Selasa, Jun 15, 2010

Pusing siri dua

Aku masih lagi pusing.
Tak habis-habis pusing.
Di mana nak menyiapkan penyelidikan yang cikgu bagi, di mana nak menghabiskan nota-nota ekonomi,
di mana-mana lagi.

Bulan demi bulan berlalu,
bulan tiga, empat, lima
dan enam aku jahanamkan.
Konon lah,
mahu belajar kuat-kuat
mahu masuk degree
mahu belajar apa yang diingini
tapi macamnilah,
aku duduk termenung,
hadap tv,
makan maggi,
internet,
bazir api.

Kalau pandang belakang,
kau boleh nampak aku berdiri paling jauh
duduk hujung-hujung
konon emo
lari daripada kawan-kawan
tak mahu masuk campur
depa pandai
aku bodoh

Habis cuti ni,
aku dah sedia nak kena maki hamun
malukanlah aku
memang itu yang aku mahu
dah lama tunggu.

3 ulasan:

fadh_q © berkata...

normal lah tu. nama pun student. dah masuk u nanti lagi besar cabaran doo..sabor jelaa

Dyra J. berkata...

Wannh, aku pasti kau boleh. Sikit je lagi. Teruskan perjuangan! Tak apa nak main-main, tapi jangan sampai lupa. Ingat, ini peluang kedua. Jangan biar sampai jadi sia-sia. Good luck!

wannh ardan berkata...

Ahah. terima kasih kamu berdua.
yelah. kadang down juga.
haishh. takut itu perlu untuk maju ;p