Rabu, Januari 26, 2011

Klasik

Aku heran betul macam mana kawan aku si Aniss ni boleh update banyak kali dalam sehari. Dahlah entri panjang-panjang, betul-betul geliga budak ni!

Disebabkan aku rasa kalau selalu update tu adalah salah satu ciri orang geliga, maka aku pun ingin turut serta.
----

Geliga-geliga aku hampa juga rancangannya. Aku yang tengah bosan dan seorang gian menulis memerlukan ide juga.

Maka kembali pada Tahun 2007/2008 tak silap. Zaman aku masih bergigi jarang, ambil gambar tutup mulut rapat-rapat. Tak sedar gigi jarang pun masih nak gelak kuat-kuat. Kalau minum air, nak kenakan kawan aku boleh pakai pancut guna celahan gigi aku ni. Konfiden tinggi gamaknya. Badan takda bentuk badan, tak solid macam Anith Aqilah yang menjadi tarikan ramai masa tu.

Macam biasa, hari-hari yang malas aku di sekolah diteruskan seperti biasa. Pergi naik bus rapid, agak-agak malas tak pergi sekolah. Apahal! Form 4 kan zaman bulan madu.
Kalau ada koko aku buat macam takda koko. Rajin je stayback tapi bukan pergi meeting kelab/persatuan semua tu. Aku pergi library. Library bai! Aku stok baik-baik, tapi malang aku pergi library bukan buat homework ke apa. Aku bukak kamus dewan, aku bukak majalah nasinel geografik, rajin sikit Dewan Masyarakat. Sebab tu markah koko aku E bai! EEEEEEEEEEEEEE.

Jauh menyimpang,
sekolah aku ni dulu kalau budak-budak melayu jenis Melayu betul banyak. Yang Melayu urban pun banyak jugak. Real Melayu dan ada adab-adab berbudaya, sopan santun, akan join Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Kebudayaan, dan lebih real Persatuan Agama Islam (Wajib). Kalau melayu urban ni lain sikit, kelab pom pom. Kelab Cheerleaders (Pom pom nama melayu) ni memang hot kat sekolah. Apa tak hot, nak join mesti cantik, seksi, konfidennya, dan ofkos budak-budaknya agak berada dan begitu "ROXY" sekali.
Jurang antara real melayu dan urban ni begitu ketara. Banyak tak sebulu, begitu diskriminasi. Taraf tak sama beb, gua "shoei" depa "roxy".

Sampai satu tahap Persatuan Bahasa Melayu yang dipimpin oleh kawanku agak jatuh. Budak-budak dah tak ramai join. Semua nak urban. Jiwa melayu tak kental termasuk aku!
Aku kental memerang jenayah sampai join Kelab Pencegah Jenayah! Brutal ni!
Aku pun agak kesian tengok perubahan sampai macam tu sekali lagi-lagi sebab dah takda ahli nak join dikir barat. Ingat dikir barat ni sangat Kelantan ke? Ya! Aku pun fikir macam tu sebab dah diracun oleh keurbanan!
Maka dengan rasa bertanggungjawab sebagai kawan dan anak melayu, aku join. Tak lupa, habis satu geng aku ajak join sekali. Semangat kekitaan katakan.


Setiap minggu ada prektis, prektis sampai lebam. Aku dapat position pemain rebana ibu. Ibu segala bunyi, dan Ain yang masa tu kurus dan kecik sebagai pemain gong.
Rebana anak rebana ibu macam nak hancur, sekolah tak bagi dana nak beli baru tuu. Yelah, "roxy" first.
Kesungguhan kitorang semua berdikir-dikir ni agak tidak menjadi. Sebab yang berdikir ni kena sempoi dan lantang, kena pada gayanya. Tak boleh cover ayu.

Ayu tak ayu tu lain cerita, aku kagum dengan semangat budak-budak ni semua datang berlatih walaupun dari awal dah tahu kemungkinan untuk menang tu tipis.
Masa pertandingan, suara semua masa berdikir tu kecik je. Macam terjerit-jerit pun ada.
Aku pun masa tu apa kurangnya, selalu sangat naik syeikh main rebana tu. Sukma, kawan aku si tukang karut merangkap pengerusi pun dah lupa malu dan lupa lirik. Bantai je jang. Abang-abang otai pun mula bersorak sebab seronok tengok adik-adik manis berdikir. Juri geleng kepala.

Gaya Kouuul (Ikut bentuk mulut)

Kenangan-kenangan macam ni selalu sangat buat aku tersengih. Sengih sorang-sorangla musim menganggur ni.

Buat kawan-kawan yang jauh tu, pulanglah. Belanjalah kawanmu yang pokai ini makan.

3 ulasan:

Sesumpah berkata...

gambar last. style. menganggur mmg begini. hha

tan berkata...

hahaha ROXY??
anith aqilah?? adoii
kawan ku kamu sungguh berbakat!
pom-pom

wannh ardan berkata...

@sesumpah: gambar sengaja menjadi hiasan. haha

@tan : Dulu ramai suka pakai roxy kan. Anith Aqilah tu saja je letak. haha. Memang solid pun kan.