Isnin, Disember 06, 2010

Gradoasee



Selamat Tahun Baru! Baru je hari tu plan konon nak senaraikan apa yang nak dibuat tahun 2011 nanti. Tapi aku boleh lupa yang tak perlu tunggu tahun 2011 pun tahun baru islam kita dah ada. Apa punya orang daa.

Oyeahh, tinggal lagi 1 paper nak habis STPM. Aku pun tak nak cakap banyak pasal paper yang dah lepas. Lepasni cuma tinggal paper Bahasa Malaysia 1.

---------------

Ada usha-usha kerja kosong secret recipe, dapat tapi jauh pulak.
Tadi orang call panggil kerja sebagai kerani kat kedai motor. Erkk, bukan apa aku tak kisah kedai motor ke apa. Tapi aku ni jenis tak boleh duduk diam. Memang sah membatu lah aku kalau jadi kerani, bosan.
Sekarang pun tengah tunggu Subway panggil interview.
Nak jugak try usha kedai gambar, tapi ada ke orang nak ambik. Tengok tauke cina amik anak-beranak dorang je.

Aku sebenarnya rasa ganjil pulak menulis kat sini. haha
Siot punya lama tak menulis. Penulisan aku pun agak "serius" disebabkan keseriusan menulis esei masa exam. Mana pergi penulisan aku yang konon-konon radikal tu weh!

Sekarang ni pun dah tak banyak publish -sajak poyo konon puisi- aku kat blog lagi satu tu. Aku lebih suka menulis dalam buku. Lagi deep.

Esok balik pahang! Cuti seminggu kat rumah sana dan aku akan offline.
Habis exam baru boleh sharp blog ni.

Selamat Menyambut Tahun Baru 1432 Hijrah! Moga kita semua dapat menghijrahkan diri kepada perilaku yang lebih baik.
Ampun dan maaf dipinta!
Jazakallahu Khairan.

1 ulasan:

Sesumpah berkata...

goodluck weh. wah pasni boleh ah jual buku. kehkeh.

btw, kau pegi bp hb nti habaq mai kat aku (: