Ahad, Oktober 17, 2010

Pejam Celik Van Ajib Gagah

36 hari lagi gua nak bertempur.
Style gua bukan "pejam celik pejam celik" tapi
"pejam pejam pejam pejam pejam pejam celik".
Baru sekarang agak sedar daripada selama ni yang memang tak sedar.
Asal pegang pen terberangan, berangan je sambil pegang pen. Memang hidup gua penuh dengan angan-angan betullah!

-----
Semalam gua dan rakan-rakan berkonvoi ke Rawang, nak ke kenduri doa selamat cikgu naik Haji.

Perjalanan gua memang sempoi sebab dapat naik van gagah Ajib.
Van Ajib gagah.
Walaupun ketar dan bergetar gua tetap dapat feel "rock" van Ajib.
Kencang, dan hebat! Tekanan breknya memang buat gua head-banging!
Van Ajib jugak tak macam van lain yang ada radio dan speaker kuat boleh "dung dang dung dang",
van Ajib lain
sebab van ajib langsung tak boleh pasang radio.
Ajib cuma bawak radio berbateri dari rumah.
Van Ajib memang gagah.


Dalam van Ajib gagah memang riuh sampai tak ingat dunia.
Sambil tu teringat kata orang tua
"Nak berjalan jauh jangan seronok sangat".
Nak pergi tu punyalah riuh menyanyi lagu Maher Zain
Barakallah lah, Insya-allah lah dengan syahdunya.
Lain cerita masa balik. Semua dah penat radio terdiam macam tu ja.
Barakallah lah, Insya-allah lah semua dah takda. Yang tetiba ada cuma lagu Mizz Nina.
Sedang bait lirik kat
"sexey my name yea sexey my name"
van Ajib roboh.
Gua dan rakan-rakan panik. Bau hangit dah menusuk, pintu van Ajib pulah pulak rosak.
Ahh van Ajib gagah!

Rupanya entah apa(pemegang tayar belah kanan) patah!
Semuanya mungkin sebab panahan Mizz Nina, takpun sebab lupakan Maher Zain?
Ahh betullah kata orang tua "Nak berjalan jauh jangan seronok sangat"

Dah.

Walau apa berlaku
bagi gua
Van Ajib tetap gagah!
Segagah tuannya.

Dalam kenangan.

3 ulasan:

momochan berkata...

HAHA nice la citer hehe

tan berkata...

weiii ni semua macam kenal!!!
van wv sape??

wannh ardan berkata...

van najib ni, budak kelas. bukan vw, van gi pasar je ni!