Jumaat, Oktober 28, 2011

Rindu Salmah

Sekarang jam 2. Aku nak menulis dalam masa 15 minit tanpa edit.
Okay. Mari mulakan!

okay, 2.03 minit.
okay aku tak tahu mende aku nak menulis walaupun aku rasa nak menulis. Dan aku tengah menulis apa yang dalam kepala ni tertulis.
okay.

Okay, 2.06 minit.
Baru aku perasan title Rindu Salmah. Siapa Salmah? Kenapa dengan Salmah? Apa jadi dengan Salmah? Salmah dah kahwin ke belum? Apa kena mengena aku dengan Salmah?

Salmah. 28 tahun, mungkin. Sudah berkahwin anak satu. Salmah kawan aku masa sama-sama kerja kilang dulu. Dulu tu sebenarnya tak lama, baru april lepas.
Salmah, kali pertama aku jumpa dia aku dah cam dia mamak. Kedua aku cam dia dah kahwin sebab keadaan punggung dia luar biasa. Tapi pengecaman aku hampa sebab masa mula-mula dia tegur aku, dia gelar aku "kak". Gelaran "kak" bagi gadis bergetah yang berusia 20 tahun manakan dapat diterima oleh aku. Sejak daripada itu aku terus banned Salmah sebab benda remeh ni.
Salmah oh Salmah.
Tapi betul kata orang tak kenal maka tak cinta, ......

-------------

Okay dah 2.15. Sambung esok. Nak tidur awal sebab takut kena insomnia.

Tiada ulasan: