Rabu, Januari 30, 2013

Fokus lari-lari

Selamat bermaustautin di hostel rumah teres dua tingkat di Batang Berjuntai. Aku masih jarang bercakap dengan budak rumah kecuali budak bilik aku dan kawan sekelas aku yang nun duduk kat bilik bawah. Kami cuma bertegur sekadar "makan", "kelas pukul berapa" dan sewaktu yang lebih kurang dengannya.

Paling jahanam dekat sini sebab internet takda. Ini online pun atas belas ihsan broadband kawan dan aku dapat rasakan hidup aku makin gloomy kerana tidak dapat berhibur dengan dunia maya. Kata ko.

Malas. Saat aku menaip ini sepatutnya aku kena siapkan asaimen yang kena hantar esok paginya. Mata makin kabur kerana efek ubat, jari lambat mengatur-ngatur mencari kekunci. Aku malas dan aku tak tahu macam mana aku nak hadap esok.

Tapi aku selalu dan suka kata;

"Esok yang tak pasti, tempuh macam biasa. Macam tak biasa."


Tiada ulasan: