Sabtu, Disember 26, 2009

sepandai-pandai adik melompat, akhirnya ke tangan polis juga

Ini kes kecurian telefon bimbit. Kesnya berlaku macam ni, adik aku yang sengal pergi ke cc untuk main game (padahal rumah ada internet). Alasan dia, sebab nak main game online. Tah lantak kaulah. Masa tu pulak ada entah mana budak minta phone nak bluetooth lagu lah kan. Diaorang ni manada rapat, setakat kenal kat sekolah gitu-gitu aja(kebetulan kat situ ada) Apalagi, adik aku yang baik hati ni pun bagilah. Dah beberapa minit, adik aku pun minta phone. Boleh pulak dia kata phone dah hilang. Amboi, padahal baru sekejap dalam tangan. Maka, mengamuklah adik aku ni. Pertikai tu,pertikai ni. Apalagi gaduh mulut lah, dan atas dasar tak percaya adik aku cek kat seluruh badan dia manatau dia sorok. Tapi tak jumpa,buat rugi je seluk celah spenda busuk budak tu.

Pendek cerita, dorang datang rumah aku konon nak bagitaulah dorang tak bersalah ambil phone tuu. Bapak aku kasi 30 minit je, bagitahu hal sebenar sebelum gi repot polis(acah). Memang syak dorang curi,pakat lagi tu. Sebelum ni pun banyak kes dorang ni buat. Last, dorang bla macam tu. Tup tup masa bapak aku turun terserempak dengan dorang. Bapak aku tanya balik elok-elok ada ambil tak, tapi biasala budak tak nak mengaku. Bapak aku gertak lagi, suruh mengaku. Akhirnya mengaku juga lah bebudak ni. Yelah, dorang takut sebab bapak aku kata yang dia bekas polis. Rupanya memang betul dorang main pas pas. Boleh lah pulak sorok phone tu dalam peti surat. Akhirnya dapat jugak phone tu balik. Beriaria minta maaf. Tapi maaflah dik bapak aku terpaksa hanta kamu si gemuk,si kecik,dan si hitam ke balai. Dah kecut perut mereka ni. Bapak aku siap saiko nak hantar dorang pergi penjara juvana. Haha. Dahlah, sebenarnya banyak kena taip kalau nak cerita pasal ni. Tapi aku tengah malas, mulut tadi pun dah penat beria cerita dengan kawan. Jadi biarlah aku tulis cerita ni tak seberapa. Takda mood pun.
Akhir kata mai kita saksikan wajah-wajah mereka;

perkenalkan dari kiri, si kecik,si hitam dan si gemuk. Dorang diarahkan ikut bapak aku masuk kereta pastu pergi balai. Cuba tengok muka si kecik tu, kesian kan. Sedih je, mungkin tengah lapar masa tu. Yang si hitam pulak, amboi nak nangis. Pandangan dia ikhlas menunjukkan dia bersalah. haha. Yang si gemuk pulak tak nampak muka. Fikirkan apalah akan berlaku di masa depan agaknya.


Si hitam sedang terkebil-kebil berdiri menunggu giliran untuk disoal siasat


Si kecik sedang digertak, mukanya nampak terkejut dan hampir menangis. Pakai boxer je dia. Nasib tak terkencing dik.hehe

Ini sajalah yang dapat aku cerita, yang pasti bapak aku tak buat repot lah. Saja hantar balai biar polis kasi kaunseling(lagipun balai dekat tersangat). Mereka ni pun minta maaf dengan bapak aku. Si kecik dah nangis taubat. Janji takmau buat lagi. Betul ke si kecik ni? Janji dengan kakak ya!

Konklusi,cehh. Adik aku ni pun satu pergi tempat camtu kan. Tak patut. Habis kena basuh dengan mak aku. Sama-sama salah pun. Lupa pulak, balik je balai bapak aku gelak terbahak-bahak pasal dorang ni. Memang bapak aku buat lawak la. Nasib bang polis kawan bapak aku. hmm. Dah la, tu jee. Aku pun dah biol ni menulis. Tah pape dah aku melalut. Abaikan lah kesalahan ejaan ke,apa ke. ;p

*si kecik-ting 1, si hitam-ting 4, si gemuk-ting 3
*ini tujuan pengajaran kepada adik-adik yang lain.

2 ulasan:

TTA berkata...

hehehehe
lawak2
cian si kecik tu weiii
by the way boxer dia agak menawan ya...

wannh berkata...

hahaha. yelah. kecut perut dorang! baru tau.