Ahad, Februari 20, 2011

Smock.

Semenjak menjadi orang berkerjaya yang sangat diperlukan dalam industri perkilangan ni, hidup aku makin sistematik.
Bangun pagi dah tak boleh lembab-lembab. Tak boleh nak snooze-snooze, kalau tak alamatnya kau snooze sampai tengah hari.

Aku pergi kerja nampak bulan, balik kerja pun nampak bulan.

Dah dua minggu kerja ni aku banyak sangat dapat input,
tentang hubungan kemanusiaan semua tulah.
Hidup aku dipenuhi dengan bermacam orang,
beribu-ribu dengan segala perangai dan aroma terutamanya.
Oh lupa, aku dapat kawan indon baru, filipina belum lagi.
Insya Allah, rakan dari Nepal akan menyusul.

Sabtu, Februari 05, 2011

Penny Lane

Lomokids outing @ Petaling Street
" can you describe red, in black & white "

Sebab pokai, 3 roll yang berkurun dari tahun lepas aku tak develop lagi. Tak lupa 1 roll tak scan. Dalam pada tu ada hati nak outing dengan beli filem lagi. Hahaha



://Aku tak sabar nak mula kerja Isnin ni, entah apa jadi pun aku tak tahu. Tapi semestinya aku kena kuat lagi-lagi kerja tak tentu masa ni. Mental dan fizikal tu kena maintain tough walau tak tough mana pun kan.

Rabu, Februari 02, 2011

Kilangsawan

Gua dah dapat kerja kilang woi. Kilang femes dekat area Ulu Klang tu. Apa kejadahnya kilang femes dengan gua pulak ni. Kilang woi, kilang. Minah kilang ni woi!

Masa tunggu dientibiu adalah kakak ni dok sembang dengan gua, sempat dia cakap ni;

"Kerja kita ni macam angkasawan dik"

Gua tak dapat tangkap lagi apa yang "angkasawan" sangat tu.

Jadi,sebagai preperesyen, gua haruslah kena sihat tubuh badan, vitamin kena cukup dan otak kenalah sentiasa cergas. Gua dah tak boleh bangun lambat, mata pulak kena sentiasa celik bagi memastikan produktiviti gua diluluskan.




Gambar menunjukkan gua cukup sains nak jadi "angkasawan".


Gua bakal "angkasawan" bukan budak sawan.