Ahad, Ogos 29, 2010

PATRIOTik



Tiba-tiba aku rasa nak jadi askar.

Rabu, Ogos 25, 2010

Merapu, tak tahu.

Abah makin kurus. Orang lain apa tahu dan untuk aku menyesakkan lagi bebanan di dada abah tidaklah sama sekali.

Tapi abah masih kool.

Aku merapu, orang lain apa tahu.
Orang lain tak tahu.
Tak faham.

Jumaat, Ogos 20, 2010

Penunggu kemerdekaan.






2 bulan kebelakangan ini aku cukup sibuk. Dengan konon kerja sekolah berlambak yang sebenarnya tak pernah aku lengkapkan. Ujian dan ujian yang aku bantai lolos.
Tapi entah, aku rasa sibuk yang aku luangkan selama ini cuma untuk memikirkan masa depan. Kemana entah usaha, kemana entah rasa bebanan.
Ah, apa guna berangan kalau tangan tak berjalan.


Raya tetap raya, semuanya tiada beza.



Aku
seorang pejuang kemerdekaan
mesti jadi penunggu
bagi menuntut kebebasan.

Ahad, Ogos 15, 2010

Selasa, Ogos 10, 2010

Nawaitu.

Rasa sekejap betul dah jumpa puasa balik. Aku rasa baru tahun lepas aku ponteng bawak jag air masuk bilik, teguk air semayang, curi-curi rasa kuih mak aku, tidur lama-lama, terkurik telinga dan macam-macam lagi agenda nakal. Tak terkira.

Walaupun esok puasa, bahang raya aku dah rasa. Tapi tu biar dulu. Jangan dok fikir, nanti semua kerja tak berjalan. Aku ada banyak lagi misi yang tak tertunai. Memandangkan Stpm dah dekat, kenalah aku kerja keras. Tinggal-tinggalkan apa yang patut. Betul-betulkan yang tak terbetul.

Bulan puasa ni jugak aku tolong kawan meniaga. Jadi minah popia lah nanti.

Jumaat, Ogos 06, 2010

Goyang pancit.

Keadaan dah semakin cun. Aku pun dah kembali ceria.
Hari ini futsal, tapi mengah tak boleh lari. Kaki terkial-kial tak reti sepak bola.
Orang semua semangat, aku asyik pancit.
Sumpah penat, bayangkan dah berapa bulan tak berjoging. Sekali keluar peluh, tiau! Kalah ketiak apek tak cukur sebulan!

Habis futsal,
karok.

Ramli Sarip
Ella
Amalina
Iwan
Waheeda
tak lupa

Inul!
Nak letak video aku goyang Inul,
tapi terlalu lucah untuk pandangan semua. Simpan untuk suami jelah. Baru ngap ngap!