Isnin, Jun 28, 2010

Kutunggu kutuku

Lagi 3 hari ye.
Sayang anak-anak mak semua.
Tak sia-sia mak melabur.
Kiss pipi sikit.
Mmuuah Mmuuah.

Ahad, Jun 27, 2010

Tidak lekang.



Kugiran feveret sampai mati.

Khamis, Jun 24, 2010

Rempit peewit





Geng motor aku selain adik laki aku.
Biasalah, perempuan naik motor pun kena ejek minah rempit.
Lagi, kalau naik motor pasti nampak betis.
Mat-mat motor dan pakcik-pakcik gatal siap suit-suit.

Tapi betul aku cakap,
yang bawak motor ni terutamanya perempuan
jiwanya pasti tough
mana boleh lembik-lembik
kena radikal
baru nampak power

tapi untuk kes jiwa tak tough macam aku
patut duduk di belakang
cuma boleh jadi pembonceng.

Rabu, Jun 23, 2010

Resuk.

Resuk resuk yang sudah aku ketahui.
Dua paper telah berjaya buat aku senyum
dan dua lagi paper juga berjaya buat aku termangu.
Equal kepada semuanya membuahkan senyuman yang terganggu.

Oyeah.

Isnin, Jun 21, 2010

Ini rok. uyeh!




Orang kata kalau menganggur, pergilah tanam jagung takpun anggur.
Kalau aku
baik jadi ahli musik
main gitar
jual petai
lagi masuk.

Ahad, Jun 20, 2010

Untuk Abah (Semoga Selalu Kuat)



Untuk Abah
yang sedang kerja kuat di luar sana
semoga sentiasa kuat
aku tahu abah selalu tak tidur malam
pergi kerja kadang pulang 1 pagi
sanggup
demi makan pakai anak bini

Abah
tahu tak
kadang aku menangis kerana kelelahan kau
aku juga bukan anak jenis peluk cium
aku cuma senyum dan kirim doa dari jauh


Selamat Hari Abah!

Jumaat, Jun 18, 2010



Currently watching 'Ronnie Got Lucky', an interactive short film by Liew Seng Tat at http://www.ronniegotlucky.com.

RONNIE GOT LUCKY

Selasa, Jun 15, 2010

Pusing siri dua

Aku masih lagi pusing.
Tak habis-habis pusing.
Di mana nak menyiapkan penyelidikan yang cikgu bagi, di mana nak menghabiskan nota-nota ekonomi,
di mana-mana lagi.

Bulan demi bulan berlalu,
bulan tiga, empat, lima
dan enam aku jahanamkan.
Konon lah,
mahu belajar kuat-kuat
mahu masuk degree
mahu belajar apa yang diingini
tapi macamnilah,
aku duduk termenung,
hadap tv,
makan maggi,
internet,
bazir api.

Kalau pandang belakang,
kau boleh nampak aku berdiri paling jauh
duduk hujung-hujung
konon emo
lari daripada kawan-kawan
tak mahu masuk campur
depa pandai
aku bodoh

Habis cuti ni,
aku dah sedia nak kena maki hamun
malukanlah aku
memang itu yang aku mahu
dah lama tunggu.

Mengharap bulan jatuh ke riba

"Bulan,
bila kau mahu jatuh ke paha aku yang gebu.
Bila?"

Sabtu, Jun 12, 2010

pusing

Kalau ada RM10 dalam genggaman sudah pasti aku cepat lari mengejar bas. Tak mungkin aku akan tinggalkan salah satu kemestian dalam hidup aku sekarang. RM6 naik metro pergi balik. Murah kan, tapi sangat perit bagi aku yang tengah sesak sekarang. Pelancaran nota-nota gerila terpaksa aku lupakan. Aku hanya boleh duduk di rumah dan layan perut. Petang keluar taman konon nak menyihatkan badan dan malam masuk tidur. Pusing-pusing sampai cuti habis.

Kan aku dah cakap
aku
"Seorang perempuan yang gemar berhibur tapi selalu tak cukup duit"

Khamis, Jun 10, 2010

patut

"Aku patut tinggalkan segala yang patut aku lakukan dalam seharian dan moga apa yang aku tinggalkan bakal membuahkan senyuman"

Rabu, Jun 09, 2010

jiwa

Cuti yang aku idam-idamkan berjalan dengan hambar.
Hujan juga tidak lupa turut serta dalam percutian aku kali ini.
Hari-hari.
Hujan membawa hati aku ke arah rentak soul jazz. Lebih bersifat romantik dan tenang.
Hari-hari.

Selasa, Jun 08, 2010

rasa kosong

Cuti, aku, dan maggi.
Hampir hari-hari
Darurat!

Isnin, Jun 07, 2010

tragis!

Seminggu dua ini aku pusing dengan lagu yang sering berlegar-legar di kepala.
Mulut pun kadang-kadang terlepas "Ohh wooaahhh"
Lagu Justin Bieber -Baby.
Aku pun tak tahu kenapa lagu ni melekat di hati.
Tragis!

Sabtu, Jun 05, 2010

menekup malu



Terus menekup malu
angkara bajingan
yang menghancurkan anganku.

Khamis, Jun 03, 2010

Burung Pipit dan Burung Gagak

Situasi : Dalam kelas terkankang selepas tamat paper mikroekonomi.

Mairus : Sedang ber-3G
" Awak, awak nak tengok lesung pipit. Tunjuklah" dia ulang ayat yang sama banyak kali.

Aku : Bosan mendengar pengulangan ayat yang sama.
" Wei, daripada kau suruh dia tunjuk lesung pipit baik kau suruh dia tunjuk burung pipit"

Mairus : "Awak, kawan saya nak tengok burung pipit. Ekekekeke"

Aku : Tersenyum. Kawan aku ni tak faham dengan double meaning aku ni.

Nisa : "Burung pipit? Alahai. Baik mintak burung gagak"

Aku : Tersenyum lagi dan fikiran mula melayang. Kalau dibandingkan burung pipit dan burung gagak...............................................................................

pembekal muka sinis

Siapa yang touching sama aku
sila angkat tangan.

Oh ya,
baru tadi mak aku sendiri terasa hati dengan aku
aku bukan bermulut jahat
aku bukan mencarut
aku cuma bermuka-muka
aku tunjuk muka sinis aku
aku benci dibebel

habis aku dibaling dengan selipar
tak sakit
dah biasa
boleh senyum lagi

mak terus membebel lagi
habis diungkit
dari aku kecil sampai sekarang

abah aku turut jadi mangsa
sebab kononnya tidak mendengar bila mak bercakap

lagi
dia membebel dalam keadaan sedu sedan

"Kalau takda orang nak dengar cakap aku takpa. Aku ada tuhan, aku ada tangan untuk berdoa"

Tengok,
sampai gitu.


okay.
sudah.
bila menulis ini baru rasa nak minta maaf.
Aku memang anak degil. Minta maaf pun susah. Aku bukan anak yang selalu peluk cium ibunya. Aku malu.
Malu
Malu
Malu.

Rabu, Jun 02, 2010

pagi kabut

Kehidupan pagi aku masih macam dulu
mungkin agak berubah sikit
berdikit

bangun pagi dan laju ke bilik air
pagi jugak baru gosok baju
pagi jugak baru kemas buku

cepat-cepat gerak turun bawah
bawa helmet
naik motor
bergerak laju di lorong kanan

argh memang poyo
tak mungkin aku bawak moto jauh-jauh
aku cuma pembonceng
yang tak lepas-lepas memandang ke kiri ke kanan
takut berlanggar

Selasa, Jun 01, 2010

israel syaiton nirrajim

Israel sudah tunjuk belang.

---------------------------

Aniss,
aku harap kau okay ye.
Kita sama-sama doa semoga semuanya selamat.