Jumaat, Januari 01, 2010

entri poyo tahun baru

1 januari 2010, permulaan hidup baru lah konon.
Seperti biasa azam yang diharapkan sekadar bau-bau bacang je. Masih tahi-tahi ayam.
Tapi berbunga jugak hati sebab tetiba je rajin mengemas meja belajar yang memang sejak azali selalu serabut. Kertas entah apa-apa. Kadang tak perasan tisu hingus pun boleh terselit, nasib sudah kering. Euwwwww!

Terhasil jugaklahkan azam nak rajin kan. Katil pun dah berbalut cadar. Aku sapu bawah katil, lap meja, buang sampah, semalam pun aku dah pandai masak nasi goreng kampung tau. Habis sefamili puji. Sedaplah katakan. Terima kasihlah kepada maggi perencah nasi goreng kampung dan perencah cukuuup rasa.haha
Lagi, semalam jugak aku potong rambut yang sudah tersedia pendek. Takpalah, redha je demi keselesaan. Lagipun aku malas sikat rambut. Boleh jimat syampu, boleh jimat air. Banyak je alasan kan? ;)

Alah, aku rajin ni pun bersebab, bukan sebab azam tahun baru. Memang dah berserabut pun bilik tu, dahlah berkongsi. Lagilah macam-macam. Apa lagi kemas jelah. Nak harapkan adik-adik aku yang baik hati, takpayahlah. Hampeh, buat taik hidung je kerja. bhaha

Hooray, isnin sekolah. Tahun terakhir di SMK Raja Abdullah. Rasa nak cepat-cepat je habiskan zaman persekolahan ni. Capek gue. Pagi berhantar tapi malangnya balik naik bas. Dahlah pukul 4 baru habis tutorial. Jalan kaki, lintas bulatan jalan ipoh tu, tunggu bas. Penat.
Kekadang berjalan dalam hujan, bawak buku, terkedek-kedek aku berlari, kereta hon. Sudahlah, jadi entri sedih pulak ni. Sudah itu sudah! haha

Okay, sekarang ini bukti kerajinan aku. Siapa kata aku tak rajinlah, dah boleh buat menantu pun
*bangga


tengok, aku rajin kan. Cantik,kemas betul! *bangga lagi. Background bawah meja tu aku recycle buat board pulak. Tampallah to do list, kata peransang, bla bla. Tak lupa, aku nak tampal gambar idola, bapak samad said. :)
Habis aku kerat-kerat muka bapak daripada akhar. Punyalah semangat. Sabar jelah sampai hujung tahun. Lepas tu nak mintak abah duit, hias bilik aku dekat rumah baru, nak buat lomo wall, bagi lighting sikit, cat baru ,langsir plain, haha. Baru puas, takdalah aku sengsara bergedup ja dalam bilik kecil sekarang ni.

Haa, lagi banyak aku taip lagilah merepek. Ini jelah ayat aku setiap akhir entri kan.
"penatlah, mengantuklah" tipu je tu. Sebenarnya tak tahu apa lagi nak tulis.

Haha, okay. Sudah itu sudah :)

Tiada ulasan: