Sabtu, Julai 30, 2011

Rokes Power





SELAMAT PENGANTIN BARU Fairuz&Yatie
Tak sangka kazen aku yang pernah ajar aku shuffle ni dah kawin.
EVERYDAII IM SHUFFELING.

Canggih gak kamera kompak aku ni, gaya gambo dah ada gaya dslr ye dak?
Bergerigi-rigi mu pun, canggih gak hasilnya.
Ok poyo.

Lelaki Kedua-Ku


Dalam banyak-banyak lelaki dan perempuan terdekatku, Aku tak pernah post pasal mamat ni.

Mamat tinggi lampai, berbulu kaki kerinting. Hidungnya agak besar.
Walaupun hidung agak besar, riba mak selalu menjadi tumpuan.
Memanggil mak dengan panggilan "Anje" kadang menggelikan bulu kaki aku yang tidak kerinting.

Inilah Lelaki Kedua dalam hidup aku. Satu-satunya adik lelaki aku yang kuat dan gagah.
*Yeke

Oh lupa, dia baru berusia 17 tahun, buat rakan-rakanku jangan nak menggatal jadi kougar.
Kbai!

Pra-Ramadhan


Makan,makan,makan,makan,makan,makan,makan.

Okay, pandangan mata aku agak kurang ajar bila aku pandang kurma tu macam lipas.
Memang kurang ajar.

Tapi kurma tetap fav sampai mati.

YUSUF TAIYOOB, baca: secara berbisik.

Isnin, Julai 25, 2011

Penipuan.

Aaa aa a aku ditipu.

Niat aku yang baik disalahgunakan oleh pihak yang mata duitan.
Janji mahu tolong bangsa sendiri padahal menyusahkan.

Keluarkan segala nas-nas yang buat aku jatuh, melingkupkan diri sendiri.

"Pengaruh minda ni kuat, sekali kau jatuh memang menyesal tak sudah."
"ARGHHH"


Jumaat, Julai 22, 2011

Melawat Kawasan

Aku sebenarnya memang malas nak fikir-fikir pasal benda ni.
Tapi-tapi aku tidur sorang-sorang dalam bilik rasa tak sedap pulak. Memandangkan budak bilik aku pun dah pindah.
Oh sempat pulak dia reveal apa yang dia rasa dalam bilik tu, nampak kepul asap hitam la.
Aih, mintak simpang.

Yang aku tak tahan time baca yassin,
mulalah peperangan kami dengan "dia"
main-main tolak kerusi, bukak paip.. haih!
Paling tak tahan siap main guli kat atas siling.

Maka, melawatlah kami serumah ke rumah atas bertanyakan sekiranya memang hobi orang atas ni main guli.
Sembang punya sembang takda pulak dorang ni jenis suka tolak-tolak perabot, main lantun-lantun guli.
Paling sedih, rumah tingkat 2 aku ni line telefon memang selalu terjejas walaupun bar penuh. Rumah lain ok pulak.

Okay, okay kena tough.
Kita manusia diciptakan lebih baik daripada "dia".

Insya-allah.

Khamis, Julai 21, 2011

Pssst Psssst

Kat rumah baru faham-faham la ada "family" lain yang menumpang.
Rasa-rasa "family" lalu lalang, lagi hardcore bila nak sembahyang je rasa ada "family" yang duk memandang dari belakang.

Moga ini cuma mainan perasaan.
Dan apa yang kami dengar dan nampak dalam rumah ini akan hilang.

Haa, kalau boleh janganlah main kejut-kejut dengan kami ni.
Okay bai!

Rabu, Julai 20, 2011

Suasana Baru

Derrr, derrrrrrr.
Aku sekarang ni kat tempat baru. Tengah belajar benda baru, kawan-kawan pun baru.
Semua nak baru.

Tengah homesick ni weh.