Ahad, Mac 31, 2013

Persepsi


Tertunggu. Termangu dan kerana persepsi, langkah mati.



Rabu, Mac 27, 2013

Surat layang taruk celah wiper


Oleh kerana urusan medical checkup untuk wataniah yang tiba-tiba tak jadi pagi tadi, aku dengan santi bengangnya pergi pusing satu unisel dengan motor tanda protes. Merempit dan bawak motor macam sewel, pusing-pusing fakulti cuba usha mamat tapi mamat skema jugak yang kami jumpa. Dalam pusing-pusing tu, di simpang fakulti kejuruteraan terserampaklah kami akan mamat comel gigi kuning sedikit yang kami berkenan semenjak bertentang mata di pasar malam isnin tempoh hari. Mengenali mamat comel ini adalah dengan bantuan hafalan no plat kereta mewahnya dan nampak sangat kami menyubuk orangnya. Orangnya agak rendang, berbadan tidak sasa sedang-sedang saja. Berbalik kepada pertembungan di simpang tadi, santi dengan terujanya menuding-nuding jarinya terhadap mamat itu bersama keretanya. Mamat yang perasan dengan tudingan kami itu tersengih-sengih sambil melambai-lambai tangan. Oleh kerana reaksi positif dan mesra yang ditunjukkan, atas dasar bukan perempuan melayu terakhir kami mengekori kereta mamat tersebut.

Setelah mengenal pasti lokasi parking mamat tersebut, kami berpatah balik ke pp. Di hadapan bustop pp kami mengarang surat layang untuk mamat tersebut. Berbekalkan surat layang tersebut kami kembali ke fk dan dengan berhati-hati dan segan silu sedikit kami meletakkan surat tersebut di wiper kereta mamat tersebut. Selepas itu pecutlah kami dengan sepantasnya daripada fakulti tersebut tanda malu tapi mahu. Maka, berakhirlah tanda protes kami untuk hari ini.

Begitulah flashback saya yang entah apa-apa untuk hari ini.

Isnin, Mac 18, 2013

Pecah


Retak-retak kaca itu masih melekat
tiba bila sekali ia ditujah kuat
melerai ia jatuh
menyerpih menusuk ke tubuh

tubuh aku dipasak dengan serpih kaca yang beribu
mencincang urat tubuh
berderu-deru darah menyembur
tiada harapan
di dalam harapan
untuk berjumpa keluarga
dan mohon dimaafkan

pejam mata
merembes air mata kesakitan
mengetahui
sebentar lagi bertemu kematian