Rabu, Januari 30, 2013

Fokus lari-lari

Selamat bermaustautin di hostel rumah teres dua tingkat di Batang Berjuntai. Aku masih jarang bercakap dengan budak rumah kecuali budak bilik aku dan kawan sekelas aku yang nun duduk kat bilik bawah. Kami cuma bertegur sekadar "makan", "kelas pukul berapa" dan sewaktu yang lebih kurang dengannya.

Paling jahanam dekat sini sebab internet takda. Ini online pun atas belas ihsan broadband kawan dan aku dapat rasakan hidup aku makin gloomy kerana tidak dapat berhibur dengan dunia maya. Kata ko.

Malas. Saat aku menaip ini sepatutnya aku kena siapkan asaimen yang kena hantar esok paginya. Mata makin kabur kerana efek ubat, jari lambat mengatur-ngatur mencari kekunci. Aku malas dan aku tak tahu macam mana aku nak hadap esok.

Tapi aku selalu dan suka kata;

"Esok yang tak pasti, tempuh macam biasa. Macam tak biasa."


Sabtu, Januari 19, 2013

Dua Tiga Noda

Persembahkan
dua tiga layang
tayang percuma
maruah di badan

Alur melebar getik diraih
jaguh mengayak berahi dijulang

Dua tiga kali dipelawa naik
dua tiga kali ditolak takut sakit
senyap-senyap simpan hasrat
larut malam sendiri berbuat birat

Sial kini menyiat-nyiat tubuh yang kini mula terpalit dosa birat

Sakit itu jika dilayan bisa menelanjangkan.

***

Menjadi manusia yang paling murah harganya di sisi manusia dan hina di sisi tuhan adalah penganiayaan terhadap diri yang paling kejam kau pernah lakukan.

Tak tahu tajuk apa sebab random.

Makin lama makin malas aku nak menaip atau hapdet di dunia sosial berunsurkan internet ni. Aku masih ada di talian tapi lebih gemar memerhati daripada mengambil tempat untuk bercakap, hapdet dan segala yang berkaitan dengannya. Mungkinkah aku layak digelar silent stalker,reader whatever xoxo. Aku lebih sibuk menonton filem di internet, melihat gelagat vlogger, membaca blog, melihat gambar di flickr dan sekali sekala  melayan konsert-konsert rakaman daripada band fav ku. 

***

Semester baru sudah bermula. Aku macam biasa, jenis orang yang malas balik awal sebab aku selalu anggap seminggu yang pertama tu takkan ada kelas dan takkan berjalan lancar. Tapi kali ini aku silap, aku dah tinggal tiga kelas. Asaimen dah ada dan yang paling aku benci subjek aku sem ini ada melibatkan kira-kira. Aku harap segalanya akan berjalan lancar dan pembelajaran aku lebih baik daripada sebelumnya. Tiba-tiba aku benci pulak bila aku letak kenyataan seperti tadi. Macam gud-gud. Kahkahkah.

***

All is well.

Rabu, Januari 02, 2013

Selalunya susah

Sekarang sedang serius dalam segala peraduan cari kata, cipta slogan, isi tempat kosong, cari benda tersembunyi dan lain-lain. Serius.

Selasa, Januari 01, 2013

Trivia 2013

1434 // 2013

***

Permulaan 2013 agak kabut. Sekarang ni aku tengah cuti sem dan dalam 14hb Jan masuk sem baru. Tengah  sedap aku bercuti dapat pulak berita yang hostel Unisel akan ditutup bagi kemasukan sem Januari 2013 dan perkara ini memang buat aku mencarut habis-habisan. Dari sem lepas lagi isu hostel tak habis-habis dan isu kali ini makin menjadi hebohan sebab sudah melibatkan perpindahan pelajar. Mengikut kefahaman aku, semua pelajar Unisel Bestari Jaya akan dipindahkan ke tempat pemindahan sementara yang sememangnya tak tahu lagi bagaimana keadaannya. Semestinya di luar kampus dan berjauhan dari kemudahan yang menyelesakan. 

Antara isu berbangkit daripada persoalan dalam kepala aku;

1. Pengangkutan 
2. Fasiliti 
3. Keselamatan
4. Keselesaan
5. Aktiviti

Persoalan demi persoalan yang aku bangkitkan tapi jawapannya cuma ada pada pihak pengurusan. Apa yang aku harap cuma pihak yang terbabit betul-betul faham dengan keadaan pelajar dan memberikan perkhidmatan dan kerjasama yang betul-betul baik.

Perancangan awal aku;

1. Dapat duduk serumah dengan hosmet aku yang lama terutamanya kawan sekelas. Sebab utama : kami berkongsi pengangkutan iatu kereta. Senang sekali harung ke kelas, nak buat asaimen bagai. 

2. Dapat rumah teres sebab isu keselamatan aset (kereta). Alasan: Senang jenguk dan terlindung daripada ancaman luar rumah. 

Yang lain aku tak fikir. Ini aja sebab ini yang paling penting. 

Permulaan 2013 gua memang haruuuuuu beb.