Selasa, Jun 21, 2011

Aku kat mana?

Kalau aku menulis je mesti time dalam persimpangan lah, nak bertaubatlah, nak berubahlah.

Eh, mengantuk lah pulak. Dah menguap ni.
Kbai!

Selasa, Jun 07, 2011

Konsert 2 Raksasa (Sweet Charity & Blues Gang)



Gua rasa nak sugar daddy sekarang!

"Konsert ni Blues Gang ada, gua tak boleh tak pergi.
Maka harus, Korek tabung!"

Aku Blues Gang kipas susah mati. Walaupun Blues Gang ni dah ada sebelum aku lahir lagi tapi musik Blues Gang ni boleh layan sampai mati.

Agak-agak ada tak brader-brader, pakcik-makcik yang nak payung aku.
Jangan lupa PM me! Kahkahkah

Ahad, Jun 05, 2011

Moh Makan Kat Chow Kit!



PESTA CHOW KIT KITA
AHAD (14 JUN 2011)
1.00-6.00 Petang

Tempat: KL Krash Pad -- berhampiran Tune Hotel & One Cafe.
Pengangkutan: Monorail Medan Tuanku / LRT Sultan Ismail / Bas ke Chow Kit

Apa yang ada?

-1. Perarakan pesta di sekitar Chow Kit
Bermula pukul 12pm

2. Tayangan video
Video-video yang telah diarah, dirakam & disunting oleh peserta-peserta remaja Chow Kit Kita 2!

3. Pameran foto
Foto-foto yang diambil dan disunting oleh peserta-peserta remaja CKK2.

4. Stesen cetak T-shirt & beg
Bawa t-shirt sendiri untuk dicetak secara percuma! T-shirt & beg juga boleh dibeli di sana.

5. Studio foto
Suka bergambar? Berposing lah ramai-ramai dan gambar kamu akan dimuatnaik ke Facebook Chow Kit Kita!

6. Persembahan muzik
Azmyl Yunor, Awi Rafael, Shh..Diam!, D.I.A., Supersyazwan, Isma Rudean, Vandal and Karmal!

7. Persembahan tarian hip-hop
Slashshoot Dance Crew and Harmless Dance Crew!

8. Stesen mencuba makanan Chow Kit
Datang awal untuk daftar dan dapatkan koupon untuk mencuba makanan daripada komuniti Chow Kit!

9. Stesen membuat pin badge
Pilih design yang kamu suka dan buat pin badge kamu sendiri!

10. Pameran poster-poster makanan di Chow Kit
Direka dan dihasilkan oleh remaja-remaja CKK2. Mereka akan mempersembahkan poster-poster ini kepada kedai-kedai di Chow Kit!

11. Peta interaktif makanan Chow Kit - mural dan online
Isilah peta gergasi makanan di Chow Kit dengan review-review makanan atau kedai yang anda pernah kunjungi!

12. Persembahan lakonan
Theater daripada peserta-peserta Chow Kit Kita 1! Daftar untuk theater jalanan!

13. FLASH MOB
Flash mob dikoreograf sepenuhnya oleh remaja-remaja Chow Kit Kita 2! Belajar tarian dan ramai-ramai kita berjoget di Chow Kit! Video: http://www.youtube.com/playlist?p=PL0D2DCADFD1DE7BDA

13. Demonstrasi graffiti & graffiti awam!
Join pelukis-pelukis graffiti untuk menconteng papan lukisan yang BESAR!

Psttt: Jangan lupa bawa tshirt kosong untuk dicetak secara PERCUMA kat sana. PERCUMA! Kalau takda, boleh beli. Aku akan jaga stesen printing nanti.

JOM MERAMAIKAN PESTA CHOW KIT KITA!