Jumaat, Disember 21, 2012

Kaunter Keluk Wise


Realiti 
Pada paparanmu aku masih normal
Berputar dua puluh empat jam
Seperti kebiasaanya, tidak lari daripada norma

Rumit dan kelihatan sibuk
Belajar dan kelihatan terpelajar
Bercanda dan kelihatan sosialis

Realitinya juga
Pada refleksku sendiri
Putaran hidupku terbalik
Tidak seperti dengan apa adanya yang kau nampak
Daripada sosok gaya dan aturan tubuhku yang kau tafsirkan

Realitinya berbeza dan ia makin.

Isnin, Disember 10, 2012

Tajuk Catatan?


Catatan bosan untuk entah kali ke berapa. Aku baru perasan yang aku cuma rancak menulis bila aku bosan. Minggu ini minggu terakhir untuk sem ke 4, tahun dua sebagai pelajar psikologi tak betul sepenuh masa. Sekarang tengah final exam dan cuma tinggal satu paper lagi sebelum balik rumah dan cuti.

Cakap pasal cuti, aku tak sabar nak cuti. Klise. Ah bosannya entri. 

Ye, haritu aku bosan dan terus buat page fotografi bawah nama rekaan sendiri. Kedengaran agak pui sekali. Kahkahkah. Klise lagi daripada putus fius ke footusfeeust ke kebetulan foto fius. Nah! 


Khamis, Disember 06, 2012

SALAM MALAS NASOB BOSAN




Bosan dan malas.


Sabtu, November 24, 2012

Isu hingus.

Hingus datang lagi. Datang dalam bentuk cairan lendir yang perlu dihembus dengan kerap. Hingus dalam hidup aku tak pernah berjauhan, pusing pusing datang lagi pusing pusing datang lagi. Mungkin dasar budak hingusan. Sambil menaip entri ini juga aku sudah bersin berpuluh kali sehinggakan hingus mengalir pun tidak sempat dilap. Teruk.

Hingus dan aku berpisah tiada.

Jumaat, November 02, 2012

Setan dikisahkan, iman dipersetankan.

ketombe berdikit-dikit menghuni. daki menebal hari ke hari. dosa tidak tercuci. hamba abdi.


Isnin, Oktober 29, 2012

Selalu bukan kadang-kadang

Selalunya bila aku dah taip panjang berjela, bila "writers block" tu datang, habis keseluruhan entri aku padam. Natang.

Selasa, Oktober 23, 2012

Sebelum Kau Rapuh


"Selagi kekuatan itu masih hidup
berdirilah engkau segagahnya
takut sekali kekuatan itu lumpuh
kau jatuh, rapuh."

Sabtu, Oktober 20, 2012

Rindu tak reti tunjuk





Rasa semacam bila abah dengan mak tak telefon aku selama dua minggu. Aku rasa hilang dan tiba-tiba juga aku takut mereka terus hilang takkan pernah pulang. Sejak kebelakangan ini aku makin takut.

Khamis, Oktober 11, 2012

Buah fikiran singkat selepas tengah hari

Belajar main-main sebab apa?

Sebab kau malas. Sebab kau tak betul-betul nampak kau belajar untuk apa, siapa, macam mana? Kau ambik tak kisah walau dah pernah sakit kerana gagal. Tapi kenapa masih tak ambil kisah. Konon macam, gagal tu small matter, jangan bertuhankan pointer, belajar rilek-rilek.

Selama aku belajar macam tulah. Main-main. Tak habis main-main. Sampai satu tahap aku buat test tak rasa apa, gagal pi mati. Tapi tetap aku terima kasih kat tuhan sebab selama aku main-main macam ni aku boleh lagi rasa senang dengan keputusan aku. Taktau jenis apa punya hamba lah aku ni, suruhan dia pun tunggang langgang tapi dia tetap bagi nikmat. Bukan nak bangga. Tapi fikir balik nikmat tu bila-bila tuhan boleh tarik, entah bila memang tak tahu. Nikmat diberi tu sebab nak kasi aku fikir, bersyukur tapi aku ni tak reti pulak nak menghargai. Astaga! Fikir balik aku ni macam manusia tak reti menghargai. Satu lagi nikmat, keluarga aku. Syukur Abah, mak dengan adik-adik cukup makan pakai walaupun simple je tapi tetap senyum bahagia. Keluarga aku adalah nikmat aku yang paling aku takut diambil balik oleh tuhan nanti. Itu yang paling takut! Dalam itu yang paling takut, aku fikir balik kenapa aku tak buat sehabis baik demi menghargai nikmat mempunyai keluarga bahagia ni? Ecewah bahagia!

Lari topik asal

Lompat! Sebenarnya nak cakap pasal MALAS
Aku sangat mencemburui dengan orang yang sungguh rajin belajar ni. Bersungguh-sungguh berusaha nak dapatkan ilmu. Aku fikir balik, aku sukakan ilmu psikologi ni tapi kenapa aku sungguh MALAS ya ampun nak ulang kaji tu semua. Bila dah nak final semua baru nak menyesal tak belajar dari awal, ada tertinggal bab nak baca, ulang kaji sekadar topik bla bla bla. Dah dapat result, baru menyesal pastu berazam nak lebih rajin pastu jadi balik macam yang lepas. Kahkahkah!

Banyak melalut. Mulai sekarang kena kerja keras. Belajar demi mendapatkan ilmu, demi tuhan, agama, keluarga dan membentuk hati menjadi manusia bukan binatang. Ini okay? Okay lah! Tak mahu malas-malas lagi. Tapi kalau aku rajin aku serius, tak bestlah. Tapi jangan tapi-tapi lah! Persetankan!

Mati

Dalam sebulan ini aku asyik dilayangkan dengan mimpi yang sama. Semuanya tentang mati. Betapa penat otakku, lelah dada ni menahan sebak yang ditanggung cuma dalam mimpi.


Sabtu, September 22, 2012

Gagap

Siot. Belajar makin gagap. Seringkali menyatakan kenyataan yang kurang pasti. Rebah aku rabak.

Khamis, September 20, 2012

Eh?

Apa nilai tulisan kau tanpa internet?




Selasa, September 11, 2012

Mata kau buas

Kita dipisahkan oleh batang-batang besi yang terpacak
Menghadang
Daripada kau buas
Menggapai aku
Yang di luar
Tiada terpisah
Bebas

Mata kau buas
Mencari aku dalam gasak
Entah apa yang kau intai
Pastinya
Mata kau buas
Bebas
Menyelak apa saja padaku yang kau lintaskan

Biarlah

Buas kau apa boleh buat. Dosa pun tidak dapat. Moga cepat disembuhkan.

#Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.
10 September 2012
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, September 04, 2012

Gas berapi

Perghhh perghhh perghhh perghhh!

Isnin, September 03, 2012

Kadang ka dang

Kadang
entri satu hari tiga kali
entri seminggu sekali
entri sebulan sekali

kadang tu memang tak tentu

---------------

jenguk es-pose.blogspot.com untuk entri bergambar. mahu berjinak-jinak dan serius, gitu!

Khamis, Ogos 30, 2012

Muak

Kadang-kadang muak juga dengan kata-kata sendiri. Basi.

Isnin, Ogos 13, 2012

Hapdet untuk hari-hari yang hilang

Harini sudah menganggur secara rasmi. Berhenti kerja pun disebabkan memang aku plan nak kerja sebulan je. Ini boleh jadi sebab kenapa aku hilang dan malas nak menulis kat blog ni.
----

Result: Erghh okay okay. Syukur lagi.
Unisel: Persetankan dulu. Bila tiba masa hak aku diketepikan baru aku naik setan.
Gigi: Dah cabut besi berkarat kat gigi ni. Sekarang pakai retainer. Cakap pelat, air liur berlambak tersembur-sembur. Harap maklum.
Puasa: Harap cukup sebulan tanpa rintangan bulan yang berdarah.
Raya: Di Pahang! Yabedahbudu. Oh my Ipoh, entah bila pulak kat sana.

Eh eh eh aku dah dapat apa yang aku nak. Setelah bertahun-tahun menyimpan. Ahhhh inzal sungguh!

Khamis, Julai 26, 2012

Berbuka care pekerje

Maghrib tadi baru pertama kali dalam ramadan ini aku berkesempatan untuk berbuka dengan keluarga. Seronok dan meriah je rasa.

Semalam dan semalam punya semalam punya semalam
aku berbuke care pekerje; beli makanan kat bazar, sampai waktu berbuka makan di tepi jalan. Walaupun rasa tak sedap tapi jadi seronok disebabkan pengalaman. Tapi bila fikir balik, kalau hari-hari gini tak seronok mana dah. Fikir lagi balik aku ni tak reti sukor pulak masih boleh beli makanan masih boleh makan. Bla bla bla bla bla sampailah ketemu esok dan berbuka care pekerje kembali.

Bla bla bla

Sabtu, Julai 21, 2012

Sabthu sathu

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK YA HABIBI YA MAULANA YA MAHBUB YA MAHBUBAH. SALAM SATU ISLAM DAN SALAM SEANTERO DUNIA BLA BLA BLA.

SELAMAT BERPOSE.
ADA SIAPA NAK KAD RAYA? BAGI AKU ALAMAT YO!
TERIMA KASIH MURTABAK!


Jumaat, Julai 20, 2012

Doaploh sathu

Harini aku pulang lewat dari tempat kerja. Singgah makan sekejap dengan kawan sekerja sampailah jam hampir ke angka 12. Ceritanya, pulang dengan menaiki motosikal di lebuhraya buat aku terfikir sesuatu; kalaulah aku mati eksiden di tanggal hari jadiku, apa punya sedihlah rasa. Alhamdulillah dalam ketakutan untuk mati, aku masih belum dicabut nyawa dan masih punya kesempatan untuk meraikan hari jadiku. Ha-ri-ja-di-ku. Hari jadi aku cuma anggap sebagai sebuah tarikh ulangan bagi meraikan genap setahun demi setahun tanggal kelahiran.

Sampai di depan pintu rumah juga telah membuatkan aku terfikir sesuatu; adakah ada kejutan untuk hari jadiku. Berdebar aku meletakkan kunci pada lubangnya, belum habis tombol dipulas ianya telah dibuka dari dalam. Segera aku bayangkan aku diterjah dengan kek dihiasi lilin yang bercahaya dan didendangkan dengan lagu harijadi yang mengujakan. Tiba-tiba aku disergah "masuklah" oleh adikku. Nyata aku hampa sebab apa yang terlintas tadi cuma bayangan dan angan-angan.

Ahh, kadang-kadang teringin juga disambut meriah begitu. Rasa dapat hadiah yang banyak, makan minum yang luar biasa daripada kebiaasaan. Tapi bila difikir balik, aku siapa untuk mempersoalkannya. Harharhar. Bersyukurlah!

Ya ya ya aku bersyukur. Aku masih punya usia ini untuk belajar lagi, bersama keluarga dan raikan hidup macam orang biasa.

Macam tak biasa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, Julai 17, 2012

Kelas Cikgu Fynn


Kesimpulannya yang paling penting, JUJUR. Terlalu banyak input yang diberikan oleh kak fynn pada hari tu. Seronok gila bila dapat cikgu dan kawan-kawan sekelas yang sempoi gila babeng. Haritu juga tumpah segala jenis emosi langsung dalam kelas. Haritu kita menangis, ketawa, marah dan macam-macam. Pelbagai jenis latar belakang dan cerita yang aku dapat. Hah, ambiklah kau dengar cerita-cerita yang memukau ter"wowww woww" gitu. Macam-macam and totally faking awesome!

Oh ya, gambar yang last tu zine daripada kawan kelas aku. Muda-muda dah punya semangat membara nak menulis. Bagus gila. Tabik!

Khamis, Julai 12, 2012

Kamar mandi efisien

hari-hari ke tandas
tandas sinonimnya kotoran
tempat syaitan
tempat taik
tempat buang, basuh, cuci dan pelbagai.

tapi
tandas tempat bermulanya aku mendapat buah fikiran
tempat aku berfikir tentang hari esok
tentang semalam yang bermacam ragam
saat pancur air menurun
sejuk yang mengalir itu menyegarkan
aku seperti diberi pencerahan
yang tidak selalu difikirkan
difikir-fikir

senyum
yang difikir-fikir itu kelihatan bernas
tapi masih tetapi
saat bermulanya langkah keluar daripada tandas
segala yang difikirkan itu hilang
dibasuh entah dengan apa

SETAN!

Tanpa Batas

Kadang-kadang apa yang ditulis
sebenarnya menceritakan kisah mimpi
tetapi apakan daya
kamu yang membaca
menganggapnya sebuah realiti
menyerap maksud ke dalam hati
lantas tersentap
lalu menjauhkan diri

Rabu, Julai 11, 2012

Hari kedua bekerja

Tetibe aku rasa lagi bosan bekerja daripada duduk kat rumah.

Hari-hari pecut pergi siang pulang malam.
Padahal baru dua hari.

Tamat Tahun Pertama

Dah habis tahun pertama sebagai pelajar psikologi tak betul sepenuh masa. Entah bila nak betul pun tidak tahu, belajar masih belum ikut rentaknya. Subjek sem depan macam berat pulak aku tengok, ada pulak yang melibatkan kira-kira.
Siot.

Sabtu, Julai 07, 2012

Ohyo

Isnin last paper. Bosan siot duduk rumah je takde buat apa. Mentelaah pun tidak. Alhamdulillah, aku dah dapat kerja. Selasa depan dah boleh start. Awal gila sampai tak menyempat-nyempat rehat. Tapi fikirkan balik rehat apa, gap berminggu tu dah cukup rehat. Terlebih pulak.

Takut jugak badan ni parah sebab dah lama tak rasa susah. Wakaka. Kerja ni sebab nak stabilkan diri balik yang rasanya macam boros tak boros jugak. Lagipun ape celop duduk rumah makan tidor makin melemahkan badan je. Aku dah sesak dengan badan sekarang ni. Makin malas semacam pastu beriadah pun makin kurang. Hmm.

Rabu, Julai 04, 2012

Main dalam kedai


Bosan. Naik motor pusing Selayang. Ambik gambar paspot pakai filem. Main dalam studio. Bowling. Main kat arked permainan. Lepak mekdi. Potong rambut. Refreshing!

Selasa, Julai 03, 2012

Ahad, Julai 01, 2012

AKU BACA, AKU FAHAM, AKU TULIS DAN AKU ANGGUK

Aku baca, aku faham, aku tulis dan aku angguk. Ya ya ya kadang apa yang kita tulis dan maksudkan tak sampai seratus peratus pun orang lain faham.

"AKU BACA, AKU FAHAM, AKU TULIS DAN AKU ANGGUK"

Ayat di atas mungkin menyebabkan kau mendapat kefahaman yang berbeza daripada apa yang aku ingin sampaikan. Ini mungkin bergantung kepada keadaan semasa kau seperti perasaan, situasi yang sedang berlaku atau difikirkan. Ini semua mempengaruhi kefahaman kau. Ya. Contohnya, apa yang aku sampaikan sungguh simple tapi apa yang kau faham sungguh mendalam dan begitulah sebaliknya.

"AKU BACA, AKU FAHAM, AKU TULIS DAN AKU ANGGUK"

apa yang kau faham?

Ya ya ya, mohon jangan salah faham.

Sabtu, Jun 30, 2012

Allah, sampaikan kepadanya.

Saat hatiku ingin pulih, hati aku diuji lagi dengan rasa kebencian dan jelingan yang diberikan kembali. Ya Allah sembuhkanlah hatiku. Hindarkanlah aku daripada rasa riak, benci, keji dan busuk hati.

Ya Allah, kau dekatkanlah hatinya terhadapku. Semoga penghindaran yang dia lakukan bisa meredakan hatinya lalu membuang jauh rasa benci terhadap diriku ini. Allah, aku pernah silap tetapi aku tidak ingin terus silap.

Allah, kau redakanlah marak hati kawanku.

Jumaat, Jun 29, 2012

LMFAO



Butthurt effect.

Entri buat Yasmin Ahmad yang entah keberapa.



Dulu, aku selalu beria-ria gembira bila filem Arwah Yasmin Ahmad nak keluar panggung. Mesti takkan lepaskan untuk pergi tonton. Sanggup perabis duit sekolah. Pastu ada geng pulak yang tumpang kesukaan yang sama, lagilah suka. Selalu jugak sanggup tunggu depan tv sebab nak tengok iklan karya arwah.

Hari ini tiba-tiba aku rasa rindu dengan karya arwah. Habis aku browse segala hasil kerja dia. Teringat, dulu aku pernah berhajat nak jumpa dia. Tapi apakan daya, tak kesampaian.

Al-Fatihah.
Yang merindui,
peminat hasil karyamu.

Khamis, Jun 28, 2012

Julai Bebi

Tamat final>Appointment Gigi>Sleep over hostel atip>Tolong meniaga kuih>Bengkel penulisan kreatif>Reunion dengan bebudak St. Mary>Balik rilek-rilek kat Pahang>KL>Cari kerja>Kerja>Kerja>Kerja>Harijadi aku!

Okay. Point aku memang nak cakap harijadi aku bulan 7 ni.

Eh, bulan 7 jugak kongsi harijadi dengan Ain dengan Atif. Oh bebi-bebi aku ni.

Avalanche



I put some patience on top of love
I put some love on top of patience
I put some hope, I put some effort
I put some hope, I put some effort
I put some patience on top of love
I put some love on top of patience
I put some hope, I put some effort
I put some hope, I put some effort
Then avalanche
Then avalanche

Rabu, Jun 27, 2012

Paling isk isk

Terkejut tengok muka sendiri kat webcam.

Selasa, Jun 26, 2012

Janji Tidak Ditepati

Sehari penuh tenung laptop. Bukan buku.
Khamis nak jawap apa? Haru.

Isnin, Jun 25, 2012

Hayun Punggung Gaya Bebas



"Izinkan aku menyanyi dengan selantang-lantangnya! Ikut getarkan badan ini dan hayunkan punggung gaya bebas! Barrrrrrrrr!~"
Berikut merupakan resepi tangani stress.

Minggu peperiksaan bermula oiiiii. Oooomakaiiiii! Over je lebih. Belajar hapak tarak lagi. Macam tak biasa.

Jumaat, Jun 22, 2012

Auto Pilot

Seluruh tubuh ini terbang
begitu ringan melayang
terapung
di kolam zero graviti

Di kolam zero graviti
tubuh terumbang-ambing
tiada pandu arah
dan hanya menurut rentak
yang bersifat
kiraan denyut jantung
tubuhku melayang

Tubuh-tubuh saling berselisih
seperti alur trafik
terapung dan berbaris
tiba satu detik
rentak tubuhku
mencanak
deras
melayang aku pantas
berselisih dengan sosok tubuh kau
dan ya kita sedang berselisihan
tapi ianya terlalu pantas
untuk aku toleh dan oleskan senyuman

Di kolam zero graviti ini
kitarannya berulang
dan pada setiap kalinya tubuh kita berselisihan
kiraan denyut jantung ini terlalu deras
lalu mana mungkin kita akan berhubungan

Khamis, Jun 21, 2012

Wawasan 20an

"Dorang tu tak berwawasan. Datang sini nak berjimba je. Tak fikir ke kita ni Ipts, yuran mahal pastu nanti kalau result teruk nak kerja apa? Melepak sini sana, buat kerja tah papa. Main-main. Ish." Gitulah kot.

Korek gigi, kangkang sana sini, hurey hurey
sembang kencang, intai-intai,
tapi
buat asaimen jugak
keri mak okay jugak
datang kelas jugak
belajar jugak
pointer?
okay jugak.

Tak power sangat tak hampeh jugak.

Takdek wawasan jugak ke?

Ish Ish Ish

Makin lama
makin panas
makin gemuk
makin berlemak
makin berpeluh
makin kelaparan
makin nyenyak
makin makan makan makan
makin makan makan makan

makin ish ish ish ish ish

Ish!

Isnin, Jun 18, 2012

Wasap senin?

Senin ni aku demam lagi. Senin ni jadi lubuk pengaduan lagi. Ah, macam tak biasa jadi lubuk.


Arghh, sakit kepala. Tak larat nak sambung.

Ahad, Jun 17, 2012

Aneka pilihan

Final dah nak dekat. Macam tak biasa pulak aku tak belajar apa-apa lagi kan. Yang aku fikir macam mana nak padatkan cuti aku kali ni. Bertuahlah kepada orang yang tak ambil short sem lepastu bekerja lepastu bergaji. Boleh tanggung lobang sana sini. Nasib, nasiblah yuran untuk sem ini aku dah bajet awal-awal. Nasib jugak aku tak pernah mintak duit kat abah untuk bayar yuran segala bagai. Duit ptptn setakat ini memang cukup.

Minggu depan ingat nak balik Selayang,
*renew lesen
*cari kerja
*isi segala borang

Ah, tak sabar nak blah dari hostel. Tak produktif hidup aku kat sini.

Kurasasesuatu

Sebenarnya aku takda masalah pun dengan sesiapa. Tapi kadang-kadang bila aku tengok orang tu backoff, aku rasa mesti dia ada rasa sesuatu dengan aku. Boleh aku tahu apa rasa sesuatu itu?

Mesej

Aku- "Selamat Hari Abah, abah."

Abah- "Terima kasih anakonda"

Sarjan Ardan





Abah, orang yang punya paling banyak cerita nak diceritakan untuk anak-anak dia. Daripada kisah sejarah kepada tahyul kepada pengalaman sekolah kepada pengalaman jadi askar dan kepada pengalaman menjadi anak pedalaman Pahang. Abah punya cerita yang tak mungkin aku dapat kutip pada zaman ini. Abah askar yang paling gagah.

Selamat Hari Abah.


#Cerita tentang abah memang takkan habis.

Sabtu, Jun 16, 2012

Awek berkerut tangani stress

Jerebau

Jerebu main buat aku sesak nafas. Demam dah kebah tapi hingus pulak tak kering-kering. Aku lemas.


Jerebauasap.

Jumaat, Jun 15, 2012

Gua punya Gua



Tempat aku keliling pusing untuk bermain kasut roda, tempat aku main lompat tikus, tempat aku belajar erti gayat, tempat aku turun naik tangga tak kurus-kurus, tempat aku menari-nari, tempat aku main polis entry, tempat aku kenal jiran-jiran yang terlalu kisah tentang jirannya, di sini sekolah aku belajar tentang kehidupan dan kemanusiaan.

Rumah flat 9 tingkat, dua bilik tidur, dan satu bilik air sudah cukup membahagiakan.

Betul-betul ho liou!

Bubur instant

Sakit tanggung sendiri. Siapa suruh kau sakitkan diri.

Khamis, Jun 14, 2012

Unfollow

Keriuhan yang selama ini kau ikutkan
telah hilang

Bau harum aku
yang dulu pernah kau dambakan
kini berbau seperti sampah

Setiap tutur kata aku
yang dulu kau selalu setujukan
kini dianggap korup dari otak yang berkurap

Aku seperti longgokan sampah yang layak menjadi habuan anjing lapar
sungguh hina
terdampar
dibiar membusuk
lalu dikambus ke dalam tanah

sehingga begitu
kau terusan
biar

Japar Ong

Japar Ong baru masuk dunia masak-memasak. Sungguh cekap Japar Ong di dapur, lincahnya lain macam dan juga peramah orangnya. Dalam masa yang singkat, Japar Ong diberikan takhta. Japar Ong bukan main gembira sampai semua orang disalamnya. Walaupun asam garam Japar Ong kurang, dia tetap percaya dia boleh memegang takhta dengan berjaya.

Tapi ada sesuatu Japar Ong lupa, dia telah sombong pada orang tuanya.



****

Himpunan cerita sehari dua

"Kau mampu. Tu yang kau cakap dulu. Sekarang kau pertikaikan orang yang tiada duit merungut. Kau kan mampu, apa kau tahu."

"Lidah pijar, selera terbakar."

"Kerana cuaca yang terlalu panas, cairlah tahi hidungku lalu berserabut menyerupai sarang."

"Masa test ni baru nampak bebudak tak suka duk belakang dalam kelas tetiba nak merempat kat belakang jugak."

Isnin, Jun 11, 2012

Rok kangkang habak kat hang

"Naik bas je. Aku malas kangkang naik moto kau" - Atep

Senin

Senin
Pening
Dipicit
Gering

Permulaan itu menyakitkan

Biarlah diri ini remang menunggu masa
menunggu masa yang terus berputar namun tidak pernah sedetik berhenti untukku

Pengakhiran itu menyiksakan

Sabtu, Jun 09, 2012

Padeli penggoda (Babi Padeli)



Lama kas tak bersua dengan deme yek.
Rindu pulok. Sebenornye kas dok nunggu je kat Jantet ni.

Jumaat, Jun 08, 2012

Meraikan pembebasan!



Pemimpin yang celaru, membuat keputusan terburu-buru. Rakyat yang ditindas, akan terus bertindak balas.



PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel, KUIS!
http://malaysiakini.com/news/200277


Meraikan pembebasan daripada pembuat keputusan yang terburu-buru. Alahai haiii bye bye.

Selasa, Jun 05, 2012

Pabila pendidikan dipolitikkan




Ye, aku pelajar Universiti Selangor dan aku macam "eh kepala otak apa beku ptptn ni"

Aku tolak kefahaman aku tentang politik baik daripada segi kerajaan ataupun pembangkang. Sebagai pelajar, apa yang aku baca ini sangat mengecewakan. Mana tidaknya, di universiti ini jugaklah tempat aku menuntut, dan tempat aku rasa kering duit.

Berbalik kepada isu, PTPTN kepada pelajar baru Unisel dibekukan. Kemungkinan beku untuk sementara, kemungkinan selama-lamanya dan kemungkinan banyak benda yang terlalu musykil yang tidak dapat diungkapkan. Pasti ada sebab dan musabab kenapa berlaku perkara seperti ini terhadap universiti kerajaan negeri.

Kenapa? Kita takkan tahu. Kita orang bawah cuma boleh dengar dan telan. Kuasa di tangan pemerintah dan siapa kita untuk membantah. Situasi kini, hak bersuara pun mudah sangat disanggah.

Kau rasa apa kami rasa?

Aku pelajar turut peminjam PTPTN. Nak masuk universiti ni payah buat orang macam aku sebab duit segala-galanya. Aku bukan pelajar tajaan, dan keluarga aku tidak mampu untuk menyara perbelanjaan aku di Universiti. Kerana punya rasa semangat ingin terus belajar berkobar-kobar, aku gagahkan juga walaupun terpakasa meminjam daripada PTPTN. Sebelum lulusnya PTPTN ni, jiwa gelisah bagai. Macam-macam persoalan dalam kepala, kalau itu kalau ini jika pinjaman tidak diluluskan.

Bagi situasi adik-adik junior pengambilan baru ini, aku yakin mereka yang datang daripada keluarga susah pasti payah untuk menerima kenyataan ini. Hilang punca, gelisah menunggu akhir kata. Masakan tidak, mereka masuk ke universiti ini dengan harapan bantuan pinjaman dapat diberikan. Sekurang-kurangnya hilan beban di bahu keluarga. Pembekuan ini aku yakin akan memberi kesan terhadap kemasukan pelajar akan datang. Pelajar baru yang terdera, resah menunggu punca.

Persoalan di sini, siapa yang hendak belajar di universiti yang tiada lagi jaminan daripada pihak atasan? Bagi kes ini ialah jaminan daripada segi sumber pinjaman kewangan.

Ah, aku rasa pendidikan sudah di politikkan.

#Banyak sangat cerita di sebalik cerita. Sikit je aku nak luah, bizi buat asaimen. Sekarang bolehlah belajar tenang sebab pinjaman memang dah lulus, yang "beku" tu? Teruskan berjuang! Cari sumber lain tapi jangan lari universiti lain. Kesian adik-adik junior makin kurang. Tak meriah warung. Ehh.

Ahad, Jun 03, 2012

Mesti dengar kepada yang nak hantukkan kepala!



Festime dengar lagu band ni masa Rantai 2009. Melekat sampai sekarang!


Ughhh Ughh Ugghhhhh Eargasm!

Do you see me like you



Lagu fav untuk tahun 2006 ke 2007 tah. Harini dengar balik.

Urghhhhhhhhhhhhhhhh~ Eargasm.

Banyak main

Haritu aku baru merungut sebab bosan tak tahu buat apa kat hostel ni. Harini aku nak merungut sebab aku stress dengan asaimen yang berlambak padat padu jitu gitu. Mana tak stress kalau dah ditangguhkan. Entah, kadang aku rasa kualiti pembelajaran aku lagi bagus bila aku kelam kabut. Aku jenis tak boleh fokus dalam keadaan yang tenang. Jadi main game sambil buat asaimen. 2 in 1 equal to zero productivity! Hihihi

Harap-harap sem ini kuasa 3 lagi. Hmm.

Sabtu, Jun 02, 2012

Ketika Cantik

Bersahabat ketika cantik dan bertegur jika molek.

Dahulu kau apa tahu

Dahulu yang lalu tidak selalu tenang. Dahulu selalu meninggalkan, dahulu selalu melupakan dan dahulu sering menidakkan. Dahulu itu sebuah fasa yang kejam terhadap tubuh ini dan sekeliling yang berkaitan.

Rabu, Mei 30, 2012

Jumaat, Mei 25, 2012

Adik Nisoh

Hepi Berdey adik nisoh. Aok adik paling kecik dalam rumoh. Moga aok cepat membesor jiwe dan rage. Tapi badan bior ah tuboh kempis sikit. Tak muat kete dek tuboh aok.


Kthxbai,

ayong aka embong.

Khamis, Mei 24, 2012

Erm erm

24 MEI, 5 Petang ai tunggu yu kat LowYat. Yu!

Mengantuk

Asaimen dah berlambak, tekanan pasukan menolak-nolak.
Weh, lek lu sap tek lu ah.

Ingantuk Ibosan.

Ahad, Mei 20, 2012

Jo Doh

Buat kali pertama dalam hidup, semalam aku berdoa tentang jodoh.

Vespa cik yah



Kalau aku angkat vespa ni, angan-angan nak beli kereta memang ke laut lah woi. Woi kenapa mahal sangat? Kenapa siot betol. Ni kalau trade-in dengan skuter aku tu pon tak lepas lagi.


Alahai angan cik yah.


Jangan Sibok Nangis


Aku rasa aku ni senang gila nangis masa tengok drama,baca atau dengar cerita yang sedih-sedih. Tapi untuk kehidupan realiti aku, jarang sangat menangis. Susah, masa aku betul-betul susah je aku menangis. Aku susah menangis untuk benda remeh temeh seperti hilang duit, result hancur bla bla bla. Bahagia sangat ke hidup aku ni? Kihkihkih

Dah, lagu ini aku tujukan khas untuk orang yang suka menangis. Erk, memang takda motif punya entri!

Ouch

Hihihi
Sebenarnya "kami" berjaya godek-godek maklumat orang tau. Buat yang suka cakap besar dan makin kerek dengan "kami", rahsia anda ada dalam genggaman tau. Ouch!


Khamis, Mei 17, 2012

Pukol doa

Esok kelas 6 jam tanpa henti,
jam dua pagi,
bukan berdoa,
tetapi mengenang nasib malang menimpa.

Har Har Har

Tak payah padam

Pernah rasa?

"Eiii, buruk gila dedulu"

"Time tu macam sengal"

Dedulu jugak kau bodoh, dedulu jugak kau sengal, dedulu jugak kau tak tahu apa-apa. Tapi bersyukurlah kerana bodoh kau dahulu telah menjadikan kau pandai seperti sekarang.

Kerana kebodohan dulu, kau malu nak mengaku itu diri kau dahulu. Kau sememeh, kau busuk, kau gemuk dan apa yang kau rasa kurang kau tak nak mengaku. Kau malu nak mengaku diri sendiri yang pada waktu dahulu pernah kau banggakan.

Mengaku, mengaku, mengaku, itu je yang perlu.

Kehendak Tuhan ketika itu tidak tertangguh

Sem pendek, sem sponsor diri sendiri, sem ringkas, dan sem paling pikir macam mana nak kaut duit. Nak dengan tengah makan, tidur, mandi pun terselit macam mana nak stabilkan kewangan. Aku orang susah tapi angan-angan besar. Biasanya, kalau angan-angan besar pastu papa kedana memang konfom ikat dengan kecut perut kau sekali kalau pasal duit.

Ceritanya, sedang ralit-ralit duk fikir dalam bilik air macam mana nak stabilkan duit, keluor je dari sana terus dompet hilang. Aku macam takdek perasaan. Tapi perasaan tertanya-tanya macam mana boleh hilang dan kat mana dompet tu tetap ada. Dok cari jugak, tapi takdek.

Entah, ini mungkin balasan asyik fikir duniawi je kot. Berlaku pun secara kebetulan, sedang elok fikir nak jimat segala duit kau hilang. Jumaatnya hutang segala yuran kena langsai, kebetulan.

Aku redha.

Selasa, Mei 15, 2012

Cepat perasan

Jangan.


Bila yang dihajatkan tak sampai, malu menampar.

Isnin, Mei 14, 2012

Apakah kecelakaan

Tetiba rasa diri hampeh sebab tetibe cakap berterabur, tulis berterabur segala berterabur. Tell me bebeh, why?

Sebenarnya aku baru beberapa jam kat hostel tapi dah terasa bosan yang teramat. Apakah kecelakaan?
Hmm, kat sini takde aktiviti yang meriangkan kan jiwe dan rage ke ah? Selain pergi pasar malam bersama kawan-kawan yang aku suka? Ada tak?

#Tetiba jugak rasa nak beli basikal. Nak bawak motor kat sini tak boleh, kayuh pedal pon bolehhhlah.

Siaran Langsung

Sekarang sedang bersiaran langsung dari hostel di sebuah universiti terletak di Batang Berjuntai. Secara rasminya bermulalah semester 3 ataupun semester pendek mak aih. Pendek-pendek pon sem ni, kelas aku setiap hari ada jugak. Hampeh betol.

Sem ini punya ringkas sampai aku tak bawak satu hapa kamera dan novel-novel. Bajet nak cuba belajar fokus. Ringkas cerita, sem ini aku jadi paling ringkas.

Sekian makluman untuk diari online yang tidak sulit.

Sabtu, Mei 12, 2012

Sekoloh Rendoh



Tetibe rindu geng sekoloh rendoh yang aku tak ingat nama. Apakah kecelakaan sampai aku tak ingat nama. Paling ingat, sharifah dora. Itupun sebab aku ikut dia balik rumah sampai aboh cari tak jumpa. Akhirnye kena bantai dengan talipinggang askor.

Jumaat, Mei 11, 2012

Terbawa-bawa

Pembawakan sunyi, apa lagi boleh difikir selain keriangan?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kelapangan

Kawan-kawan, semakin berusia kita daripada usia remaja ini semakin aku risau tentang kelapangan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, Mei 09, 2012

Anjali

Anjali
perutmu menggeleber lemak 3 inchi
lenganmu gedabak serupa kaki
mukamu bulat berjerawat
bulu romamu sungguh lebat

Anjali,
kau buat aku terasa sesuatu dalam hati

Ada lembu nak jaga

Syukur, duit bela lembu dah dapat. Bolehlerrr. Dulu muram, kini menyengih lah sikit. Bolehlerrr.

Jumaat, Mei 04, 2012

Batang (yang) Berjuntai dan Bestari (dan) Jaya






Tahukah anda Batang Berjuntai kini Bestari Jaya? Kini, Pekan Batang Berjuntai telah dibijakkan melalui nama barunya Bestari Jaya. Ini kerana ingin menangkis fikiran kotor yang melibatkan batang dan berjuntai. Mungkin lah..

Nikon FM10
Lomography Color Negative 400

Khamis, Mei 03, 2012

Adiratna

Adiratna,
Cinta itu gratis.
Nikmatilah.

Rabu, Mei 02, 2012

Syukur. What else?

Syukur kerana dalam jahat-jahat aku, main-main aku selama belajar pada sem lepas, aku diberi peluang untuk merasa gred yang baik. Baik bagi aku, sungguh cukup untuk pelajar tak sedar diri. Tidak cukup baik untuk pelajar yang gigih habis.

Seperti kebiasaan aku dari time sekolah menengah lagi takkan lepas Pesta Buku. Ingat kali ini nak lepaskan, tapi tak sampai hati. Aku dengan konon nak jadi lone ranger serang Pwtc sorang-sorang tanpa membeli apa-apa buku langsung tak jadi. Sukma tetiba kontek tanya aku kat mana dan terusnya nak ikut aku gi sana. Bebas title forever alone! Hahaha. Oh, niat nak cuci mata je tak jadi. Aku secara tidak sengaja dah berbelanja Rm40 kat booth ITNM. Buku best, mana boleh tak rembat.

Hmm,itu saja. Macam bangang jugak lama tak nulis gini.

Isnin, April 30, 2012

Eksperimentasi Warna


Eksperimentasi warna menggunakan kamera Fujifilm Instax Wide 210 , Macro lens dan Kola filter.

40% daripada Minimalis



Benda wajib di dalam beg sebagai seorang yang pemalas. Makin rajin diri ini makin sarat. Pfttttt

Hmpph.

Bodohlah, aku dah tulis panjang-panjang pastu tak reti nak habiskan. Hmmmph.

Non Partisan


Turun untuk memerhati.

#Tuntasnya, media kita masih berat sebelah.
#Hari itu mungkin Sogo, dan Peniaga di Jalan TAR kerugian. Di sisi lain, aku nampak pengutip tin dan botol tersenyum kesenangan.






Sabtu, April 28, 2012

Apa yang difikir selama ini

36: terbaca status-status yang tak faham kenapa tuntutan ptptn utk dihapuskan dibuat. pada aku penghapusan memang susah, tapi at least ianya akan memacu orang untuk berfikir jika ptptn dimansuhkan apa akan terjadi? free education? tiada bunga pinjaman? tiada keuntungan buat kerajaan yg bagi pinjam duit?
begini, jika pendidikan itu salah satu asas hidup manusia kenapa ianya perlu didagangkan? ok kau tak kisah jika pendidikan didagangkan dengan harga melampau kerana ada ptptn, kerajaan dah cukup baik bagi pinjam duit; tapi dengan bunga yang agak tinggi, ok byk faktor yg boleh diulas mengenai bunga yg tinggi, bagaimana jika tiada peluang pekerjaan? bagaimana jika datangnya peminjam dari keluarga yang tidak mampu?

"SIAPA SURUH PINJAM KALAU MACAMTU!" kata engkau.

JADI YANG TIADA DUIT UTK TERUS BELAJAR TIDAK PERLU SAMBUNG BELAJAR KE UNIVERSITI? HANYA YANG KAYA DAN MAMPU SAJA YANG BOLEH SAMBUNG BELAJAR HINGGA UNIVERSITI?

kau harus faham, dalam dunia sekarang orang berlumba-lumba utk ke universiti konon2nya utk menjamin masa depan kerana kata org dgn berbekalkan gulungan ijazah pasti akan ada kerja. Jadi semua org kalau boleh mahu teruskan pendidikan hingga peringkat universiti. berhutang pun berhutanglah, janji nanti dapat kerja dapatlah bayar; tapi peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan disempitkan(aku seorang non-partisan tidak memihak pada mana-mana parti, just in case kalau ada yg nak kata aku menyokong pembangkang atau apa2), banyak benda yg perlu dilangsaikan ditambah dgn harga barang yang semakin meninggi.

Jadi tolonglah, sebelum membuat kesimpulan yang sangat senang seperti "siapa suruh kau pinjam" gunakan otak anda yang banyak menerima khasiat dari makanan-makanan mahal. Berasal dari keluarga kaya bolehlah cakap macam2, duit tiadahal untuk kau, parents gaji pulahan ribu. Dah dapat byk khasiat dari makanan mahal otak janganlah begitu simple berfikir, tau nak salahkan orang tanpa justifikasi. come on, pendidikan percuma tak salah, malah ianya sesuatu yg bagus, ianya satu kerugian individu jika tak ambil peluang dgn belajar bersungguh-sungguh kalau free education, jangan salahkan sistem salahkan diri sendiri. kenapa mesti otak nak salahkan benda yang umum jika hal datangnya dari element lain?

itulah orang kata, nak cari pasangan biar yang sekufu, sebab otaknya lain-lain, menara klcc mana boleh nak lepak dgn kebun kelapa sawit. kah3 tak memasal. sekian coretan nukilan di pagi hari saya. tak puas hati jomla berkomen2, jgn simpan api dalam sekam, bahaya, nnti kena jumpa doktor pakar duit terbang. opps duit tak jadi masalah utk awak kan. LOL.

#Catatan dia atas ditulis oleh kawan saya, cikgu kamarul ariffin.

Khamis, April 26, 2012

Buat filem guna filem; Lomokino.



Lomokino,
My next fantastic baby. Boom shakalaka!

Boom Shakalakahkahkah!

Khamis hamis

Apa?

Ahad, April 22, 2012

Tiada keyakinan gigi jongos

Aku bukak stats aku. Tengok apa yang orang cari dan jumpa kat blog aku ni. Aku terkejut bila nampak keywords "tiada keyakinan gigi jongos" kat stats tu. Ermmm ermmmm.

Sabtu, April 21, 2012

Ditelanjangkan


Bulat-bulat ditelanjangkan minda yang kuat bertelanjang
senang-senang
resah ini cepat
desah minta lambat
hanyut dalam atmosfera syahwat
bertelanjang bulat

polan ingin ke puncak
mencapai damai desah bersama
sorong
suap
tarik
selup
sogok
klimaks
polan mungkin diam
atau terus mengganas
klimaks
klimaks
klimaks

sorong
wang
agama
politik
seks
klimaks
polan mungkin diam
atau makin mengganas




Jumaat, April 20, 2012

Tafsir











Bosan, main paint jap. Penyet melecet middle finger aku main benda ni. Tak boleh undo banyak kali, ni pun main sekali harung.
Berdasarkan contengan ni banyak benda yang boleh ditafsirkan. Mungkin melalui kedudukan contengan, warna yang dipilih, coraknya, ketebalan point, kedudukan (mata,hidung,rambut etc), dan bla bla. Ini sedikit sebanyak yang aku belajar dengan Dr. Gesh dulu. Aku rasa kalau contengan aku kena tafsir ni mahu kena cop dalam kekusutan, bosan bla bla bla.

Kau tafsir bagaimana? Terserah.