Rabu, Februari 29, 2012

Tiang Eletrtik.

Dia perempuan
berbadan petak
bergaya gasar

dia perempuan.





Selasa, Februari 28, 2012

Flow.

Proses ini terlalu lama untuk diteruskan.
Sudah malas mahu terus berterus terang.
Ya,
kali ini-
ini memang bicara sulit.

Rabu, Februari 22, 2012

Makwe

Status berani mati daripada makwe kesayangan hamba.

"agak2 bila aku akan ada pakwe?" - awatif sam

Lu betul-betul minah cool lah.

Selasa, Februari 21, 2012

Kisah, Tidak Kisah. Ini kisahnya.

Menunggu senja menggelapkan suasana.
Terfikir aku akan;
Kisah yang terlalu kisah dengan kehidupan orang lain sehingga aku sendiri lupa untuk kisah dengan kisah sendiri.
Kisah oh kisah.

Buku-buku bertempiaran,
tidur makin berpanjangan,
kisah aku yang makin tidak tentu arah.


Sabtu, Februari 18, 2012

Salur Ibu

Mak selalu dapat instinct kalau aku nak keluar berjalan.

"Kau duduk je sana, baca buku. Tak payah keluar mana-mana. Jangan sewa kereta. Simpan duit tu. Ingat pesan mak abah"

"Bahaya. Jangan ikut orang je. Ingat diri tu macam mana. Orang lain berduit takpe"

"Kita bukan mampu. Ikut cara kita."

Sungguh aku terkesan, tup tup plan nak keluar terus mak call cakap macam tu.
Mak oh mak.

Hitam dan Putih

"Menulis tentang kelemahan diri bukanlah sesuatu yang mudah.

Ia memerlukan masa yang panjang untuk mendapat sebuah keyakinan.

Tetapi setiap kita tidak dapat memadam apa yang telah berlaku. Kita pada hari ini adalah hasil adunan hitam dan putih semalam. Pahit dan manis, suka dan duka, kejayaan dan kegagalan." - saifulislam.com


Jumaat, Februari 17, 2012

Lapan Puloh Empat

Lapan puloh empat ringgit tinggal sehingga penghujung sem yang patut dikisahkan.

Ini bukan bicara sulit.

Dalam kalut memang selalu tak sedar.
Aku orangnya jenis kalut, dan sekarang ini makin blur ragamnya.

Kadang mulut lancang tak sedar. Kadang ketawakan orang tak sedar. Kadang juga tuju orang tak sedar.
Punya kawan-kawan adalah sebuah rasa yang indah. Kita rasa dipunyai, kita rasa dihargai. Bahagia. Rasa sedih, suka, yang bisa dikongsikan terus.

Maaf, sebenarnya ini kali pertama aku menghadapi konflik sebegini. Kenapa aku katakan ini sebuah konflik?
Dasar pabila terlalu suka dan hingar bingar diri ini sukar dikawal. Percakapan tidak dijaga sehingga tidak sedar sudah melukakan hati seorang kawan. Panggilan yang aku anggap gurauan sebenarnya telah menghiriskan hati. Sungguh, aku langsung tidak sedar. Aku terlalu hingar, aku juga lupa bahawa bukan semua orang boleh diperlakukan sebegitu. Mungkin keterbiasaan terhadap kawan-kawan lain buat aku lupa setiap kawan perilakunya berbeza.

Bagaimana aku nak tahu kau terhiris hati sehingga kau sendiri menegurku. Aku harapkan seorang kawan itu bisa menegur jika aku silap. Maki, pukul aku terus, aku tidak kisah kerana aku tahu aku salah. Aku boleh sedia malu dengan silap itu. Aku boleh minta maaf. Aku boleh tunduk salah.

Tapi hati ini runtuh melihat kenyataan kau seperti meludahi aku. Biar kau tak nyatakan nama aku, tapi tetap pernyataan itu "kawan". Ah, mungkin juga aku silap. Aku bukan "kawanmu" seperti yang kau nyatakan. Aku terbawa-bawa.

Jika betul aku "kawan" yang dimaksudkan,
aku benar-benar minta maaf.

Hello

Yawwwww
awww
awwww
awwwww

Selasa, Februari 07, 2012

Positif


Hidup ini perlu positif, jangan selalu terbawa dengan emosi.

Adat, terasa sana terasa sini. Tapi cuba fikir balik tentang apa yang di"terasakan" itu. Muhasabah kembali diri, lihat diri sendiri. Mungkin yang apa yang dicari itu ada pada diri sendiri.
Jaga batasan, jaga sesama hormat.
Hidup akan aman.


Khamis, Februari 02, 2012

Kuning

"Test"
"Kegoan umur"
"Proses"
"Wang"
"Kuasa memiliki"
"Kuasa dimiliki"

Sesungguhnya,
"Kisahnya terlalu kuning untuk diceritakan".

Rabu, Februari 01, 2012

Februari 1


Macam biasa, dari tahun lepas ke Januari kini ke Februari.
Macam biasa, masih sama.

People-watching, makan, lepak, menyanyi, melawak, sembang kencang, body language, dan pemikiran sama-sama dikisahkan aku dan kawan-kawan. Cerita tak pernah habis, sampai jegang mulut gelak, pedulik!

Ahhh asyiknya!