Selasa, Jun 05, 2012

Pabila pendidikan dipolitikkan




Ye, aku pelajar Universiti Selangor dan aku macam "eh kepala otak apa beku ptptn ni"

Aku tolak kefahaman aku tentang politik baik daripada segi kerajaan ataupun pembangkang. Sebagai pelajar, apa yang aku baca ini sangat mengecewakan. Mana tidaknya, di universiti ini jugaklah tempat aku menuntut, dan tempat aku rasa kering duit.

Berbalik kepada isu, PTPTN kepada pelajar baru Unisel dibekukan. Kemungkinan beku untuk sementara, kemungkinan selama-lamanya dan kemungkinan banyak benda yang terlalu musykil yang tidak dapat diungkapkan. Pasti ada sebab dan musabab kenapa berlaku perkara seperti ini terhadap universiti kerajaan negeri.

Kenapa? Kita takkan tahu. Kita orang bawah cuma boleh dengar dan telan. Kuasa di tangan pemerintah dan siapa kita untuk membantah. Situasi kini, hak bersuara pun mudah sangat disanggah.

Kau rasa apa kami rasa?

Aku pelajar turut peminjam PTPTN. Nak masuk universiti ni payah buat orang macam aku sebab duit segala-galanya. Aku bukan pelajar tajaan, dan keluarga aku tidak mampu untuk menyara perbelanjaan aku di Universiti. Kerana punya rasa semangat ingin terus belajar berkobar-kobar, aku gagahkan juga walaupun terpakasa meminjam daripada PTPTN. Sebelum lulusnya PTPTN ni, jiwa gelisah bagai. Macam-macam persoalan dalam kepala, kalau itu kalau ini jika pinjaman tidak diluluskan.

Bagi situasi adik-adik junior pengambilan baru ini, aku yakin mereka yang datang daripada keluarga susah pasti payah untuk menerima kenyataan ini. Hilang punca, gelisah menunggu akhir kata. Masakan tidak, mereka masuk ke universiti ini dengan harapan bantuan pinjaman dapat diberikan. Sekurang-kurangnya hilan beban di bahu keluarga. Pembekuan ini aku yakin akan memberi kesan terhadap kemasukan pelajar akan datang. Pelajar baru yang terdera, resah menunggu punca.

Persoalan di sini, siapa yang hendak belajar di universiti yang tiada lagi jaminan daripada pihak atasan? Bagi kes ini ialah jaminan daripada segi sumber pinjaman kewangan.

Ah, aku rasa pendidikan sudah di politikkan.

#Banyak sangat cerita di sebalik cerita. Sikit je aku nak luah, bizi buat asaimen. Sekarang bolehlah belajar tenang sebab pinjaman memang dah lulus, yang "beku" tu? Teruskan berjuang! Cari sumber lain tapi jangan lari universiti lain. Kesian adik-adik junior makin kurang. Tak meriah warung. Ehh.

Tiada ulasan: