Sabtu, Oktober 30, 2010

Tak tahan





Keterlaluan tu yang tak tahan.

Khamis, Oktober 28, 2010

UHUKAHAKTUIH

Uhuk uhukahakkahakktuihh. Maaf, datang sebab nak sumbang kahak sikit.



25 hari lagi.

Ahad, Oktober 17, 2010

Pejam Celik Van Ajib Gagah

36 hari lagi gua nak bertempur.
Style gua bukan "pejam celik pejam celik" tapi
"pejam pejam pejam pejam pejam pejam celik".
Baru sekarang agak sedar daripada selama ni yang memang tak sedar.
Asal pegang pen terberangan, berangan je sambil pegang pen. Memang hidup gua penuh dengan angan-angan betullah!

-----
Semalam gua dan rakan-rakan berkonvoi ke Rawang, nak ke kenduri doa selamat cikgu naik Haji.

Perjalanan gua memang sempoi sebab dapat naik van gagah Ajib.
Van Ajib gagah.
Walaupun ketar dan bergetar gua tetap dapat feel "rock" van Ajib.
Kencang, dan hebat! Tekanan breknya memang buat gua head-banging!
Van Ajib jugak tak macam van lain yang ada radio dan speaker kuat boleh "dung dang dung dang",
van Ajib lain
sebab van ajib langsung tak boleh pasang radio.
Ajib cuma bawak radio berbateri dari rumah.
Van Ajib memang gagah.


Dalam van Ajib gagah memang riuh sampai tak ingat dunia.
Sambil tu teringat kata orang tua
"Nak berjalan jauh jangan seronok sangat".
Nak pergi tu punyalah riuh menyanyi lagu Maher Zain
Barakallah lah, Insya-allah lah dengan syahdunya.
Lain cerita masa balik. Semua dah penat radio terdiam macam tu ja.
Barakallah lah, Insya-allah lah semua dah takda. Yang tetiba ada cuma lagu Mizz Nina.
Sedang bait lirik kat
"sexey my name yea sexey my name"
van Ajib roboh.
Gua dan rakan-rakan panik. Bau hangit dah menusuk, pintu van Ajib pulah pulak rosak.
Ahh van Ajib gagah!

Rupanya entah apa(pemegang tayar belah kanan) patah!
Semuanya mungkin sebab panahan Mizz Nina, takpun sebab lupakan Maher Zain?
Ahh betullah kata orang tua "Nak berjalan jauh jangan seronok sangat"

Dah.

Walau apa berlaku
bagi gua
Van Ajib tetap gagah!
Segagah tuannya.

Dalam kenangan.

Rabu, Oktober 13, 2010

40 hari lagi. Klimaks!

Muka nak bertempur dengan ilmu yang cukup-cukup makan.

Hah nah kau. Tengok nombo pun selalu terbalik!
Apo nak dikato
Tempur jo jang!

Sabtu, Oktober 09, 2010

Dasar Lembap

Tadi dalam tren gua tak bagi nyonya ni duduk. Bukan sebab apa, gua sendiri pun pening. Gua banyak kali fikir samada mahu korbankan kepeningan gua demi kebajikan orang lain.
Dalam serba salah, gua pura-pura pejam mata sambil kerut-kerut dahi.

Lagi pening gua memikirkan nak bagi nyonya ni duduk ke tak.
Lama jugak gua fikir sampai stesen terakhir tiba.
Nyonya tu pun turut turun sama dengan gua.
Rasa bersalah makin menyerlah.

Tiba-tiba dia cakap dengan gua
"Baik aa budak itu tolong angkat beg saya" sambil tunjuk budak lelaki kat depan aku dengan tersenyum.

Gua dalam serba salah cuma mampu berbalas senyum.
Gua juga pasti dalam percakapannya memang takda unsur perli.

--------------


Aku sebenarnya terpaksa pentingkan diri sendiri walaupun itu cuma satu alasan dan setiap perkara sememangnya perlukan pengorbanan.
Ahh, Dasar lembap.

Khamis, Oktober 07, 2010

Makin Menggarang

Dan akhirnya,
Fuji Superia 200
Process : C-41
Kamera : Holga 135BC

Lebih lagi kat : flickr
Gambar banyak tak jadi sebab masih sengal. Haha


Lagi menghampakan,
Kodak Ebx aku nyonya ni tak pergi scan pulak.
Dahlah yang ni banyak gambar best!

Lain kali lah agaknya aku buat.
Tadi saja je amik gambar negatif tu
pastu gi invert kat paint
sekali jadi kau
haha

Gambar slide dahlah cun, haishh.
Terpaksa aku invert sendiri.
Gambar asal negatif
Buat masa ni stop dulu ah.
Fokus exam yang makin menggarang. Tapi padahal baru beli filem lagi.
Gian gian.

Selasa, Oktober 05, 2010

Kuasa Creep

"I want you to notice
when I'm not around
You're so fuckin' special
I wish I was special"

Maklumlah,
bila rasa sunyi
mulalah creep sorang-sorang.




Sabtu, Oktober 02, 2010

Klise Si Pisang

Banyak kesalahan yang boleh dimaafkan. Contohnya seperti kisah "pisang berbuah dua kali".
Berbuah dua kali sekalipun tetap dimakan dan tak berapa diherankan sangat.


Tapi jangan biar "pisang berbuah dada"
kalau dipandang mahu segan
tapi tetap dapat perhatian.



"Aku cuma pisang berbuah dua kali
manakan nak sama
pisang berbuah dada seorang"