Ahad, November 27, 2011

Apa kabor?

Apa kabor?

Gua sekarang berada di bandor Jerantut, Pahang. Keadaan di bandor Kolumpo menyesakkan gua sehingga gua nekad lari 110km sejam ke Jerantut. Entah mende gua merepek ni.

Kembali kepada tujuan asal, gua ke Jerantut dengan niat untuk menenangkan perasaan jiwe dan rage yang tersikse kepala otak.
Suasana di Jerantut yang nyaman dengan dikurniakan hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana menambahkan keamanan. Syukur kehadrat tuhan, gua masih hidup di tahun islam 1433Hijrah ini. Harapan gua, gua dapat bertemu 1434 dan tahun-tahun islam seterusnya dengan tidak mengekalkan keazaman yang sama masih tidak terlunas. Dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahim, gua merasmikan tahun 1433Hijrah dengan Assalamualaikum. Moga-moga kamu semua dirahmati Allah. Ampunkan segala kekhilafan gua, keluarga,kawan-kawan,dan sesiapa saja berkaitan diri gua yang hina ini.

Sekian. Kucup jauh gua berikan dari Jerantut. Assalamualaikum.

Selamat datang 1433Hijrah. Moga hari-hari seterusnya cun saja.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, November 16, 2011

POLAN (Edisi Pengenalan Ringkas Seharian)

Hari-hari semenjak cuti ini dirasakan cukup bosan tiada terhingga klimaksnya buat si polan. Walaupun masih bertemu kawan, masih bersama keluarga setiap masa, masih tetap bosan tiada terhingga klimaksnya.

Baring merenung siling,berpaling kekiri kekanan, dalam kedudukan mata kaku amatlah menyedihkan. Maka mulalah cara mengait-ngait mimpi atau relevannya berangan sehingga tepat tengah hari.

Bangun dari pembaringan spring yang menyentak-nyentak siang malamnya sekali lagi memayahkan. Daya mahu kedepan dan faktor "anak dara tak elok bangun lambat" diguna pakai walaupun tak terguna punya anak dara.

Bangun yang betul-betul kali ini dengan menggeliat selama 5 minit,merenung cahaya di balik langsir langsung bangun menggapai tuala demi menyentalkan daki-daki semalam. Sesudah wangi dan diyakini suci, rambut basah dibiarkan kering tidak diselesaikan. Proses menunggu rambut kering secara semula jadi mengambil masa 45 minit digunapakai untuk mengapdet status di facebook dan twitter.

Selesai. Kembali merenung siling dan menjalankan rutin anak dara seperti membasuh pinggan,angkat kain di jemuran,menggoreng karipap,menggoreng telur,membasuh kain, dan mendengar leteran kerana semua perkara di atas dibuat atas suruhan dan bukan kerana sukarela.

Malam menjengah, si polan penat melalui detik-detik bosan harinya. Si polan penat, si polan malas lalu si polan kembali kepada pembaringan spring yang menyentak-nyentak imaginasinya tanpa mandi sehingga tertidur dalam mimpi enak yang memenatkan sampai esok tengah hari.

Itu dia, cerita hari-hari si polan perempuan berpakaian polos berambut ikal mayang tidak selesai.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, November 13, 2011

Rabu, November 02, 2011

Stay


Rasa lain macam. Tapi takpe, kita peace yo!