Ahad, Februari 28, 2010

nasi ayam berempah

di saat aku nak makan nasi berlaukkan kicap
muncul pula nasi ayam berempah

terima kasih tuhan dengan rezekimu ini

Sabtu, Februari 27, 2010

penyataan yang entah apa-apa

Semua tak pernah tahu, aku dengan Iqram Dinzly tu kawan baik. Ya, kawan baik. Tanpa perasaan cinta atau apa-apa. Sampaikan semua rahsia dia aku tahu. Selalu lepak keluar makan berjam-jam dengan bersembang je. Kau tahu perasaan aku? Gembira.
Tapi satu hari tu dia cerita dengan aku yang dia sudah jatuh cinta. Aku terkedu. Membisu tak boleh berkata apa-apa. Pembuluh darah ni panas. Dada aku sebak. Ketat.
Aku pun tak pasti kenapa. Seperti tidak merelakan. Sepatutnya aku gembira, tapi tidak.

Pada pertemuan seterusnya, dia berterus terang. Yang dia sayang, cintakan aku.
Pembuluh darah ini panas lagi. Kali ini aku gembira. Betul-betul gembira. Tiba-tiba Akim Af7 datang menyatakan penyataan yang sama Iqram Dinzly cakap pada aku. Iqram Dinzly tidak dapat menerima apa yang berlaku. Sumpah, aku tak pernah ada hati sedikit pun dengan Akim. Kenal pun begitu aja. Kenapa pula dia datang tiba-tiba nak rosakkan hubungan aku dengan Iqram? Kenapaaaa?

Sejak daripada hari itu, hubungan aku dengan Iqram renggang. Aku cuba untuk berbaik, tapi payah. Bertepuk sebelah tangan manakan berbunyi. Dari jauh, aku selalu perhatikan Iqram, mana tahu boleh mencuri masa dia untuk kami berbincang. Masih mencuri masa sampai aku terjaga.

Pftttt Wtf! Aku mimpi weh. Apasal dengan Iqram dengan Akim.
Gila lah. Tak pernah aku minat dorang berdua ni. Betul! Mungkin penangan cerita Na O Mei dengan iklan aiskrim cornetto Akim tu. Euwww! Gila. Tak pernah aku nak berangan nak dengan dorang tu. Iqram pun dah ada Fauziah Ghous tu yang cun melecun.
Mungkin jugak sebab semalam tu aku pernah terfikir camni
"Wah laku gak Akim ni. Jadi duta tu, mesti dia boleh makan aiskrim free. ngeh ngeh"
Yang Iqram tu pulak,
"Ish, kenapalah kawan aku minat dia ni gila-gila? Pelik aku. Hensem sikit bolehla"
Mengada betul aku mimipi gitu kan.
Lantak lah nokk dah nasib mokk

Pengajarannya,
janganlah terfikir pasal seseorang tu melebih-lebih. Nanti dibawak ke mimpi. Bahaya! Kita pun tak boleh jangka apa jenis mimipi tu. Nasib baik jenis elok, kalau tak?
Lagi satu, jangan lupa baca doa.
Yelah semalam aku tak baca doa, kenyang sangat lepas pergi surau dengar ceramah sempena Maulud Nabi. Kenyang makan danging dicicah limau mandarin. Yumm.
Atas kesempatan ini, aku nak ucapkan
Salam Maulidur Rasul. Salam.

Rabu, Februari 24, 2010

Pilihan utama mak mentua

wah wah. ke mana anda pergi orang asyik tanya dah berpunya ke belum. sebab nak dijodohkan dengan anak dorang. anda jenis yang ramah mesra, cekap dalam urusan rumah tangga, matang dan pandai mengambil hati orang lain. kawan-kawan senang dengan anda dan anda selalunya ada ramai secret pakwe/secret admirer.

sumber : kuiz di facebook

;p

Isnin, Februari 22, 2010

Hari Terbuka Kampung Fatimah Kacip

Seorang penjual surat khabar bernama Bahjan Bosan Bermata Ungu hanya memandang jauh dari seberang. Nampak Warung Abdul Kadeer bising dengan entah apa tembelangnya. Nampak macam serius. Bahjan Bosan Bermata Ungu tidak berani masuk, dia hanya duduk mencangkung menunggu pelanggan datang.

Bahjan Bosan Bermata Ungu bukan penakut, tetapi amat pemalu untuk mencelah masuk. Yelah, badan Bahjan Bosan Bermata Ungu sangat sasa, dadanya montok boleh digerak-gerakkan, perutnya tegang.
Pernah sekali Pak Farid Lunsur memandang berahi kepada Bahjan Bosan Bermata Ungu, memang tak rela. Kalau muda tak apa, ini sudah sudah berkedut. Lelaki lagi.

Sebenarnya ada satu rahsia Bahjan Bosan Bermata Ungu yang orang Kampung Fatimah Kacip tidak tahu,
setiap kali bulan penuh badan Bahjan Bosan Bermata Ungu pasti berbulu. Tebal. Kalah bulu Rama Legam.
Sampai hari ini Bahjan Bosan Bermata Ungu hairan. Tapi yang pasti Bahjan Bosan Bermata Ungu bukan harimau jadian yang orang Kampung Fatimah Kacip gemburkan. Bukan.

*sikit daripada wall post aku di facebook.
-Hari Terbuka Kampung Fatimah Kacip (Online Event)
Sila siapa yang berminat. Terbuka!

Ahad, Februari 21, 2010

poladroid bukan polaroid









Seronok gila guna polaroid yang analog bukan digital ini,
puas hati!

Okay tipu!
Mana ada dah orang nak jual polaroid lagi
Rare gila tu, kalau ada pun memang mahal
Dan disebabkan dalam keadaan tidak mampu dan pemalas
maka
aku cuma guna Poladroid je bukan polaroid.

Bagi yang berkenan,
boleh pergi link tu yeh
download lah software nya
tapi kena rajin isi dakwat selepas 10 keping gambar
seronok :)

Selamat Mencuba!

*Klik imej untuk paparan kanta pembesar

untuk lebih poladroid aku
flickr

Sabtu, Februari 20, 2010

Lollipop by Nam Ron for 15 Malaysia

15Malaysia consists of 15 short films about Malaysia featuring some of the best known faces in the country including entertainers and politicians.


Jubli Emas-50

Sambutan Entri ke-50 blog aku
Perkenalkan Keladak band yang Ghock and Gholl dan Acid Hadi yang macho
tahu pasal band keladak dan acid hadi ni masa rantai 2009
dan sekarang aku minat muzik dorang ni
okay, Acid Hadi past flyer ni kat aku. Thanks!
Sekarang saja nak hebahkan sebab aku tak dapat pergi
ada juga band lain seperti coldwater, the pips dan siren.

okay kawan-kawan,
rasa longlai dan boring?
apalagi pergilah lepak-lepak kat Lepaq cafe
ajak kawan ramai-ramai, makan minum sambil
Ghock and Gholl bak kata Aizat Tarmizi Keladak
Feel free to visit their pages :)
Chill!

Jumaat, Februari 19, 2010

senyum sampai telinga

Sambung lepak lagi pagi ni
walaupun semalam kitaorang semua tidur pukul 4.50 sebab gelak-gelak punya pasal

pagi-pagi dah pergi bangsar teman ain cek gigi
balik selayang kejap
pukul 1 camtu gerak pulak pergi OU
saja nak jalan-jalan
Bila lagi kan

Malas nak cerita,
duk kat OU tu bukan nak shopping apa
saja duk chillex-chillex sakan
online,minum,borak,gelak, tu jelah
lama jugak
sempat main webcam
jadi, ini hasilnya ;)



muka jeles fiq sebab aku nampak sangat aku lagi cute

yang ni gamba paling ayu la
yang pasti hidung aku lagi kecik daripada hidung dorang ni, tapi tahi lalat memang besar ah takkan kalah. Takcaya pegang ah. kalau berani. haha
comel macam siput sedut
iklan "Satu Malaysia!"
fiq kurek-kurek telinga aku sebab geram dengan kecomelan aku
muka paling ikhlas, tak poyo pun tak cun pun tak buruk pun
ini baru senyum sampai telinga
sekian terima kasih


haha. lantaklah korang nak muntah tengok gamba ni ke
suka hati aku lahkan
mesti mengada nak cakap aku entah apa-apa
takpa,
lagipun ini entri untuk kawan-kwan yang tak dapat ikut
so jeleslah eh tengok kitaorang senyum sampai telinga
okay, stop.
melalut dah
bye!

langgar pantang larang

sekarang,
tengah borak-borak
Jam 2.40



Okay ni lepak dengan geng sekolah menengah
pyjamas party la konon
dah 2 tahun tak buat
nak tunggu cuti sem dorang
lambat lah
terima kasih cuti raya cina ni



berkat umur 19 tahun ni
nak sangat jenguk red tube!
bukan nak tengok full okay
nak tengok cam mana rupanya je
tapi malangnya tak lepas. ngeh ngeh



tak dapat tak sedih pun,
tapi tengok jugak titanic, tengok scary movie, tengok bloody valentines,
gila tengok semua tu dalam satu masa
memang tak ah
tengoklah part yang tak lepas kalau tayang dalam tv. ngeh ngeh
reaksi aku "Wow, bla bla"
no feeling.



okay, kita dah matang
no feeling lah pasal bab tu
macam biasa je
kecuali budak-budak yang baru nak tahu tu ni
memangla sangap
okay tu je



aku tengah sangap
sangap nak sambung borak lagi
okay =,=
ngeh ngeh

Khamis, Februari 18, 2010

minah macho


"memang lah cute, tapi tak gay"
-pinjam ayat fatul

Isnin, Februari 15, 2010

sekali aku dapat cakap memang takkan berhenti

Ghock and Gholl! Aku dah berjaya. Aku dah berjaya membeli Lomolitos Merah weh.
Dah lama aku survey, nak beli kat lomokids pulak dah habis stok.
Selepas cekidout cekidout baru perasan kat MOOKS ada. Habis beria-beria aku nak pergi beli. Jakun kan.
Masalah pulak bila duit aku tinggal berkupang-kupang jek habis dok belanja makan tu makan ni.
Masalah menjadi berat apabila aku pergi cucuk pulak, geleng aku tengok duit berbaki sikit. Tak sampai hati nak keluarkan, nanti emergency payah pulok.

Berbekalkan kekesalan dan kesedihan, aku cuba lah cucuk abah aku. Akhirnya kena hentam sebab pagi tadi pun dah bagi 50. Aku pun dah berhabis loklak beli headphone baru dgn tali skipping. hah mana tak keparahnya.

Terus mencuba, aku cuba cucuk mak aku. Mintak pinjam kad. Ingat mak aku bagi sangat lah, habis dikepitnya dompet. Tak bagilah tu.
Cubaan memprotes pula dengan duduk terpesok dekat kabinet dapur. Menghalang pergerakan mak aku. Aku buat lawak, mana tahu boleh mengambil hati.
Heh lain yang aku dapat,
kena hentam lagi
"kau nak beli kamera? Mana ada kamera 50, mainan punya ada la!. Apelah anak aku ni bukannya nak belajar! Merendek je kerjanya. beli barang tahpape. Buku tak pegang, tak fikir langsung ke"
mak aii aku kena hentam... sebenarnya panjang lagi tu..
Okay tak dapat mintak, aku pinjam. Terus-terus aku mintak pinjam duit.
Hutang dengan mak aku lah kiranya. Abah aku dah diam malas nak melayan. Memang takkan layan!
Mak aku tetap membebel.
Arghh, tahan selagi boleh.
Akhirnya berjaya dengan syarat ;

1. Basuh pinggan mangkuk kedua-dua sink
2. Buang sampah

Okay aku buat. Gilo wehh, ini baru pinjam.

Aku cakap kat mak aku
"Gila lah. Kalau pinjam kat Along pun takdanya dorang suruh basuh pinggan, buang sampah"
Mak aku buat dek sambil mengingatkan bayar balik 5o tu.
-----------------------------------------------------------

Itulah perjuangan aku
barjaya jugak. Kan Usaha tangga kejayaan. hehe


Okay, masa kat MOOKS tu baru aku dapat tahu yang Golden Half haritu half price weh!
Gilaa! Kesian, habis jugak 100 unit tu. Ye sapa yang taknak.
oh, Sempat jugak la bergelak ketawa dgn brader MOOKS yang macam Sam Bunkface. Haha
--------------------------------------------------------------
Penat tapi tak jadi penat.
Dari Bukit Bintang ke Sogo pulak ke Selayang Mall lepak dengan Rafiqah Umu Habibah je.
Borak, minum. Okay la tu. Gelak-gelak pastu sedih pastu sengih. Tu jelah.
Puas, puas.
Oh, sempat snap dalam 5 keping je. Jimat filem weh. Yang Ricoh pun tak reload lagi, takde duit!
Biar lah, hujung bulan 3 baru reload.
Kena ingat, ganti 50 tu lagi.
Lepas tu baru boleh fikir nak ke fish eye, diana, takpun holga.
Takpa kita berangan dulu.
------------------------------------------------------------
Di bawah, contoh-contoh gambar daripada google.
Tengok jugak jenis filem apa kita pakai. Ada cross process ke.

Bagus-bagus! Tengok jelah hasilnya macam mana nanti

Ahad, Februari 14, 2010

mahu jadi terkenal seperti Sharifah Aini?

Walaweh, dengan blog dah boleh jadi model weh!
Saja tadi aku dok usha blog-blog ni, skodeng-skodeng
terjumpa satu entri
lebih kurang gini
"pertandingan gambar tercantik"
wah wah. Hebat betul contest tu ye, mana taknya berduyun-duyun aweks-aweks mahu join.
Sudah berlambak contest begini, hmmm. Makin giat la aweks-aweks kita.
Hadiahnya aku tak pasti. Mungkin beg gucci, takpun satu set barang kecantikan MAC. Mungkin.
Boleh pula, dah join kenalah link url blog owner contest. Takpun syaratnya harus membuatkan juri terkejut dan berkata 'WOW' (aku copy ayat organiser). Jangan lupa sertakan slogan :
"SAYA RASA PHOTO SAYA PATUT MENANG KERANA........"

Gila lah, mesti berpeluh aweks-aweks dok pikir slogan yang ulalala.
Aku usha lagi, tengok gambar contestant...
Wow, memang buntang-buntang mata mereka. Comel gebu gitu, okay la kan.
Ya ya ya

Kepada yang berminat silalah join, mana tahu menang. Bertambah jugak duit nuffnang.
Bolehlah tanggung duit petrol sebulan.

Cara-cara menjawab peraduan:

1:Jawab dengan tenang. Ingat, mesti 'WOW' kan juri ya.

"saya patut menang kerana saya rock, ikhlas dan baik hati"

Takpun,

"saya patut menang kerana saya jujur dan ikhlas dan tidak bermuka-muka. Saya juga tidak comel dan gebu. Mungkin mata saya tidak sebulat ikan buntal sekurangnya mata saya sesepet keli"

WOW tak?

Gilo ko nak masuk contest nak buruk-burukkan diri sendiri. Mestilah yakin diri kawan, contohnya;
Saya yakin saya menang kerana saya mempunyai kecantikan yang asli, tak gitu?

Okay itu sahaja untuk tips hari ini. Gua sudah penat memepet(membebel). Nampak tak muka gua tengah penat tu sambil ditemani dua orang gundik terhangat. Nampak tak, jebek kang!
Selamat Mencuba kepada yang berminat. Gua ucapkan Good Luck.
Ingat, mesti 'WOW'kan mata juri. Biar terbeliak sikit.

Kalau tak join, lepak ja dengan aku layan puisi fynn jamal takpun apekesni lagi syok.

Sabtu, Februari 13, 2010

tepuk dahi lah makcik

aku gelak-gelak sambil menyeringai geli bila baca sebuah blog tu
(poserofloser)
peringatan : bagi 18 tahun ke atas sahaja!
18 keatas sahaja okay! Tanggung sendiri kalau bawah 18. Aku tepuk dahi jelah.
://Sila mengucap banyak-banyak sambil muhasabah diri ye selepas membaca blog ini.

*Berdoa sangat-sangat diri aku tak jadi macam tu, yelah takut jugak. Setan ni ada je. Ini sebagai peringatan dan pengajaran buat aku dan semua.

So,
Renung-renungkan dan selamat beramal
Peace Yo!

updated : sumber, mazidul

Khamis, Februari 11, 2010

dulu cita-cita saya hendak jadi cikgu, cikgu!

masa kat sekolah rendah dulu kalau cikgu tanya apa cita-cita kamu,
aku mesti jawab
"jadi cikgu"
Heh, aku tak tahu nak jawab apa jadi cakap mahu jadi cikgu jelah. Nampak jugaklah punya cita-cita

Tapi kalau orang tanya apa cita-cita aku sekarang
aku akan jawab
"bergantung pada jodoh"
lantaklah orang nak kata apa kan.
Tipikal manusia mahu membeda-beda

Demi masa depan
aku pun dok pikir-pikir nak ambil kos apa untuk sambung degree nanti

Teringat pula saat-saat berangan ni,

dua tahun lepas aku kira, hati aku kuat nak jadi pengarah filem.
Wan Noor Hidayah pengarah filem?

Pertama,
Idola - Arwah Yasmin Ahmad
Ada tu satu kali, beria-ria aku tulis surat untuk arwah
bunyinya leih kurang macam ni
"saya minat sangat dengan Yasmin Ahmad. Saya yakin saya amat berbakat dalam bidang seni. Harap sangat Yasmin Ahmad dapat jadikan saya kawan, takpun anak murid"
lebih kurang macam tulah. Geliman jugak aku baca.



tapi cita-cita aku ni tak pernah padam. Setiap hari aku berangan lah nak buat filem apa. Konon rasa bagus lah kan. Tapi hasrat tu dah berkubur, aku pendam ja. Insya-allah ada modal aku gali balik. Walaupun macam tu, sampai sekarang, aku ulang tayang balik semua filem-filem dia, iklan dia. Kadang gelak sorang, kadang senyum sorang. Sampai satu famili dah tahu perangai aku.
Tapi apa aku kisah, janji hati senang.

Kedua,
A Samad Said / Za'ba


Yang ini kasih aku dekat dia memang tidak berbelah bahagi lagi,
dia buatkan semangat nasionalisme aku lagi bertambah kuat,
dia buatkan aku lebih pandai berkata-kata
dia jugaklah buat aku semangat nak perjuangkan bahasa

Sampai dekat pembaris, kalkulator, almari aku tampal nama dia. haha
Gila ke apa.

Okay, setelah aku fikir-fikir
keputusan dah dibuat
cek punya cek
memang aku suka bahasa, seni, politik, sejarah
mungkin bagi orang lain, memboringkan you!

Tapi taknak aku sambung dalam bidang ekonomi ke, perniagaan ke, lagi akaun. Lagi boring you, skema betul!
Heh, memang cari penyakit mental lah kalau aku sambung bidang-bidang tu
Sedangkan aku kira matematik pun selalu salah, bukan selalu tapi setiap kali kira mesti salah. Aku nampak nombor pun kadang terbalik. Dah takdir macam ni kan.

Hasil bertafakur,
tekad aku nak sambung dalam jurusan antropologi dan sosiologi yang membincangkan segala isu fasal pemikiran manusia, politik, sosial, agama, bahasa, isu semasa, sejarah, undang-undang, budaya dan sewaktu dengannya. Wah nampaknya memang sebuah jurusan yang memerlukan mental yang kuat, pembacaan yang banyak, dan pemerhatian yang tajam. Cehh, seronok gila tu. Ini kira campuran daripada semua bidang yang aku minat.

Masalahnya sekarang,
tamadun dunia, tamadun islam, sejarah malaysia, sejarah asia tenggara, pengajian am, bahasa malaysia, perlembagaan malaysia dan ekooonomi pun tak habis kuasai lagi. Boleh nak berangan nak sambung jurusan yang terbelit tuu apa antropologi dan sosiologi. Hah, berangan bolehla, sekarang pun tengah berangan sambil menulis di blog. Hahaha

Takpa, kawan-kawan doakan aku ya,
ayatnya macam ni
"Semoga Wan Noor Hidayah cemerlang di dunia dan akhirat"

Eh, dah baca ayat tu?
terima kasih ye kerana doakan aku :)

demi masa

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali
-Demi Masa (Raihan)

Januari, aku kuat tersenyum.
Februari, lagi kuat tersenyum. Fikir semuanya masih lambat lagi
------------------------------------------------------------------
Cuba kalau aku mati sekarang, mampu KAMU terima aku?

Rabu, Februari 10, 2010

2 hari lagi

Cuti Gong xi fa cai aku nak sambut betul-betul
bersama yang tersayang. Tak sabar!

Isnin, Februari 08, 2010

hai saudari janganlah takut sama saya

hai saudari janganlah takut sama saya
susah sangat kamu mahu senyum ya
tahulah darjat saya rendah dari kamu
otak tidak segeliga
muka pun berbintik
senyum pun tak manis
ya, tidak seperti kamu
sekali senyum
luluh hati lelaki
sekali petik
berduyun menanti

hey saudari
takkan kamu tak kenal saya
saudara semasa kecil-kecil
main guli pun bersama
apatah lagi mandi

tengok
kamu dah besar
lupa pula

perlu saya ingatkan kamu
kita sedarah

hairan pula saya,
tengok di dinding kamu
semua kawan baru
yang kamu sendiri tidak kenal

hey saudari
saya terasa hati
walaupun keadaannya begini
"kamu tak approve saya di mukabuku itu"
saya terasa hati tahu

apa salah saya
kita tidak pernah bercakap
tapi saya mencuba
tidak manislah
sedarah
tetapi seperti bukan

bukan saya mahu menyendeng
tetapi mencuba
bercakap kepada kamu

palinglah sekalipun
saya tetap mencuba
memperbaiki hubungan itu

ingat,
kita sedarah

Ahad, Februari 07, 2010

kurus

boleh jadi kurus pakai macam gini

bina badan

gua sudah ada otot
di bahagian lengan gua
gua sudah ada lemak
berlipat di perut gua

30 persoalan telah dijawab

1. Bekas kekasih saya adalah :
seorang lesbian. Hehe takdala.

2. Saya sedang mendengar:
p ramlee bercakap

3. Mungkin saya patut:
mandi sekarang, dah jam 12.30

4. Saya suka :
berangan tentang masa depan

5.Sahabat-sahabat baik saya :
ramai :)

6.Saya tak paham:
segala pasal matematik

7.Saya kehilangan :
kata-kata

8.Ramai yang berkata :
wow, tahi lalat kau besar ye


9. Makna nama saya :
wan - nenek, noor - cahaya, hidayah - petunjuk, so nenek cahaya petunjuk

10.Cinta itu adalah :
perasaan stim

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
mendongak dagu, sambil bermain farmville di facebook

12.Saya akan cuba :
menjadi rajin melipat kain

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
hujung dunia, akhir hayat

14.Telefon bimbit saya :
LG 2500, hanya boleh memuatkan 15 buah lagu dan sangat bangga menggunakannya.

15.Bila saya terjaga dari tidur :
menguap, pastu plan nak tidur balik ke tak

16.Saya paling meluat apabila :
orang menipu, cakap besar. Nampak bodoh okay

17.Pesta/Parti adalah :
untuk orang yang boleh menggoyang-goyangkan asetnya

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
ex-hamster, HAKIMO. Tahi dia lagila cute.

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
dari dulu sampai sekarang

20.Hari ini :
hari ahad

21.Malam ini saya akan :
tidur

22.Esok pula saya akan :
bangun

23.Saya betul-betul inginkan :
sebuah tanah di kampung untuk bercucuk tanam

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
wow, kelakar gila. Ada taik mata weh.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
galeri seni, central market <33 walaupun berpuluh kali pergi, tak pernah bosan

26.Makanan Barat atau Jepun :
kampung laa. Yummy.

27.Bilik yang terang atau gelap :
bilik yang terang melambangkan kekuatan seseorang. haha

28.Makanan segera adalah :
makanan yang paling sedap aku pernah masak

29.Ayat terakhir yang anda katakan kepada seseorang?
"eh? alaa.. " dalam bentuk ayat di facebook.

30.Siapa yang anda nak Tag?
sesiapa je yang terbaca dan nak tag

Sabtu, Februari 06, 2010

surat cinta buat kawan

malas aku nak pergi merentas desa hari ini
Kalau aku pergi pun aku bukannya nak berlari sungguh-sungguh
Dulu tak sama macam sekarang

Kalau dulu,
zaman merentas desa bersama kita semua sangatlah seronok
kita semua jadi geng terakhir yang sampai
tak pernah kisah tak dapat medal ke apa
sambil jalan tu, berjuta-juta perkataan dah kita semua cakap
sampai penghujung dah boleh nangis
aku suka
perhubungan yang ikhlas

eleh, lagi satu
kita semua tak pernah cakap antara satu sama lain
yang kita sayang sesama sendiri
tapi aku tahu
yang kau semua memang sayang
memang sangat rindu
tapi malu

syukur,
walaupun macam tu
tak pernah kita semua bergaduh kan
betul, tak pernah

ingat lagi,
ada juga orang nak leraikan kita semua
cemburu lah tu

lagi,
zaman duduk tepi padang sambil tunggu bas
semua rela
naik bas terakhir
tak pernah kisah lambat sampai rumah pun
tetap kita semua senyum

dulu, kalau ada masa
balik sekolah terus lepak rumah ain
bukak internet dengar lagu korea
aku yang tak pernah minat ni pun
terjebak jugak
ye ye je hafal semua lagu
sebab di sekolah boleh menyanyi sama-sama
haru gitu

heh, pasal makan
anis, aku ingat kita mesti makan mihun sup setiap hari
aku pun sama
letak sambal banyak-banyak
biar sampai menangis
tak menangis tak puas
kongsi air
sedap betul mihun sup makcik kantin tu

tahun spm,
semua berjanji nak genggam sijil kehadiran penuh
ya, semua berjaya
*bangga
walaupun ada hari yang orang itu demam,
ada hari yang orang itu malas
kita kuatkan sesama sendiri
walaupun kita sendiri tak kuat

orang tak tahu,
bukan sebulan, lima bulan aku nak kenal seseorang
lama, sangat lama
setahun mungkin

aku bukan jenis orang yang akan declare
"you are my best friend forever"
maaf, kalau baru kenal berbulan-bulan
tidak.

sebab tu,
bila aku baru kenal seseorang
aku akan diam
memerhati dalam diam
bila aku selesa baru aku bercakap
tu pun tak banyak

lebih aku rela,
duduk sorang-sorang
tak mahu hipokrit
berpura-pura ketawa dengan lawak yang entah apa-apa

tidak aku nak terpanggil orang bila aku tidak punya kawan
takpa
kenangan kita semua sudah cukup untuk senyumkan aku

ingat
walaupun ada yang baru aku kenal
tidak bermaksud aku tidak suka kamu
belum cukup serasi gitu

aku tak tahu nak cakap macam mana,
aku boleh melihat perwatakan seseorang
daripada gaya percakapan
daripada gaya pemikiran
aku rasa sudah cukup kenal bagaimana seseorang itu
aku boleh kesan orang bermuka-muka
aku boleh kesan orang menipu
tapi aku diamkan
rahsia aku

argh

sepanjang tanah di bumi pun
tidak akan habis aku coretkan semua kenangan
*hiperbola

baiklah
cukup
aku ikat lembaran ini kemas-kemas
dalam hati
jika hati aku dicuci sekalipun
akan tersemat juga lembaran ini kawan
tidak akan hilang
sampai mati

yang sangat mencintai semua kawannya,
wan noor hidayah binti wan ardan
://19 tahun 7 bulan dengan rasa segala tindak-tanduknya sengat matang dan berkesan

surat cinta kepada semua orang yang pernah berkawan, bersusah-senang, bertegur, dan apa-apa lagi

Surat cinta ini tak akan berakhir, sebab tu aku tak letakkan nokhtah
Takkan

Jumaat, Februari 05, 2010

baja

Perut gua minggu ni macam nak beranak.
Boleh gua duduk depan laptop je datanglah rasa nak membuang
Cemburu ke apa.
Yang gua heran, banyak kali gua buang dalam sehari, tetap juga perut gua besar
Makan besar ke gua.
Arghhh.

Rabu, Februari 03, 2010

haik!

yeah, badan aku tengah penat sangat-sangat sekarang ni. Semua sebab hari ni punya pasal. Kehulu kehilir jadi event manager lah sangat untuk program malaysia - jepun. Aku pun bukan buat kerja, pura-pura sibuklah dengan budak jepun ni. Biasalah nama pun jakun, dokla bersembang kan.
Baru nak bersembang, oh yeaa aku dok tanya nama,umur,semua. Hadoii, boleh pulak ternganga depa ni.
Dua tiga kali tanya baru paham. Jadi, pergerakan badan menjadi melebih-lebih la bila bercakap dengan dorang ni. Yo yo oo je la.
Tapi jangan pandang sebelah mata, budak-budak jepang ni sangatlah peramah rupanya. Aku dok gelak-gelak ja tengok budak2 lelaki dok mengajar dorang bercakap b.m, dahla dok mengajar ayat entahpapa.

Kiranya hari ini, tugas aku dok mencuci mata. Segar mata aku. Moga hari ni tidur aku lebih lena.

Isnin, Februari 01, 2010

penyair

Kepada setiap
penyair gundah
daun gugur pun
sentiasa indah