Khamis, Mei 19, 2011

Langkah Longkang.



Semak,
Sepi,
diketepikan.

Nur Amina dan Rakan-rakan.

Bersama team produksi nur amina dan rakan-rakan. Berkunjung ke panggung untuk support filem pertama lakonannya (sebagai extra).

Ni mat troli tolong ambil. Terernya! (tangan di dada, mata ke atas kesedapan)

"Muka legend, hati cute!"


Baru masuk panggung nak tonton Nur Kasih, datang pulak si Remy ishak, Muniff Isa dengan Tiz Zaqyah kat dalam hall ucap terima kasih sebab datang menonton. Remy siap suruh standby tisu.

Tapi, sebelum sempat guna tisu airmata aku dah kering sebab airkon.

Taklupa, ramainya makcik-makcik, tok, opah masuk panggung. Terkesan!

*Aku sedih sebab terbayangkan aku konon si Nur Amina.

Rabu, Mei 11, 2011

Serupa Tapi Tak Sama

Hiduplah Blues Untuk Selama-lamanya

-Fujifilm Instax Wide 210

Rabu, Mei 04, 2011

Ulasan PECAH, CEKIK, KOUGAR

Hari Sabtu haritu kan aku dapat buku free daripada FIXI. Jadi sebagai rasa seronok dah habis baca 3 buah buku tu, aku nak review sikit. Pembacaan aku dimulakan pada hari sabtu dan berakhir semalam (selasa) bagi ketiga-tiga buah buku.

KOUGAR - sebuah novel Shaz Johar.

Kougar menceritakan tentang Kisha seorang wanita 40 tahun yang belum berkahwin. Dalam kisah ni, Kisha dihantui dengan paksaan ibunya yang begitu kisah dengan title andartu anaknya.
Kisha sebenarnya telah jatuh cinta dengan anak muda berumur 25, Azril. Namun begitu, ada konflik yang berlaku sehingga menyebabkan Kisha menerima lamaran Abang Razif, seorang duda di kampungnya.
Perkahwinan Kisha dan Abang Razif tak bertahan lama. Kisha akhirnya rebah kembali kepada Azril, seterusnya menjadi kougar. Pelbagai garapan "ketelanjuaran" Kisha kita boleh ikut dalam novel ni.
------------------
Okay, yang aku dapat melalui penulisan Shaz Johar ni;
Antaranya, tentang pemikiran sesetengah orang yang memandang serong terhadap hubungan seorang wanita yang lebih berusia dan anak muda. Tetapi pada hakikatnya, hubungan ini berdasarkan cinta. Cinta yang tak mengenal usia. Bukan bersandar nafsu dan hiburan semata-mata. Ini betul-betul cinta!

Mungkin kita selalu dengar, kalau perempuan berusia bercinta dengan anak muda secara automatik anak muda tu dicop anak ikan. Anak ikan yang dahagakan wang, yang sanggup buat apa sahaja demi puaskan "ibunya".

Tapi dalam novel Kougar ni lain, cerita tentang perempuan kougar dari sudut berbeza dan kita akan lihat kesilapan dalam membuat keputusan yang membawa kepada kepedihan.


PECAH - sebuah novel Khairulnizam Bakeri

Pecah menceritakan tentang rompakan di Bank CIMB, Shah Alam. Pecah tentang penyiasatan, tentang pembalasan, tentang masa lampau, tentang cinta, tentang kepuasan. Semasa pembacaan, kita boleh jumpa satu demi satu motif dan satu demi satu perkaitan watak.

Pada mulanya aku sendiri tertanya-tanya apa perkaitan watak-watak sampingan dan imbas kembali dalam novel ni. Tapi selembar demi selembar pembacaan aku mula, "Eh, eh dia ni rupanya...", "patutlah...", dan memang "wow" aku berikan terhadap idealogi dan garapan plot yang diberikan.
Novel Pecah betul-betul mantap! Betul-betul Mantap!

Usai baca novel Pecah ni, aku terngiang-ngiang dengan watak perwatakan yang saling berkaitan, terus rasa nak lukis gambar rajah salasilah keluarga. Dengan ayat-ayat power yang membuka fikiran. PECAH memang PERGH!

Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar
Herman; di celah kerunyut gebar Bakar;
satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatunya PECAH.

CEKIK - sebuah novel Ridhwan Saidi

Kemahuan yang menjentik, membawa Warith seorang budak kampung ke Kuala Lumpur. Warith, menjadi hamba kepada kecantikan duniawi yang dicanang-canangkan konon banyak di Kuala Lumpur. Warith yang lurus, tanpa sedar telah bersumbang mahram dengan ibu dan bapa luar nikahnya.

Warith sudah rasa anu bapanya, tak kurang juga anu ibunya. Warith tidak bersekolah kerana takut diperbodohkan. Warith memang bodoh.

Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap kebodohan Warith?
Siapa pula bertanggungjawab terhadap pembunuhan Tok Said?
Syed Warith,16 tahun; orang baik-baik.

Cerita ini betul-betul serius. Kena baca tanpa henti kalau taknak hilang fokus dan kepuasan dalam pembacaan. Takut hilang stim katanya. Kehkeh.
Kita kena sediakan pemikiran yang terbuka dan janganlah terkejut dengan momen-momen perlakuan seks yang diketengahkan penulis. Banyak kali pulak momen tu.

Cekik betul mencekik aku supaya terus baca tanpa henti.

CEKIK ialah hidangan pascamoden yang memeranjatkan. Ia mengajak kita merasai apa itu nafsu, apa itu kota, apa itu mi Maggi, McDonald's, khutbah, tudung dan juga liwat.

Boleh baca sedikit intro dan dapatkan novel-novel ni kat sini ---> FIXI