Jumaat, Ogos 19, 2011

Kantung selesa

Sekarang aku dalam proses mencuba untuk menjadi selesa. Sebenarnya aku kaget dengan perhubungan yang pada awalnya terlalu selesa. Semua benda kau rasa cool je, kau rasa si polan tu ngam, si polan tu klik kita, "kita geng aaa".

Entah,
bagi aku perhubungan punya tahap, bukan terus melulu rasa selesa. Dan aku benci bila rasa selesa tu merudum disebabkan kau sudah tahu si polan tu punya keburukan dan kau tidak suka.

Aku memang perlahan dalam berkawan. Kau mungkin nampak aku diam, pasif mula-mula. Sebab aku perlukan masa untuk selesa.

1 ulasan:

shanty xoxox berkata...

kerana itu kau perlu mencari yang lain..hahaha