Khamis, Julai 12, 2012

Kamar mandi efisien

hari-hari ke tandas
tandas sinonimnya kotoran
tempat syaitan
tempat taik
tempat buang, basuh, cuci dan pelbagai.

tapi
tandas tempat bermulanya aku mendapat buah fikiran
tempat aku berfikir tentang hari esok
tentang semalam yang bermacam ragam
saat pancur air menurun
sejuk yang mengalir itu menyegarkan
aku seperti diberi pencerahan
yang tidak selalu difikirkan
difikir-fikir

senyum
yang difikir-fikir itu kelihatan bernas
tapi masih tetapi
saat bermulanya langkah keluar daripada tandas
segala yang difikirkan itu hilang
dibasuh entah dengan apa

SETAN!

4 ulasan:

Felly Sophia berkata...

Tandas juga tempat strategik untuk buat keputusan.

si ngokngek berkata...

tandas tempat segala toksik keluar,banyak virus tp kat situ selalunya tempat aku dapat ilham nak menaip..haha

wannh berkata...

oh itu jugak!

wannh berkata...

Shit gila punya tempat tapi kasi ide paling shit deep siot! Hahaha