Selasa, Januari 01, 2013

Trivia 2013

1434 // 2013

***

Permulaan 2013 agak kabut. Sekarang ni aku tengah cuti sem dan dalam 14hb Jan masuk sem baru. Tengah  sedap aku bercuti dapat pulak berita yang hostel Unisel akan ditutup bagi kemasukan sem Januari 2013 dan perkara ini memang buat aku mencarut habis-habisan. Dari sem lepas lagi isu hostel tak habis-habis dan isu kali ini makin menjadi hebohan sebab sudah melibatkan perpindahan pelajar. Mengikut kefahaman aku, semua pelajar Unisel Bestari Jaya akan dipindahkan ke tempat pemindahan sementara yang sememangnya tak tahu lagi bagaimana keadaannya. Semestinya di luar kampus dan berjauhan dari kemudahan yang menyelesakan. 

Antara isu berbangkit daripada persoalan dalam kepala aku;

1. Pengangkutan 
2. Fasiliti 
3. Keselamatan
4. Keselesaan
5. Aktiviti

Persoalan demi persoalan yang aku bangkitkan tapi jawapannya cuma ada pada pihak pengurusan. Apa yang aku harap cuma pihak yang terbabit betul-betul faham dengan keadaan pelajar dan memberikan perkhidmatan dan kerjasama yang betul-betul baik.

Perancangan awal aku;

1. Dapat duduk serumah dengan hosmet aku yang lama terutamanya kawan sekelas. Sebab utama : kami berkongsi pengangkutan iatu kereta. Senang sekali harung ke kelas, nak buat asaimen bagai. 

2. Dapat rumah teres sebab isu keselamatan aset (kereta). Alasan: Senang jenguk dan terlindung daripada ancaman luar rumah. 

Yang lain aku tak fikir. Ini aja sebab ini yang paling penting. 

Permulaan 2013 gua memang haruuuuuu beb. 

Tiada ulasan: