Ahad, Julai 11, 2010

Aku gred B17.

Nampaknya aku telah dijemput untuk menjawab peperiksaan selain STPM hujung tahun ni. Baru tadi cek surat. Sumpah gembira, apa yang aku mintak dapat walaupun aku pakai hentam je mohon.
PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AHLI FOTOGRAFI GRED B17 bawah RTM. Wah, gaji b17 memanglah layak dengan SPM aku je.
Kalau aku tak sekolah memang aku dah grab job ni. Tapi nak grab pun mana nak cakau DSLR. Syarat wajib kena ada DSLR.
Mampuih ah.

Sebenarnya ni baru exam amali je. Belum konfom lagi. Saja nak buat gempak.
Lagi gempak esok patutnya kena hantar aseimen pasal pemanasan global. Aku haprak tak edit, print apa lagi. Mampuih ah buat kerja kelam kabut.

3 ulasan:

Najwa Amirah berkata...

wowowohh gila la weh aku mintak SPA pun susah dapat T_T

wannh ardan berkata...

tulah. syukur dapat. tapi tak pergi pun. sekolah lagi ni.

ekin kacak is not punk rockers berkata...

eh ekin pun dpt. tp. dslr mne nak cr ;(