Jumaat, Jun 22, 2012

Auto Pilot

Seluruh tubuh ini terbang
begitu ringan melayang
terapung
di kolam zero graviti

Di kolam zero graviti
tubuh terumbang-ambing
tiada pandu arah
dan hanya menurut rentak
yang bersifat
kiraan denyut jantung
tubuhku melayang

Tubuh-tubuh saling berselisih
seperti alur trafik
terapung dan berbaris
tiba satu detik
rentak tubuhku
mencanak
deras
melayang aku pantas
berselisih dengan sosok tubuh kau
dan ya kita sedang berselisihan
tapi ianya terlalu pantas
untuk aku toleh dan oleskan senyuman

Di kolam zero graviti ini
kitarannya berulang
dan pada setiap kalinya tubuh kita berselisihan
kiraan denyut jantung ini terlalu deras
lalu mana mungkin kita akan berhubungan

Tiada ulasan: