Jumaat, Februari 17, 2012

Ini bukan bicara sulit.

Dalam kalut memang selalu tak sedar.
Aku orangnya jenis kalut, dan sekarang ini makin blur ragamnya.

Kadang mulut lancang tak sedar. Kadang ketawakan orang tak sedar. Kadang juga tuju orang tak sedar.
Punya kawan-kawan adalah sebuah rasa yang indah. Kita rasa dipunyai, kita rasa dihargai. Bahagia. Rasa sedih, suka, yang bisa dikongsikan terus.

Maaf, sebenarnya ini kali pertama aku menghadapi konflik sebegini. Kenapa aku katakan ini sebuah konflik?
Dasar pabila terlalu suka dan hingar bingar diri ini sukar dikawal. Percakapan tidak dijaga sehingga tidak sedar sudah melukakan hati seorang kawan. Panggilan yang aku anggap gurauan sebenarnya telah menghiriskan hati. Sungguh, aku langsung tidak sedar. Aku terlalu hingar, aku juga lupa bahawa bukan semua orang boleh diperlakukan sebegitu. Mungkin keterbiasaan terhadap kawan-kawan lain buat aku lupa setiap kawan perilakunya berbeza.

Bagaimana aku nak tahu kau terhiris hati sehingga kau sendiri menegurku. Aku harapkan seorang kawan itu bisa menegur jika aku silap. Maki, pukul aku terus, aku tidak kisah kerana aku tahu aku salah. Aku boleh sedia malu dengan silap itu. Aku boleh minta maaf. Aku boleh tunduk salah.

Tapi hati ini runtuh melihat kenyataan kau seperti meludahi aku. Biar kau tak nyatakan nama aku, tapi tetap pernyataan itu "kawan". Ah, mungkin juga aku silap. Aku bukan "kawanmu" seperti yang kau nyatakan. Aku terbawa-bawa.

Jika betul aku "kawan" yang dimaksudkan,
aku benar-benar minta maaf.

Tiada ulasan: