Rabu, Julai 14, 2010

Perut terer!

Aku pasti dalam 2 minggu lagi perubahan kat badan aku bakal ketara. Tadi pun member dah tegur masa pakai helmet
"pipi kau makin tembam"
Mana tidaknya,waktu rehat di kantin sekolah;
burger ayam
takpun kueytiow laksa
takpun jajan
langsung tak sihat.

Balik konon nak relis tensen, pergi Brem Mall tengok wayang. Padahal takdalah belajar sampai stress pun.

Lagi power, sekarang ni aku dah pandai makan "rojak"
makanan dari kedai india aku bantai
makan indon aku bantai,
tadi pun baru lepas makan roti canai kat warung myanmar mana tah. Kawan aku cadangkan. Tapi kari,dal,sambal dia sumpah sedap. Memang 1 Malaysia.

2 gelas teh ais, 1 roti telur, 2 roti biasa.
Slurrrrrperb!

Tiada ulasan: