Isnin, Januari 27, 2014

Defuk

Maghrib, 2014. Masih mencarut walaupun dah azam taknak "pfffttt!" masa maal hijrah dan new year haritu. Tak lekang lah bila aku tengah panas. Tapi mencarut sorang jelah. 2014, kira dah lama aku tak post apa-apa pun kat sini sebab memang dah berniat aku nak tutup blog ni dan nak biar sarang sampai bila-bila. Sarang yang tak kesampaian. Biarlah, aku menulis sebab aku nak meluah rasa yang sulit tapi kena luahkan supaya hilang sikit kesulitan tu.

Pertama: Sulit yang pertama ni pasal kelas untuk semester terakhir ni. Pada awalnya kelas isnin sampai rabu. Tapi disebabkan ada agenda orang lain kelas rabu petang ditukar ke khamis petang. Perancangan awal aku nak like-a-boss kat rumah tak menjadi. Bermaksud aku kena bertapa dekat Kampung Batang Berjuntai ni sampai jumaat. Dah konfem kelas petang khamis aku tak sempat balik! Ahh, memang selfish sikit. Tapi aku taknak!

Kedua: Dapat supervisor untuk project paper yang aku sebenarnya tak nak. Sebab apa tu biarlah. 

Ketiga: Apasal PTPTN tak masuk lagi! Ko bayangkan ko dah masuk belajar 2 bulan lebih baru ko dapat PT. Aku miskin!

Tiada ulasan: