Isnin, Disember 28, 2009

19 dan masih bersekolah

tahun depan aku 19. Tak percaya je, baru tahun ni lower 6 dah naik upper 6. Cuti jangan harap muka aku nak baca buku. Berhabuk pun buku tu. Bajet nak bersungguh-sungguh belajar tapi hampeh la, bersungguh tidur ada. Memandangkan sekolah nak bermula, aku pun macam budak-budak lain yang beria-ria nak kembali ke sekolah. Tapi tak beli apa, kain sekolah menengah canggih aku tu pun dipakai dari 2004-2010 nilah. Hebat tak. Aku memang suka kain sakai-sakai. Lagi satu, kasut pun aku bukannya basuh sampai setahun. Tapi percayalah, tak busuk. Aku pun heran jugak.Hahaha.
Tujuan entri kali ni nak menunjuk-nunjuk lah kasut baru yang aku beli ni. Aku tak tahu lah kenapa aku nak berlagak dengan kasut ni. Setakat nak ke sekolah pun nak berlagak dengan kasut. Okay naik sekolah kali ini aku akan pakai kasut ni memandangkan aku pun join kelab badminton kan.

ini dia badminton master daripada bata,
harapnya aku master lepas pakai kasut ni


harganya RM 29.95. Masa 1970-an RM3.99 murah gila! Priceless habis!

wahaha, tak jatuh punya kau pakai. Tengok tapak dia. Sokonglah jenama malaysia!(tetiba)


Cari kat internet rupanya badminton master ni dah lama bertapak weh. 1970an tu. Vintage! Patutlah masa aku beli mak aku kata ni macam kasut sekolah dia dulu-dulu. Tapi ini kasut payah cari sekarang, aku duk cari kat bata takda. Tetiba ada kat parkson itu hari,cepat-cepat aku beli. ;)

Ada warna lain juga;


yang pasti nak warna biru ni! Sukaaa gila bah! Takpelah, Bata murah pun bergaya. ecece
Aku mau beli ni bah. Asyik,asyik!

Isnin depan ke sekolah dengan kasut baru. Bhaaha. Macam budak-budak.
Tapi malas pulak, tangan akan sakit balik. Esei sejarah, esei bahasa 750 pp ke ats. Tidaaaaaaaaaaaaaaak!

Sabtu, Disember 26, 2009

sepandai-pandai adik melompat, akhirnya ke tangan polis juga

Ini kes kecurian telefon bimbit. Kesnya berlaku macam ni, adik aku yang sengal pergi ke cc untuk main game (padahal rumah ada internet). Alasan dia, sebab nak main game online. Tah lantak kaulah. Masa tu pulak ada entah mana budak minta phone nak bluetooth lagu lah kan. Diaorang ni manada rapat, setakat kenal kat sekolah gitu-gitu aja(kebetulan kat situ ada) Apalagi, adik aku yang baik hati ni pun bagilah. Dah beberapa minit, adik aku pun minta phone. Boleh pulak dia kata phone dah hilang. Amboi, padahal baru sekejap dalam tangan. Maka, mengamuklah adik aku ni. Pertikai tu,pertikai ni. Apalagi gaduh mulut lah, dan atas dasar tak percaya adik aku cek kat seluruh badan dia manatau dia sorok. Tapi tak jumpa,buat rugi je seluk celah spenda busuk budak tu.

Pendek cerita, dorang datang rumah aku konon nak bagitaulah dorang tak bersalah ambil phone tuu. Bapak aku kasi 30 minit je, bagitahu hal sebenar sebelum gi repot polis(acah). Memang syak dorang curi,pakat lagi tu. Sebelum ni pun banyak kes dorang ni buat. Last, dorang bla macam tu. Tup tup masa bapak aku turun terserempak dengan dorang. Bapak aku tanya balik elok-elok ada ambil tak, tapi biasala budak tak nak mengaku. Bapak aku gertak lagi, suruh mengaku. Akhirnya mengaku juga lah bebudak ni. Yelah, dorang takut sebab bapak aku kata yang dia bekas polis. Rupanya memang betul dorang main pas pas. Boleh lah pulak sorok phone tu dalam peti surat. Akhirnya dapat jugak phone tu balik. Beriaria minta maaf. Tapi maaflah dik bapak aku terpaksa hanta kamu si gemuk,si kecik,dan si hitam ke balai. Dah kecut perut mereka ni. Bapak aku siap saiko nak hantar dorang pergi penjara juvana. Haha. Dahlah, sebenarnya banyak kena taip kalau nak cerita pasal ni. Tapi aku tengah malas, mulut tadi pun dah penat beria cerita dengan kawan. Jadi biarlah aku tulis cerita ni tak seberapa. Takda mood pun.
Akhir kata mai kita saksikan wajah-wajah mereka;

perkenalkan dari kiri, si kecik,si hitam dan si gemuk. Dorang diarahkan ikut bapak aku masuk kereta pastu pergi balai. Cuba tengok muka si kecik tu, kesian kan. Sedih je, mungkin tengah lapar masa tu. Yang si hitam pulak, amboi nak nangis. Pandangan dia ikhlas menunjukkan dia bersalah. haha. Yang si gemuk pulak tak nampak muka. Fikirkan apalah akan berlaku di masa depan agaknya.


Si hitam sedang terkebil-kebil berdiri menunggu giliran untuk disoal siasat


Si kecik sedang digertak, mukanya nampak terkejut dan hampir menangis. Pakai boxer je dia. Nasib tak terkencing dik.hehe

Ini sajalah yang dapat aku cerita, yang pasti bapak aku tak buat repot lah. Saja hantar balai biar polis kasi kaunseling(lagipun balai dekat tersangat). Mereka ni pun minta maaf dengan bapak aku. Si kecik dah nangis taubat. Janji takmau buat lagi. Betul ke si kecik ni? Janji dengan kakak ya!

Konklusi,cehh. Adik aku ni pun satu pergi tempat camtu kan. Tak patut. Habis kena basuh dengan mak aku. Sama-sama salah pun. Lupa pulak, balik je balai bapak aku gelak terbahak-bahak pasal dorang ni. Memang bapak aku buat lawak la. Nasib bang polis kawan bapak aku. hmm. Dah la, tu jee. Aku pun dah biol ni menulis. Tah pape dah aku melalut. Abaikan lah kesalahan ejaan ke,apa ke. ;p

*si kecik-ting 1, si hitam-ting 4, si gemuk-ting 3
*ini tujuan pengajaran kepada adik-adik yang lain.

Isnin, Disember 21, 2009

cemburu tak tahu malu

kalau setiap hari aku macam ni
mampus!
mudah sangat jatuh cinta
tak kenal orang tu
tapi entah, dia sudah buat hati saya berbunga-bunga
kerana;
mata dia
rambut dia
suara dia
bibir dia
shhhh!
sebab benda itu saja.
Dia buat dia macam milik saya.
semua milik saya.
bukan orang lain punya.
saya cemburu,
saya pemalu,
memang tak tahu malu.
Tolong,
orang lain jangan ambil dia.
sebab saya cemburu tak tahu malu.

*kalau dah cinta aku bertukar menjadi saya

Sabtu, Disember 19, 2009

rantai merantai aku

Buat kesekian lamanya aku keluar jugak dengan budak berdua ni, ANISS dan MAISARA. pagi-pagi mai siap bagi mesej suruh bangun, aku ok lagi. Bangun je, mandi mesti belum. Boleh pulak aniss kol, "wannh ko dah siap? kitaorang ondaway." Apa lagi, aku cabut tuala,sabun,gosok apa yang patut. Dah,dah baju aku tak siap,mana nak cari baju mana nak cari tudung. Nampakla pula baju kurung yang sudah tersedia digosok,cabut pakai terus. Baru ingat,nak pergi jalan payah berbaju kurung. Tapi apa kesah,cool tu beb. Haha
Dah siap, mai bawk kereta pula. FUYOH, memang best. boleh drive dengan hnd break still on. Yang kitorang asyik gelak je,salah tu la salah ni la.
Ambil syamil(bangla-mai yang cakap ek),buah hati tercinta
maisara. Drive pergi klcc. Ni lagi, payah cari parking. Gila lah,nak langgar tu,langgar ni.
Sampai kat rantai, hujan. Dah lecak,kasut dah basah. Takpa la. Jack takda lagi,aku kepit aniss jela. Mai kepit syamil. Ok lah tu,fair. Kitorang duk sibuk-sibuk tengok tu tengok ni. Teruja betol kitaorang dengan lomo wall tu. Grrrr!
Akhirnya jack sampai, kitaorang lepak mamak. Banyak baha
n. Amboi, siap bahan aku lagi tu. Cehh,haha.
Dah habis cerita,hujan masih lagi lebat. Dah tsekat ni,nak gerak pergi rantai lecak. Adoii. Akhirnya gerak ke klcc. Kat sana lagi bagus, taktahu nak pergi mana plak. Petrosains ramai orang plak. Patah balik,pergi rantai :)
Sampai sana, dah start. Berkira-kira plak nak masuk ke tak. Aku bukak langkah dulu. Masuk jelah kan. Aniss kesiankan jack yang takmahu masuk. Sayang stokin katakan.haha. Aniss sempatla dengar 2 buah lagu. Pastu dorang gerak gi pelita. Tinggallah ku kesorangan. Takpa, tak kisah pun. Dari pukul 3 sampai pukul 5 melebamkan punggung kat situ. Merantai tu sampai tak ketandas. Terhengguk-hengguk kepala ni,terkatik-katik kaki ni. Gereeenn dong! Asyik betol. Dahla duduk depan-depan. Apa aku kesah kalau dah high. Haha.
Hey persembahan dorang seronok dong! Terutama SOG,Keladak,Acid Hadi dan lain-lain. Tak menguap aku layan tau. Ni antara gambar yang semapt diambil. Memang tak sempat pun, ramai orang.

dekat atas, lawa betul lukisan ni. Bolehlah aku posing macam ni sebab tak ramai orang lagi. Tak segan-segan nak terkankang

yang ini tiada motif. Senyum jela walaupun tak ikhlas. Lupa, kitaorang ada sign di sketch book tu. Tuan dia silala frame ye

yang ini pula nak tayang gigi. Antara dua, nak senyum ke nak buat rawrr lah tu. Akhirnya jadilah senyuman serupa ni. Kambing senyum pun tak macam ni

Sekumpulan Orang Gila. Naik gila aku cari ep dorang dalam lecak. Akhirnya dapat free. Terima Kasih kerana mengurangkan belanja saya

Ep keladak, boleh pulak masa nak balik nampak abang keladak, aku jerit "bro!", tapi tak dengar. Apalagi, lari kat dia lah. Mintak beli ep dengan selamba. Dapat juga, Rm5 tu. Tak payah download lagi.

Akhirnya berlabuhlah hari sabtu dengan jayanya;
aku asyik tersengih je ni. Terimbau-imbau gitu.
TERIMA KASIH kepada
Aniss,kau tak sedar tadi kau dah berhabis banyak untuk aku. Nanti kita minum air kotak lagi ye.
Maisara,kerana bawa naik kereta dan tersengih-sengih je dengan kita
Jack,wow hantar aku balik. Baik betul dia. Dahla macam muka aniss, nasib aku tak cubit tadi. haha
Syamil,kerana berlawak dengan aku. Cehh. Kuat bahan jugak dia ni.

Akhir sekali,palaing aku sayang;
Mak,kerana bagi pinjam kad atm. Boleh cuck duit kan. Lain kali bagi lagi ye mak. Love u!

Rabu, Disember 16, 2009

kudakap gigiku

Kali ini mari bercerita tentang gigi. Gigi adalah segalanya,dengan gigi kita kunyah,dengan gigi kita senyum dan dengan gigi kita gigit.Aww! Yang pasti semua orang ada gigi yang tersendiri. Ada yang cantik,ada yang kurang sopan giginya. Macam gigi aku,kurang sopan tau. Kalau nak tahu, dulu gigi aku macam ni ;
Hai, saya wan noor hidayah.

Haha, inilah rupa gigi aku dulu. Sebijik macam spongebob ni. Jarang di tengah-tengah. Kalau senyum terjongos keluar,kawan-kawan pun amboi kemain suka. Lagi satu,tak lupa gigi bawah pun ada masalah. Susah pulak nak jelaskan. Ah,takpayahla eh.
Dulu,dengan gigi jarang ni aku melawak,menyanyi,bercerita lagi mengumpat. Terjongos-jongos setiap kali cakap. Tapi taklah gigi tu jongang,jarang je. Kini semenjak pakai braces ni,kawan aku pulak yang sibuk terindu-rindu dengan gigi aku
-izzati "Wan,ko tanggalkan braces ko,suka lagi gigi lama ko. Rock." macamtula aku rasa ayat dia.

Sebab kenapa dorang nak gigi lama
1-Mungkin dengan hanya aku tersenyum mereka semua sudah boleh tertawa tengok gigi aku.
2-Sebab takut diri mereka terancam dengan gigi baru aku. haha.LAWAK,walaupun tak lawak.

Sebab kenapa aku harus pakai
1-Aku taknak orang terkejut bila aku bercakap.
2-Keyakinan diri beb. Sumpah,kalau gigi taklawa kita nak bercakap pun segan. Nanti orang buat kita pak lawak pulak kan.

Berbekalkan gigi jarang dahulu aku dapat kenal hati budi seseorang itu
Dengan gigi jarang, aku kenal orang yang dapat menerima seseorang yang bukan cantik,lagi giginya senget. Mereka tidak malu untuk mempunyai rakan yang tidak cantik. Aku juga tahu siapa yang hendak berkawan dengan kita jika tidak punyai rupa kan. Mana nak bangga,kalau punyai kawan yang huduh,giginya jarang.

Ish,sudahlah. Lagi banyak aku menaip,lagi besar aku merepek. Ayat pun dah tunggang terbalik. Oklah,memang dah malas nak menaip da.

*maaf kerana penghabisan entri yang entah apa-apa. ;p