Rabu, November 19, 2008

ohh tikuss sayanggg

terindu pula pada si bekas hamster aku nih. Dua ekor,satu aku punya dan satu adik aku punya. memang comel kau! tapi boleh plak bapak aku kata benda ni keturunan babi.ahaha..(ayah aku tak suka benda ni) Sedihh,sekarang dia sudahh tiada dan entahh kemana :(( Mula-mula aku pegang dia aku pelik kenapa ada makanan yang kecil keluar dari mulut dia,dahlah panas! Rupa-rupanya tu taik dia lahh doll!kahkahkah. Dahlah aku siap pegang pastu letak dalam bekas dia balik.eiiii Kena jugak aku masa pegang dia ada air panas mengalir di tanganku! ohh kekencingan jugak menatang ni lagi! Aku siap beli rumah dan roda untuk bagi dia praktis jadi aktif. Wah memang semangat aku. Dalam 2 hari pastu,aku tengok dia dah ada muscle wehh. Teerrer gila. :)) Ada satu hari aku takda keje dan tengah gila aku pergi mandikan dia. Siram banyak-banyak,syampu! tiba-tiba si hamster ni menggigil-gigil. OMG,aku lupa dia mana boleh mandi lahh,terbersin-bersin si hamster ni.

Maka,aku namakan dia HAKIMO. hakim maksudnya bijaksana dan aku tambah O untuk menyedapkannya lagi. Poyo giler,nama pun nak bermakna,siap macam jepun lagi.hahaha

konklusi,aku sedar betapa pengotornya si menatang ni. Walaupun kau comel,tapi lubang hidungmu tetap buruk. :)) Aku mengambil keputusan untuk menjualkannya kembali kepada apek comel tu balik memandangkan aku alah dan salah membeli jenis menatang.


macam babi ka?haha,ahh,pengotor kau!

1 ulasan:

SUARA GENERASI MUDA berkata...

ooo nk gbr yer...lupa lak nk upload..nanti ah cikgu masukkan gbr..
mcm mna exam? ok? buat yg terbaik yer..