Khamis, Januari 28, 2010

hey, aku bukan budak tingkatan 2,3,4 atau 5

Aku benci bila cikgu tahan aku,
pastu cakap
"Kamu nak ke mana ni? Pergi masuk kelas!" -2.30 petang.
"Saya takda kelas la cikgu, saya form 6!"
"Oh yeke, takpelah"


Aku benci bila orang tanya aku,
sama ada jiran, makcik kpochi mahupun uncle bas,
pastu cakap
"Form berapa ni?"
"Form 6, Upper 6!"
"La, tak macam form 6. Kenapa kain biru?"
"Entahla, dah sekolah suruh gitu. Ikut jelah"

Lalu, aku pun berpura-pura musykil.
"Aku ni kecik ke? gemuk je rasa"
"Aku ni comel sangat ke?"
"Aku ni budak-budak?"

Alaa, sebenarnya pun.
Mana aku tinggi pun. Sebab tulah kot.
Selain tu, aku memang muka blur, macam budak tak paham. Aku bukan muka macam budak-budak pandai, muka konfiden, dll.
Lagipun, aku selalu cakap dan gelak dengan kuat, anggapan tipikal - Budak form 6 matang-matang, takda bising-bising.

Alah, persetankan.
Aku selesa amat cara gini.
Mudah, cuma senyum dan rasa muda

Tiada ulasan: