan Bahasa Melayu yang dipimpin oleh kawanku agak jatuh. Budak-budak dah tak ramai join. Semua nak urban. Jiwa melayu tak kental termasuk aku!
Aku kental memerang jenayah sampai join Kelab Pencegah Jenayah! Brutal ni!
Aku pun agak kesian tengok perubahan sampai macam tu sekali lagi-lagi sebab dah takda ahli nak join dikir barat. Ingat dikir barat ni sangat Kelantan ke? Ya! Aku pun fikir macam tu sebab dah diracun oleh keurbanan!
Maka dengan rasa bertanggungjawab sebagai kawan dan anak melayu, aku join. Tak lupa, habis satu geng aku ajak join sekali. Semangat kekitaan katakan.


Setiap minggu ada prektis, prektis sampai lebam. Aku dapat position pemain rebana ibu. Ibu segala bunyi, dan Ain yang masa tu kurus dan kecik sebagai pemain gong.
Rebana anak rebana ibu macam nak hancur, sekolah tak bagi dana nak beli baru tuu. Yelah, "roxy" first.
Kesungguhan kitorang semua berdikir-dikir ni agak tidak menjadi. Sebab yang berdikir ni kena sempoi dan lantang, kena pada gayanya. Tak boleh cover ayu.

Ayu tak ayu tu lain cerita, aku kagum dengan semangat budak-budak ni semua datang berlatih walaupun dari awal dah tahu kemungkinan untuk menang tu tipis.
Masa pertandingan, suara semua masa berdikir tu kecik je. Macam terjerit-jerit pun ada.
Aku pun masa tu apa kurangnya, selalu sangat naik syeikh main rebana tu. Sukma, kawan aku si tukang karut merangkap pengerusi pun dah lupa malu dan lupa lirik. Bantai je jang. Abang-abang otai pun mula bersorak sebab seronok tengok adik-adik manis berdikir. Juri geleng kepala.

Gaya Kouuul (Ikut bentuk mulut)

Kenangan-kenangan macam ni selalu sangat buat aku tersengih. Sengih sorang-sorangla musim menganggur ni.

Buat kawan-kawan yang jauh tu, pulanglah. Belanjalah kawanmu yang pokai ini makan.

Ahad, Januari 23, 2011

Debu-debu





Penangan selepas dua hari daripada bercuti di rumah sendiri, Pahang.
Hilanglah stress, mandi pun bersemangat sental sana sental sini.
Hari ini aku kena kembali kepada mood Kuala Lumpur Kotaraya Debu,
betulkan apa yang patut dan mula fikir macam mana nak gandakan wang ringgit yang cuma tinggal 8ringgit dalam dompet.
Alah, bukan sebab tinggal di Kuala Lumpur perlukan duit di mana-mana pun sama.
Aku duduk diam kat rumah pun perlukan duit.
Itu belum campur godaan daripada surat khabar, internet. Macam-macam.

Dalam otak ni macam-macam perancangan,
antaranya tahun ini harus backpack ke Penang.
Benda-benda macam ni semuanya perlukan duit dan maklum keluarga aku tak mampu nak menanggung kehendak yang sebegitu.

Jadi, selamat tinggal angan-angan dan harapan yang merosakkan impian.
Mulakan penjimatan yang betul-betul jimat, persetankan godaan yang memakan duit lagi-lagi kepada benda yang entah apa-apa. Jadi aku harus sibuk mencari alternatif kepada "godaan" aku.

Dimulai dengan menyental debu-debu beku yang selama ini menginap di tubuh aku.

Bismillah.

Isnin, Januari 10, 2011

Terapi Penganggur yang Tabah

Memandangkan entri aku yang aku tulis panjang-panjang dah terdelete maka keghairahan untuk menulis balik telah tiada.
Tunggu "stim" datang balik baru aku tulis.

Hidup aku di tahun baru ni dimulakan dengan bangun pagi yang hampir tengah hari. Rasa sayang nak tinggalkan mimpi yang berupa wayang free. Aku duduk rumah goyang kaki dah hampir sebulan selepas habis STPM. Kad ATM aku sumpah rasa nak patahkan je sebab makin susut. Parah punya susut.

Kerja pulak aku pergi cari memang kebanyakannya full. Ini semua disebabkan lepasan SPM&STPM ni. Aku pun cari area Selayang je. Tak mampu nak gerak KL atas faktor jarak dan pengangkutan. Duduk rumah memang bosan bagi orang pemalas macam aku. Salah satu azam konon nak belajar masak tapi tak menjadi lagi sebab setakat 10 hari dalam 2011 ni aku tak pernah lagi potong bawang. Setakat ni baru potong cili guna gunting sebab nak masak maggi. Apatah lagi nak menyiang ikan,menyembelih ayam lagi tak buat. Parah berdarah! Dalam situasi macam ni sah aku akan kahwin lambat.

Apasal tetiba sibuk pasal kahwin ni!
Oh, semalam aku pergi kenduri jiran blok sebelah. Usha punya usha baru aku perasan yang kahwin tu senior aku sekolah rendah yang sekarang berumur 23 tahun. Disebabkan tu baru aku perasan yang sebenarnya aku ni dah besar. 20 tahun tapi apa pengetahuan tentang kemahiran memasak,dan etc memang tak memadai. Terasa kerdilnya aku ni bila tengok kawan-kawan aku yang rajin,pandai memasak,pandai jaga budak,dan apa-apa lagi yang pandai-lah.

"Siapalah aku yang hanya terer memasak nasi goreng kampung dan maggi goreng."

-----
Dalam bosan-bosan tu terjumpa link ni,terapi

Agak-agak kalau aku tulis headline macam ni ada orang nak berkenalan tak?

"Saya seorang yang suka goyang kaki dan menghiburkan diri tanpa bersusah payah mengeluarkan duit dan kemudian menyesal di kemudian hari. Kebolehan memasak yang terhad setakat nasi goreng kampung dang maggi goreng. Boleh dibawa berbincang untuk bangun pagi"

------

Ah, aku tak perlukan terapi serupa itu untuk memecahkan kebosanan atau secara jujurnya kesunyian.
Aku masih punya kawan dan keluarga dalam hidup ini. Banyak lagi perkara yang aku perlu belajar dan perbaiki. Memang serius tahun ini banyak yang perlu aku ubahkan tapi harusnya mesti berpaksi "aku masih aku yang dulu". Aku mesti lebih gigih berdikari dan tak takut menempuh apa yang aku takut untuk melakukan perubahan.
Dugh, ayat bersemangat! Hahaha

Moga-moga semangat aku berkekalan!

Jumaat, Januari 07, 2011

Shapsiwalep walep

"Bangang ke tak bangang aku dah tulis entri panjang-panjang tiba-tiba terdelete semua.
Memang bengang. "

Balik pasar malam ni kang aku tulis balik!

Ahad, Januari 02, 2011

Pemuja



Sejak kita bersua
Dapat kurasa sesuatu istimewa
Tapi kusedar
Siapalah aku
Si pemuja dari jauh

Meskipun berdekatan
Dunia kita berasingan
Sejengkal bagaikan sebatu
Siapalah aku
Si pemuja dari jauh

Senyumanmu jelinganmu membuai khayalan

---------------------------

Lagu dah bertahun tapi baru hari ni aku dengar dan terus jatuh cinta.
Ps: Lepas dengar terus rasa nak buat klip video. Kehkeh