Sabtu, Oktober 09, 2010

Dasar Lembap

Tadi dalam tren gua tak bagi nyonya ni duduk. Bukan sebab apa, gua sendiri pun pening. Gua banyak kali fikir samada mahu korbankan kepeningan gua demi kebajikan orang lain.
Dalam serba salah, gua pura-pura pejam mata sambil kerut-kerut dahi.

Lagi pening gua memikirkan nak bagi nyonya ni duduk ke tak.
Lama jugak gua fikir sampai stesen terakhir tiba.
Nyonya tu pun turut turun sama dengan gua.
Rasa bersalah makin menyerlah.

Tiba-tiba dia cakap dengan gua
"Baik aa budak itu tolong angkat beg saya" sambil tunjuk budak lelaki kat depan aku dengan tersenyum.

Gua dalam serba salah cuma mampu berbalas senyum.
Gua juga pasti dalam percakapannya memang takda unsur perli.

--------------


Aku sebenarnya terpaksa pentingkan diri sendiri walaupun itu cuma satu alasan dan setiap perkara sememangnya perlukan pengorbanan.
Ahh, Dasar lembap.

1 ulasan:

lin berkata...

hak diri sendiri ttp ada.