Selasa, Ogos 10, 2010

Nawaitu.

Rasa sekejap betul dah jumpa puasa balik. Aku rasa baru tahun lepas aku ponteng bawak jag air masuk bilik, teguk air semayang, curi-curi rasa kuih mak aku, tidur lama-lama, terkurik telinga dan macam-macam lagi agenda nakal. Tak terkira.

Walaupun esok puasa, bahang raya aku dah rasa. Tapi tu biar dulu. Jangan dok fikir, nanti semua kerja tak berjalan. Aku ada banyak lagi misi yang tak tertunai. Memandangkan Stpm dah dekat, kenalah aku kerja keras. Tinggal-tinggalkan apa yang patut. Betul-betulkan yang tak terbetul.

Bulan puasa ni jugak aku tolong kawan meniaga. Jadi minah popia lah nanti.

Tiada ulasan: