Isnin, Mei 31, 2010

hari ini esok lusa tulat

hari ini esok lusa tulat
aku busy.
pura-pura busy,
takkan nak kalah!

Jumaat, Mei 28, 2010

Jam 5 di sini macam Jam 7

Syukur,
aku suka hujan.

Isnin, Mei 24, 2010

Hari ini dan kesilapan bodoh

Hari ini aku bodoh
kerana berbuat bodoh

Aku biar sinis menganjing aku
Aku biar onar perbadutkan aku
Aku biar

Tipikal
Hari ini aku bodoh
kerana berbuat bodoh

Ahad, Mei 23, 2010

dulu aku nak jadi askar sebab nak pergi berperang



Arghh. Apa-apa aja. Daripada kecik aku memang tomboy. Kawan dengan lesbian, kami potong rambut pendek. Masuk padang main ronders, masuk semak tangkap belalang, curi bola golf, aku kumpul segala jenis permainan lori, robot-robot dan aku cuma ada satu anak patung. Paling dajal, aku pernah mencuri. Damn. Jahat gila. Aku pun lupa siapa ajar. Curi pensil tekan kat kedai mamak, pastu esoknya aku bagi kawan-kawan sebab banyak sangat. Sekali je aku buat lepas tu taubat. Nasib budak kecik, tak berakal. Kalau sekarang, mampus aku nak tanggung.

Bulan puasa, aku ponteng. Kadang-kadang.
Aku ni nakal sangat. Senyap-senyap aku curi satu jag air. Sorok belakang pintu bilik aku. Dahaga, aku rembat.
Takpun, masa amik wudhuk aku curi-curi minum.
Dalam bilik air minum.
Ada jugak curi sepotong dua kuih bawah tudung saji. Mak aku bukan perasan.

Pernah sekali jugak, aku duduk tepi tingkap. Nampak jiran aku ni tengah minum coca-cola. Dia hulur, aku ambil. Terkantoi, adik-adik aku nampak. Last, aku ajak dorang sekali.
Argh,Aku memang setan.

Aku pun rasa sangat hardcore masa kecik-kecik dulu, bayangkan jalan kaki sorang-sorang lalu tepi hutan bagai semata-mata nak pergi mengaji. Mak aku tak dapat hantar sebab masa tu ada adik kecik.
Masa mengaji tulah aku berkenalan dengan seorang nenek ni yang ditinggalkan anak.
Setiap hari aku datang singgah pondok dia. Aku pun lupa macam mana boleh 'terlepak' kat situ. Setiap kali aku nak pergi mengaji, aku bungkus makanan dari rumah.
Nenek tu pun selalu nasihatkan aku. Sampai sekarang aku ingat, entah nenek tu hidup lagi ke tak.
---
Sekarang ni aku masih macam dulu, suka main-main, nakal (bukan nakal lain macam), cuma dah tak setan.
Aku pun macam tak percaya dengan apa yang aku pernah buat masa kecik-kecik dulu. Memang tak padan dengan umur. Darjah 3 beb.

Start rasa remaja sikit masa darjah 5. Aku jatuh cinta, aku syok sendiri. Aku diam-diam suka kat seseorang. Cinta bertepuk sebelah tangan. Ik Ik Ik
---
Okay, aku pun tak tahu apasal aku suka sangat cerita pasal masa kecik-kecik dulu.
Bagi aku zaman kanak-kanak yang penuh imaginasi. Terlampau radikal.
Aku pun tak malu nak mengaku aku macam tu masa kecik. Inilah realiti. Walaupun ada kawan aku yang macam geli dan rasa aku ni jahat. Lantaklah.

Nama pun realiti , terimalah.
---

Jumaat, Mei 21, 2010

video ini lagi radikal







allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="auto" height="400">





Wah. dia ni sangat comel sehingga menambat hati gua. Bukan sekadar comel, lagi ditambah dengan perangainya yang gila-gila. Geng dengan gua sedap ni.
Ik Ik Ik
Gua pasti kalau mak-mak tengok video ni pasti nak bermenantukan dia ni.
Mak dengan abah gua tengok pun suka. Terkekek-kekek. Luthfi namanya.
Gua tahu gua yang tergedik lebih-lebih. Tapi apa nak kesah.
Dia ni memang macho daripada budak-budak laki kat luar sana yang kasi pijak mak depa.
Cehh dah guna "depa'.
Apapun High 5 Luthfi! You're Awesome!

Khamis, Mei 20, 2010

nampak hujan?



Seribu Tahun - Imran Ajmain

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

gua, hujan dan mcflurry



Arghh. Masa inilah pulak gua teringin.
Bertahun kot gua tak merasa.
Israel betollah!

Rabu, Mei 19, 2010

situasi

Gua tengah tunggu turn nak masuk bilik air. Bilik air rumah gua satu je jadi terpaksalah beratur. Keluarga gua kesemuanya 6 jadi lu bayangkan je macam mana situasinya.

Abah gua pulak tengah gelak-gelak tengok Fatimah Juling. Ahh, cerita apa entah. Pakai bantai je abah gua tengok. Muak tengok berita kot.

Mak gua? Baru habis mengaji. Sekarang tengah sembahyang.

Adik perempuan gua yang Tingkatan 3 tu tengah mengulaq. Mungkin kejap lagi bangun untuk start belajar takpun sambung terus sampai pagi besok. Bagus, ikut perangai gua.

Adik perempuan gua yang kecil pulak tengah siapkan kerja matematik. Tak habis-habis matematik. Sebab apa, sebab takut dengan cikgu yang mengajarnya. Gua rasa dia lagi tabah daripada gua yang tak pandai bahagi masa darjah 6.

Okay, Gua akan menulis sampai adik laki gua keluar dari bilik air.

Dekat sekolah tadi gua dengan geng betul tekun belajar. Sudah takda sembang kosong. Kadang ada juga setan menggincu bibir, namun nasib cepat sedar. Diam dan fokus.
Gua dapat tengok budak kelas gua ni sekarang tengah stress. Semua dah tak buang masa.
2,3 hari ni gua tengok geng gua asal rehat pergi surau. Gua ikut. Depa buat solat dhuha. Belajar pun dalam surau. Beruntung gua dapat kawan macam ni.

Gua pun dah malas nak pergi kantin. Sesak,penuh,panas. Lepak dalam kelas lagi bagus.

Okay, adik laki gua dah keluar 5 minit tadi. Badan gua pun dah gatal ni. Kepala panas. Melekit.
Kain puteri islam pun gua tak tanggal lagi. Teruk kan.
Ye, unit beruniform gua Puteri Islam. Jauh lari daripada dulu.

Selasa, Mei 18, 2010

radikal

Gua pasti dua tiga malam ni gua akan tersenyum sokmo. Gua asyik tersengih teringatkan perbualan gua bersama rakan tempoh hari.
Korang bukan tak tahu pun, gua ni ada masa sikit mulalah berangan pastu tersengih.

Perbualan yang menyingkap segala kisah lama.
Hilang rindu gua suasana dekat sekolah lama. Gua rindu saat-saat gua borak-borak kosong dalam kelas, menipu cikgu, ponteng sekolah etc. Gua bukan jahat pun, cuma nakal. Gua nakal bukan tahap radikal gua nakal kecil-kecilan. Cehh!
---

Isnin, Mei 17, 2010

Abah borek, Gua rintik

Abah gua dah bising tengok anak dia ni lalok.
Semalam gua keluar abah gua kasi sepuluh ringgit je.
Abah gua punya geram sebab gua lagi asyik berada di depan laptop daripada baca buku.
Abah gua marah-marah sebab gua keluar macam budak tak sekolah.

"Kawan kau cuti sem kau pun cuti sem jugak ke. Sedarlah Dayah oooiii"

Jawapan gua cuma diam.
Gua tak kisah sebab gua rasa tindakan gua rasional. Gua bertindak secara relevan.
Lagi gua tak perlu takut abah gua pukul. Gua dah besar, tiada lagi tali pinggang hijau askar yang ketebalannya entah berapa inchi.

Dengar cerita abah gua bisik-bisik nak potong internet. Abah gua marah gua balik rumah, facebook. Bangun tidur, facebook.
Tapi tak jadi sebab abah gua pun sama. Bangun tidur, Malaysia Kini. Balik rumah, google politik.
Abah borek, gua rintik.

Satu yang abah gua suka tengok, gua berblog.
Abah gua suka gua menulis. Abah gua kata bagus.
Abah gua siap bagi sokongan. Sampai adik gua pun dah ada blog.
Tapi nasib abah gua tak baca. Abah gua cuma intai dari jauh apa gua tulis. Abah gua tak tahu tajuk blog gua.

Kejap, apasal tulisan gua kerat-kerat macam budak baru belajar menulis. Demm kena sharp ni. Okay bai!

bukan primadona seperti yang kau jangkakan






:Aku bukan primadona yang kau jangkakan


Semalam,
hari yang penat.
Baju dan ketiak penuh masam.
Jenuh satu hari dari pagi hingga malam berjalan.

Dari Putrajaya dan seterusnya entah ke mana-mana gua bersama geng gua berjalan.
Lepak sana lepak sini. Singgah sana singgah sini. Sebu perut gua.
Tidur malam ku penuh dengan kesengihan. Rindu abang jembel. Keningmu tiap hari sayang.

Ahad, Mei 16, 2010

"primadona" siri 1



Nantikan kemunculan album sulung saya "Primadona" di pasaran tak lama lagi.
Saya mengeluarkan kos sebanyak RM20 000 dalam pembikinan album ini. Semuanya produk air tangan saya sendiri. Tiada campur tangan orang luar. Maknanya saya "indie".
Beli yang ori tau, takmahu cetak rompak. Kalau tak macama mana muzik malaysia nak maju kan ? Sokonglah muzik indie malaysia.
Dayah sayang kamu!

Gambar bersama manager : fasha zanda

Khamis, Mei 13, 2010

Selasa, Mei 11, 2010

jenabb hitler

"Pemikiran melambangkan identiti seseorang bukan segala tentang makan pakai"

Isnin, Mei 10, 2010

nescafe tak membantu aku

Demm. Minggu depan exam dan aku masih mengumpul kekuatan supaya lebih gigih belajar. Aku tahu selama ini apa-apa yang aku tulis atau ungkapkan sekadar di pinggiran atau dalam bahasa moleknya nak menyedapkan hati sendiri. Hendak kata aku terlalu sibuk dengan aktiviti luar pun takda. Aku bukan orang yang wanted. Aku dengan dunia aku. Aku jenis orang yang bergaul dengan orang yang tertentu. Jadi maknanya aku punyai lebih masa dengan diri sendiri. Aku tak kisah dengan aktiviti sekeliling. Budak lain masih tidak kenal aku siapa sebenarnya. Walaupun kadang aku rasa diperbodohkan. Arghh, apa kena mengena?

Sebenarnya aku sedang mabuk nescafe. Maknanya aku sedang lalok. Jadi persetankan apa sahaja yang aku tulis dan ya aku masih mengumpul kekuatan untuk lebih gigih.

Rabu, Mei 05, 2010

fakta fakk!

"otak sudah mula menolak fakta. Fakk!"

noob

Badan sengal-sengal. Otak makin lembab. Mata makin rabun.
Ah, alasan aku untuk mula jadi pemalas. Damn!

Isnin, Mei 03, 2010

paparan yang sungguh mengasyikkan






Seni itu segalanya tentang hidup
abstrak
seni harus ikhlas
seni harus jujur
seni tidak menipu
seni laku
-----

Tak kena betul ayat aku. Penangan dari Pasar Seni konon.
Pagi tadi balik dari jumpa doktor singgah CM kejap. Tempat aku dengan awatif selalu lepak sebab makanan murah. Santai pun santai. Relax. Cool.
Sesuai lah dengan jiwa aku yang romeo ni.
Duit pun kupangje jadi kena sedar diri sikit.

Singgah pula ke Annexe Gallery, kosong. Sedikit hampa. Ingat adalah apa-apa pameran yang berlangsung.
Turun pergi galeri kat bawah. Nampak pulak "free admission". Yabedahbudu! mana boleh lepas. Percuma, siapa tak suka percuma. Tengok-tengoklah lukisan yang ada. Cuba mentafsirkan maksud tersirat, tersurat. Tak faham, pura-pura faham. Konon orang seni kan. Mana boleh tak faham.

Ya, sebenarnya saja nak tunjuk gambar pertama kat atas. Yang buat aku keluh kesah. Yang buat aku beria-ria menghayati sesebuah lukisan. Begitu halus. Begitu tulus.
Agak-agak mana satu lukisan yang aku rasa begitu halus dan tulus tu?
Tengok sendirilah.
Nak teruja? Klik gambar untuk paparan yang lebih mengasyikkan.

Ahad, Mei 02, 2010

tadika tinkerbelle



Ini dia kawan aku dari kecik lagi. Dari tadika sampai sekarang. Gila lama.
Orang yang aku segani sebab dia tak pernah nak ikut orang. Dia jadi diri sendiri. Kalau tak nak, takkan lah jadinya.
Dialah orang yang selalu ingat-ingatkan aku kalau aku dah kemaruk keluar sangat.
Dialah orang yang panggil aku balik rumah cepat sebab tak suka jalan-jalan lama sangat. Dia pandai jaga duit, tak suka membazir. Dia tak pandai mencarut.
Dia kuat mental kuat fizikal. Sempoi, tak berlagak.
Kami pun tak pernah bergaduh. Memang ada kimia lah.
Awatif, kau memang terer lah beb.
-20 Julai 1991 & 30 Julai 1991

YouthSays.Com

Ada tiket free la weh. Jom ramai-ramai pergi. Kat PWTC.
Harga tiket RM20, kalau nak free click link kat bawah. Yuhuuu.

youthsays.com

Sabtu, Mei 01, 2010

Jack Dawson hidup lagi? Ini sebuah pertanyaan.



Betul Jack Dawson masih hidup lagi? Bagaimana? Bukan sepatutnya dia mati.

---
Ya, aku layan Titanic. Ada tengok 2 3 kali. Setiap kali tengok mesti nangis punya.
Tengok trailer Titanic 2 ni buat aku lagi beria-ria. Walaupun kebanyakan orang kata ini cuma "spoof" tapi aku tak kisah. Nak tengok jugak. Aku percaya mesti ramai berduyun-duyun ke panggung wayang kalau betul ada.
Harap-harap betul semua ni.
Ps:// Kalau takda orang nak teman aku tengok filem ni. Aku rela sorang-sorang. Cehh

---

penemuan yang menakjubkan

FAKTA BENAR

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.


4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca koleksi terbaik ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. ehehehehhehehehehe eh…..Sentuh la telinga korang dgn siku sampai ia kena…….Tak normal la korang maknanya